Blogger Template by Blogcrowds

 
   

Wednesday, April 20, 2011

Tanggungjawab

Saya menulis "Banyak tulisan mengenai ini. Di sini saya tulis lagi untuk meneguhkan lagi tanggungjawab kita. Perkara yang baik biarlah diulang-ulang . Sekurang-kurangnya boleh dijadikan sumber rujukan atau pengetahuan.

Sebagai Tenaga Pengajar, kelas yang dipertanggungjawabkan kepada kita merupakan amanah. Mengurusnya perlu mempunyai komitmen yang tinggi. Kita perlu sering meminta nasihat dan pengetahuan bagi membolehkan kita membuat keputusan yang tepat dan rasional tentang perjalanan kelas. Dalam konteks ini, sentiasalah berusaha mengemaskini pengetahuan dalam bidang persilatan khususnya silat kita sendiri. Ini boleh dilakukan melalui pertukaran pendapat, mendengar ceramah atau melaui pembacaan. Perkara pentingnya ialah kita sendiri suka mengerakkan kelas silat. Janganlah kita merasakan "terhimpit" dengan peraturan-peraturan. Percayalah pada kebolehan diri sendiri.

Penuntut yang menuntut di bawah penyeliaan kita, perlu dilayan dengan sebaik mungkin. Kita perlu mengambil berat perhubungan dengan mereka. Tunjukkan sikap positif terhadap mereka. Dengan ini kita sentiasa ada minat terhadap perkembangan anak didik kita. Pertuturan dan pergerakan silat kita biarlah selari untuk dicontohi . Belajarlah supaya kita mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, jelas dan mempunyai suara yang boleh mendatangkan semangat kepada kelas yang kita pimpin. Satu faktor lagi yang amat penting, jangan lupa "keadaan badan" kita. Kita perlu mempunyai bentuk tubuh yang baik. Oleh itu jagalah berat , stamina dan saiz badan. Saya selalu menyarankan agar aspek-aspek tersebut dijaga kerana faktor-faktor itu memberi kesan kepada pergerakan dan semangat kita dalam mengendalikan kelas.

Di samping itu jangan lupa "hak" penuntut kita dalam menuntut ilmu. Pastinya yang utama ialah hak mereka untuk mendapatkan pelajaran silat daripada kita. Amalan ini sememangnya menjadi amalan kita. Yang tertinggal buah, akan tetap kita ulang dan berikan buah. Fahamilah penuntut kita. Sebagai tenaga pengajar, kita perlu mempunyai minat terhadap kebolehan penuntut kita. Kekurangan pengetahuan mengenai seseorang penuntut akan menjejaslkan keberkesanan kita menurunkan buah kepada penuntut tersebut. Ketahuilah kelemahan dan kekuatannya. Di samping itu aspek keselamatan penuntut perlu juga diambil kita. Tetapi ini tidak bermakna kita akan mengubah teknik mengambil buah. Sesuaikan dengan kebolehan penuntut. Jika penuntut itu mempunyai daya tahan dan kebolehan yang tinggi, sampaikan buah dalam bentuk yang sesuai dengan kebolehannya. Kalau perlu "kenakan perasa" sebenar setiap buah dalam SC, silakan. Perkara penting, kita jangan bersifat emosional atau memberi layanan yang berat sebelah walaupun kita mempunyai "sifat berat sebelahnya" sendiri. Dalam satu-satu ketika, utamakan penuntut kita dalam proses penurunan ilmu.

Dalam konteks diri, kita perlu mempunyai sifat yang boleh bergurau dan sentiasa berminat dan bersemangat serta menetapkan mutu yang tinggi pada pencapaian penuntut kita. Ini akan mewujudkan kemesraan dalam kelas. Sekurang-kurangnya akan membantu kesetiaaan mereka belajar hingga tamat. Aspek sabar , bertolak ansur dan yakin pada diri sendiri merupakan amalan yang sebati dengan diri kita. Seorang tenaga pengajar yang baik itu, pengaruhnya adalah abadi. Oleh itu milikilah dan berusahalah mendapatkan sifat sebagai seorang yang bijak, mahir, jujur dan bertimbang rasa kerana merekalah yang utama untuk mendapatkan pelajaran daripada kita. 'Tiada mereka, tiadalah kita'

Nota: Tulisan asal oleh 'Saya' di petik dari sidang cekakhanafi.com"

No comments:

Free MP3s