Blogger Template by Blogcrowds

 
   

Tuesday, June 13, 2006

Pengukuh Jiwa Penenang Batin

1. Aku Harus Sedia Menghadapi Hidup Ini, Apapun Yang Terjadi.

  • Hidup di dunia ini hanya satu kali, aku tak boleh gagal dan sia-sia tanpa guna.
  • Tugasku adalah menyempurnakan niat dan ikhtiar, perkara apapun yang terjadi kuserahkan kepada Allah Yang Maha Mengetahui yang terbaik bagiku.
  • Aku harus selalu sedar sepenuhnya bahawa yang terbaik menurutku belum tentu yang terbaik menurut Allah SWT. Bahkan sangat mungkin aku terkecoh oleh keinginan dan harapanku sendiri.
  • Pengetahuan tentang diriku atau tentang apapun amat terbatas sedangkan pengetahuan Allah menyelimuti segalanya, Dia tahu awal, akhir dan segala-galanya.
  • Sekali lagi betapapun aku sangat menginginkan sesuatu, tetap hatiku harus kupersiapkan untuk menghadapi kenyataan yang tidak sesuai dengan harapanku. Kerana mungkin itulah yang terbaik bagiku.
2. Aku Harus Rela Dengan Kenyataan Yang Terjadi
  • Bila sesuatu terjadi, yaa..... inilah kenyataan dan episod hidup yang harus kujalani.
  • Aku harus menikmatinya, dan aku tidak boleh larut dalam kekecewaan berterus-terusan, kecewa, bermurung, sakit hati tidak akan merubah apapun selain menyengsarakan diriku sendiri, muram begini, tak muram juga tetap begini.
  • Hatiku harus realistik menerima kenyataan yang ada, namun tubuh serta fikiranku harus tetap bekerja keras mengatasi dan menyelesaikan masalah ini.
  • Bila nasi telah menjadi bubur, maka aku harus mencari ayam, cakueh, kacang peas, kicap, salad, bawang goreng dan sambal agar bubur ayam special tetap dapat kunikmati.
3. Aku Tak Boleh Mempersukarkan Diri
  • Aku harus yakin bahawa hidup ini bagai siang dan malam pasti silih berganti. Tidak mungkin siang terus-menerus dan tidak mungkin juga malam terus-menerus, pasti setiap kesenangan ada hujungnya begitupun masalah yang menimpaku pasti ada akhirnya, aku harus penuh sabar menghadapinya.
  • Akupun harus yakin bahawa setiap musibah terjadi dengan izin Allah Yang Maha Adil, pasti sudah diukur dengan amat cermat olehNya tak mungkin melampaui batas kemampuanku, kerana Dia tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya.
  • Aku tak boleh menzalimi diriku sendiri, dengan fikiran buruk yang mempersukar dan menyengsarakan diri, fikiranku harus tetap jernih, terkendali, tenang dan proporsional, aku tidak boleh terjebak memperbesarkan masalah.
  • Aku harus berani menghadapi persoalan demi persoalan, tidak boleh lari dari kenyataan, kerana lari sama sekali tidak dapat menyelesaikan bahkan sebaliknya hanya akan menambah masalah. Semua harus dengan tegar kuhadapi dengan baik, aku tidak boleh menyerah, aku tidak boleh kalah.
  • Mesti segala sesuatu akan ada akhirnya, begitupun persoalan yang kuhadapi seberat apapun seperti yang dijanjikan Allah dalam Surah Asy-Syarh Ayat 5 – 8;
  • Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
  • (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
  • Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
  • Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)."
  • Janji yang tak pernah mungkin dimungkiri oleh Allah SWT.
4. Evaluasi Diri
  • Segala yang terjadi mutlak adalah izin Allah SWT, dan Allah tak mungkin berbuat sesuatu yang sia-sia.
  • Pasti ada hikmah dibalik setiap kejadian, sepahit apapun pasti ada kebaikan yang terkandung didalamnya, bila disikapi dengan sabar dan benar.
  • Harus kurenungkan mengapa Allah mentakdirkan semua ini menimpaku, boleh jadi peringatan atas dosa-dosa kita, kelalaianku atau mungkin, saat kenaikan kedudukanku disisi Allah.
  • Mungkin aku harus berfikir keras untuk menemukan kesalahan yang kuperbaiki.
  • Setiap kejadian bagai cermin peribadiku, aku tak boleh gentar dengan kekurangan dan kesalahan yang telah terjadi, yang penting kini aku mengetahui diriku yang sebenarnya dan aku bertekad sekuat tenaga untuk memperbaikinya, Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.
5. Allahlah Satu-Satunya Penolongku
  • Aku harus yakin kalaupun bergabung seluruh manusia dan jin untuk menolongku tidak mungkin terjadi apapun tanpa izinNya.
  • Hatiku harus bulat total dan yakin seyakin-yakinnya, bahawa hanya Allahlah satunya-satunya yang dapat menolong memberi jalan keluar terbaik dari setiap urusan.
  • Tidak ada yang mustahil bagiNya, kerana segala-galanya adalah milikNya, dan sepenuhnya dalam kekuasaanNya.
  • Tidak ada yang dapat menghalangi jikalau Dia akan menolong hamba-hambaNya, Dialah yang mengatur segala sebab datangnya pertolonganNya.
  • Oleh kerana itu aku harus benar-benar berjuang, berikhtiar untuk mendekatiNya dengan mengamalkan apapun yang disukaiNya dan melepaskan hati ini dari ketergantungan selainNya, kerana selain Dia hanyalah sekadar makhluk yang tidak berdaya tanpa kekuatan dariNya.
  • Ingatlah selalu janjiNya "Barangsiapa yang bertaqwa kepadaKu, nescaya Ku beri jalan keluar dari setiap urusannya dan Kuberi reieki / pertolongan dari tempat yang tidak terduga, dan barangsiapa yang bertawakal kepadaKu, Nescaya akan Kucukupi segala keperluannya". ( At-Talaaq : 2 - 3 )
Semuga 5 kunci diatas dapat menenangkan hati yang sedang galau, cemas, was-was, khuatir yang berlebihan dan pengubat stress. Ingat hanya dengan zikrullah / mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

Thursday, April 13, 2006

Anda tentunya dewasa dan matang bila

Anda tentunya dewasa dan matang bila :

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai

Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh
seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa

Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa
tidak sewajar dengan mereka

Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara
yang anda fikir boleh dapat

Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat
hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling
menghalang maksud anda

Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa
memperbesar-besarkannya

Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan
demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat-pendapat yang anda tidak
setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang

Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi
yang benar-benar anda minati

Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu,
tanpa merasa malu

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang-orang yang lebih berpengaruh
tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif

Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya
berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya
dengan lebih sempurna

Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak
merasa senang kerananya

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak
anda sukai

Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat
tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka

Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan
orang lelaki secara jujur

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan
wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap
wanita

Sekiranya anda wanita, anda mampu disukai wanita-wanita lain
sekurang-kurangnya mempunyai tiga orang sahabat wanita yang jujur

Wednesday, April 05, 2006

Hadis Rasulullah S.A.W........

"Kumpulan termulia dan tertinggi ialah duduk bersama
memadu fikiran di medan Tauhid. Menikmati angin
harum ilmu dan minum anggur cinta yang ditimba dari
telaga kasih. Seraya meneliti segala-galanya dengan
berbaik-baik sangka kepada Allah S.W.T."

Monday, April 03, 2006

PETUA: Sihat Jiwa Raga

1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh,
melaksanakan sholat sunah dan sholat Fardhu, sholat subuh
berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :

- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesehatan/ terapi
penyakit TB
- Memperkuat pikiran dan menyehatkan perasaan


2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasul selalu sentiasa rapi & bersih, tiap hari kamis atau
Jumaat beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu
memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.

"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang
dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"
(HR Muslim)


3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN

Sabda Rasul : "Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan
sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak
(tidak sampai kekenyangan)"
(Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda :

Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga
lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi
ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan
kesihatan


4. GEMAR BERJALAN KAKI

Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad,
mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan
kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran
darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah
penyakit jantung


5. TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah"diulangi sampai 3 kali.
Ini menunujukkan hakikat kesehatan dan kekuatan Muslim
bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh
iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesehatan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk,
dan bila duduk maka berbaring
- Membaca Ta 'awwudz, karena marah itu dari Syaithon
- Segeralah berwudhu
- Sholat 2 Rokaat untuk meraih ketenangan dan
menghilangkan kegundahan hati


6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis akan memberikan dampak psikologis yang mendalam
bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan
bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT


7. TAK PERNAH IRI HATI

Untuk menjaga kestabilan hati & kesihatan jiwa dan mental
maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang
sangat tepat.

Ya Allah,bersihkanlah hatiku dari sifat sifat mazmumah dan
hiasilah diriku dengan sifat sifat mahmudah.

Kalau rajin... Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara
Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran
kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal
yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia
sudah meninggal dunia

wallahu'alam....

Monday, January 16, 2006

Selawat Syifa'

"Wahai Allah, rahmatilah penghulu kami Muhamad,
penyembuh dan ubat-ubatan bagi hati-hati, kesihatan
badan dan kesejahteraannya, cahaya bagi penglihatan,
dan
sinarannya, kekuatan tubuh-tubuh badan, ruh-ruh
dan
makanan-makanannya, dan ke atas ahli-ahli
keluarga dan
sahabat-sahabatnya.
Berilah kesejahteraan."

Selawat Nurul Anwar

"Wahai Allah, rahmatilah ke atas cahaya dari kalangan
cahaya-cahaya dan rahsia dari kalangan rahsia-rahsia,
kunci pintu kiri, penghulu kami Muhammad dan tuan
kami Muhammad, yang terpilih, ahli keluarganya yang
suci, dan sahabat-sahabatnya yg telah dipilih sebanyak
bilangan nikmat Allah dan kelebihan-kelebihannya"

Free MP3s