Blogger Template by Blogcrowds

 
   

Tuesday, September 20, 2005

Amalan Dalam Islam

LARANGAN-LARANGAN TERRHADAP AMALAN PERBUATAN
DAN KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKAN
KESIHATAN TUBUH BADAN
1) Mandi setelah makan.
2) Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan
berdukacita.
3) Berada dalam keadaan terlalu lapar.
4) Berjaga malam selain dari qiamullail.
5) Memakan daging yang tidak disembelih mengikut
hukum Islam.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN
1) Memakan daging.
2) Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
3) Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
4) Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari
kapas.
5) Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak
terlalu lapar atau terlalu kenyang.
6) Memakan makanan yang agak manis.

FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT
1) Bercakap banyak.
2) Tidur banyak.
3) Makan banyak.

FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN
1) Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
2) Banyak minum air yang bercampur dengan air liur
kita sendiri.
3) Banyak memakan makanan yang serba masam.

SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT
1) Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam
air sejuk (masak).
2) Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.

BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL
1) Tinggalkan dari bercakap kosong.
2) Sentiasa bersugi.
3) Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.

MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE
DALAMNYA,MAKANLAH, JANGAN DIBUANG
Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman,
hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan badannya ke
dalam makanan atau minuman itu, kemudian ambil dan
buangkan lalat itu. Ianya tidak racun lagi/sudah
selamat digunakan.

Ingat jangan membazir, orang yang membazir itu
adalah saudara atau sahabat syaitan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI
PELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN
1) Melihat pekara-pekara yang haram.
2) Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
3) Meminum minuman atau memakan makanan yang
bercampur semut.
4) Tidak membaca Al-Quran.
5) Meminum atau memakan yang haram atau yang
diperolehi dengan cara yang haram.
6) Mengumpat dan mengata.
7) Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
8) Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
9) terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
10) Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.

LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN
1) Di larang keras tidur selepas makan kerana
mendatangkan keras hati.
2) Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya
40 langkah.
3) Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya
supaya makanan mudah hadam.

SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK
BADAN SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DI
AKTU-WAKTU
BERIKUT :
1) Selepas bersenam, bersukan atau melakukan
kerja-kerja berat.
2) selepas makan atau sebelumnya.
3) Ketika sedang makan.
4) Selepas memakan buah-buahan.
5) Selepas keluar dari bilik mandi.
6) Ketika terjaga dari tidur.

CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH
RASULULLAH S.A.W.
1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan
sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan
berwuduk.
2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00
atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan
bersembahyang tahajjud.
3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum
terbit fajar.
4) Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah
rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap
kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan.
Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.

WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR
1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2) Selepas masuk waktu Asar.
3) Tidur di bawah cahaya matahari waaupun terkena
separuh dari badan.

BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI
Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca
yang panas kerana:
1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2) Merosakkan warna kulit.
3) Melemahkan jantung.
4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6) Melemahkan kecerdasaan akal.

CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR
1) Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka,
tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
2) Hindarkan dari tidur lewat malam.
3) Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil
setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
4) Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum
tidur bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun
dari tidur.
5) Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata
dengan air suam.
6) Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.


PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN
MEMPERCEPATKAN TUA
1) Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
2) Banyak minum air di waktu pagi.
3) Banyak memakan atau meminum yang seba masam.

SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG
1) Merokok yang berterusan.
2) Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
3) Kurang tidur.
4) Sentiasa mandi di tengah malam.
5) Melakukan kerja secara berterusan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA
PENGLIHATAN
1) Melihat kepada benda-benda kotor.
2) Melihat kepada palang +/salib.
4) Duduk dengan membelakangkan kiblat.
5) Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
6) Banyak menangis.

wassalam..

Dalami ilmu agama - Sebelum berpoligami

Oleh ZUNAIDAH ZAINON


RAMAI beranggapan, wanita yang memberi keizinan
kepada suaminya berkahwin lain akan mendapat
ganjaran payung emas di syurga.Adakah benar
kenyataan di atas ini dan bagaimanakah seharusnya
poligami yang disarankan dalam Islam?

Tidak ada ayat al-Quran atau hadis-hadis yang
menerangkan hal tersebut, demikian menurut
Pensyarah di Jabatan Usuluddin dan Falsafah,
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Prof. Madya Dr. Jawiah Dakir.

Malah jelas beliau, kebanyakan lelaki yang
berhasrat untuk mengamalkan poligami sering kali
menggunakan alasan `mendapat ganjaran payung emas'
untuk mendapatkan keizinan. Malahan mereka juga
menyatakan, poligami diharuskan kerana mengikut
sunah Nabi Muhammad s.a.w.

``Memang mereka mengikut sunah Nabi tetapi hanya
pada jumlah bilangan isteri yang dikahwini, tidak
dari segi cara perlaksanaannya. Suami perlu
memahami perasaan isteri yang mana kita tidak
ketahui sejauh mana hatinya terluka apabila
mengetahui suami ingin menambah isteri. Oleh itu
suami perlu bertindak bijaksana untuk mendapatkan
keredhaan isteri,'' terang beliau mengenai amalan
poligami yang selalu disalah tafsir golongan
lelaki.

Dalam Islam, jelas dinyatakan syarat-syarat
poligami yang dibenarkan dalam Islam berdasarkan
kepada surah al-Nisa' ayat 3 :

Dan jika kamu tidak akan dapat berlaku adil
terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (apabila
kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita
(lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat.
Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku
adil, maka (kahwinilah) seorang saja, atau
hamba-hamba yang kamu miliki. Yang demikian itu
adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.

Sejarah poligami telah bermula sebelum kedatangan
agama Islam. Apabila syiar Islam semakin
berkembang, Rasulullah s.a.w. mengatur poligami
supaya ia dijalankan dengan lebih bermaruah dan
tidak mendatangkan masalah kepada keluarga.

Rasulullah s.a.w. telah mengIslamkan ramai para
sahabatnya. Ada di antara mereka yang mempunyai
lebih daripada empat isteri. Baginda menyarankan
agar memilih empat sahaja dan yang lain harus
diceraikan.

``Berdasarkan kepada riwayat tersebut, lelaki yang
beragama Islam boleh berkahwin tidak melebihi
empat isteri. Paling utama, mampu berlaku adil
kepada isteri-isterinya, sama ada adil dari segi
layanan, giliran, nafkah dan yang berkaitan dengan
tanggungjawab suami kepada isteri'' tambah beliau
lagi.

Adil, menurut Jawiah terlalu luas tafsirannya dan
ia merupakan satu tanggungjawab berat yang harus
dipikul bagi lelaki yang mengamalkan poligami. Ia
melibatkan aspek material, rohaniah dan
bergantung kepada keadaan isteri-isteri dan jumlah
keluarga yang ditanggung oleh seorang lelaki.

Suami wajar berlaku seadil-adilnya dalam
melaksanakan tanggungjawab itu dan dalam hal ini
kaum lelaki yang mahu berpoligami hendaklah
meneliti dan memahami penegasan Allah s.w.t.
bahawa adil itu amat sukar untuk dilaksanakan.
Para suami yang mempunyai keinginan berkahwin satu
lagi wajar berusaha supaya berjaya
melaksanakannya atau melupakan sahaja untuk
berpoligami.

Bijaksana

Firman Allah s.w.t.: Kamu sekali-sekali tidak akan
dapat berlaku adil terhadap isteri-isteri kamu,
sekalipun kamu berusaha untuk berlaku adil.
(an-Nisa: 129)

Berdasarkan kepada firman di atas, jika lelaki
merasakan tidak boleh berlaku adil, maka
diharuskan berkahwin satu sahaja.

Adil itu pula wajar difahami secara yang mendalam
dan bijaksana, misalnya, isteri pertama mempunyai
lima orang anak manakala isteri kedua pula baru
mempunyai seorang anak, maka sudah tentulah duit
perbelanjaan yang harus diberikan juga adalah
berbeza bergantung kepada keadaan para isterinya.

``Inilah tanggungjawab berat yang kadang kala
mendatangkan masalah kepada amalan poligami.
Sedangkan dalam Islam, Allah s.w.t. telah
meletakkan syarat-syaratnya supaya poligami dapat
berjalan dengan baik,'' kata beliau merujuk
kepada ayat al-Quran.

Daripada riwayat Tirmizi, Rasulullah s.a.w.
bersabda: Lelaki yang tidak berlaku adil atau
cenderung pada seorang isteri, apabila
dibangkitkan pada Hari Akhirat, bahunya akan
kelihatan senget.

Syarat kedua yang perlu diberi pertimbangan oleh
masyarakat pada hari ini ialah belajar mendalami
ilmu agama, khususnya ilmu berkeluarga terutama
membabitkan hal-hal tanggungjawab suami isteri dan
juga poligami.

Beliau menasihati agar amalan poligami itu lengkap
dengan pengisian ilmu di dada agar ia mengikut
syariat Islam. Kadang-kadang tujuan itu bukan
bersandarkan syariat Islam tetapi mengikut hawa
nafsu dan menerima godaan daripada wanita yang
mempunyai niat tidak baik.

``Kita seharusnya belajar cara Nabi melaksanakan
poligami dan melihat wanita bagaimana yang
dipilih. Baginda tidak berkahwin dengan wanita
cantik sebaliknya memilih janda yang kematian
suami. Malah dua isteri baginda sahaja yang masih
gadis, iaitu Aisyah dan Mariatul Qatiah. Manakala
selebihnya ialah janda yang telah berumur,'' ujar
beliau.

Tambahnya, sekiranya lelaki pada hari ini
benar-benar mengamalkan poligami bersandarkan
kepada sunah Nabi, memang tercapai hasrat
berpoligami yang bertujuan membela nasib kaum
wanita yang kehilangan tempat bergantung.

Bagaimanapun, pandangan negatif wanita terhadap
amalan poligami boleh dikikis, sekiranya ia
dilakukan dengan cara yang betul seperti tidak
merahsiakan daripada pengetahuan isteri pertama
dan kaum keluarga ataupun berkahwin lari dan tidak
mendaftarkannya secara sah.

``Wanita menjadi marah atau amat sensitif kerana
poligami yang diamalkan oleh sesetengah para
suami, tidak berdasarkan kepada lunas-lunas Islam
yang suci.

``Suami harus belajar mendalami ilmu agama dan
isteri pula perlu ambil tahu dan memahami kenapa
poligami diharuskan, dalam keadaan apa ia
diharuskan dan dalam suasana bagaimana ia tidak
harus.

``Sekurang-kurangnya, ia merupakan jalan
penyelesaian terbaik kepada kedua-dua belah
pihak,'' ujar Jawiah mengenai sikap golongan
wanita mengenai tindakan suami yang berkahwin
lain.

Walaupun tidak memerlukan keizinan isteri pertama,
alangkah baiknya kalau suami dan isteri duduk
bersama untuk berunding. Suami wajar memilih waktu
dan cara yang sesuai agar perasaan isteri tidak
terluka.

Dari segi Enakmen Keluarga Islam, lelaki yang
hendak berkahwin lain perlu mendapatkan kebenaran
Mahkamah Syariah. Mahkamah akan melakukan
siasatan dan memanggil isteri pertama untuk
memastikan sama ada suaminya layak dan mampu untuk
berkahwin lain.

``Jika mahkamah telah memberi kebenaran kepada
suaminya untuk berkahwin lain, si isteri perlu
memahami kehendaknya dan jangan lakukan
perkara-perkara yang memudaratkan seperti
menyimbah asid kepada suami atau sebagainya.

``Selain itu, suami juga perlu pandai memujuk,
jangan sampai mengganggu perasaannya, jauh sekali
untuk menganiaya isteri atau mencederakan isteri
yang tidak membenarkannya berpoligami,'' nasihat
beliau agar isteri menjaga maruah dengan baik dan
suami pula menunjukkan sifat sewajarnya sebagai
seorang lelaki dan suami yang ditugaskan menjaga
dan memimpin isteri.

Lelaki perlu memahami sikap wanita yang suka
cemburu dan tidak suka berkongsi kasih dengan
wanita lain. Amat penting jika lelaki berusaha
mencari jalan terbaik bagi menghilangkan sikap
tersebut dan menanganinya secara bijak.

``Saya tidak nafikan, terdapat sesetengah wanita
yang berpendirian lebih baik hilang suami daripada
berkongsi kasih dengan wanita lain. Dengan itu,
carilah jalan terbaik, pandang ke hadapan dan
fikirkan masa depan anak-anak dan keluarga,
lebih-lebih lagi fikirkan dosa dan pahalanya
kerana perkahwinan adalah sunah dan wajib
dipelihara dengan sebaik-baiknya,'' tegas Jawiah.

Beliau juga berpendapat bahawa poligami dapat
ditangani dengan mudah sekiranya permulaannya
adalah baik dan tidak menimbulkan huru hara. Jika
semuanya berjalan dengan sempurna, tidak timbul
sebarang masalah sama ada dari pihak suami mahupun
isteri.

"Membantu Sahabat atau Saudara Yang Nazak"

Assalammualaikum,

Pada hari Sabtu lepas (03 Sept 2005) Surau
Darussaadah di Keramat Permai telah mengadakan
ceramah umum mengenai Isra' Mikraj oleh Ustaz
Abdullah Mahmud. Berikut adalah sedikit sebanyak
intipati ceramah yang ingin saya kongsi bersama
rakan-rakan sekalian:-

Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat
salah dalam 'membantu' seseorang menghadapi
sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akan
mengelilingi orang yang tengah nazak dengan
masing-maasing membaca surah Yasin, dengan bacaan
yang tersendiri dan bermacam-macam ragam
(setengah dengan tartil, setengah bacaan laju).

Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang
tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana
menurut ustaz sebelum datangnya kematian, kita
'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan kita
di dunia).

Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-

1. Lantik seorang yang bacaan Al Quran nya baik
(dari segi tajwid) untuk membaca surah Yasin -
yang lain-lain boleh bersama-sama semak.

2. Sebaik-baik orang yang dilantik itu adalah anak
ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan
kasih pada orang yang tengah nazak.

3. Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah
Yasin dibaca untuk menimbulkan rasa belas kasihan
dan mudah-mudahan surah yang dibaca boleh
membantu pencabutan nyawa beliau.

4. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin,
berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk
melafaz "Laa ila ha illallah".

5. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3
hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong
beliau mengucap "Laa ila ha illallah" lagi.

6. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan
nafas yang terakhir.

Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu
pengetahuan kita dalam 'membantu' saudara mara
kita dalam menghadapi sakaratul maut. Dan semoga
kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm
membuat amal kebajikan dengan cara yang betul
bukan semata-mata melalui ikutan adat. Amin.

Panjang-panjangkanlah artikel ini pada rakan-rakan
dan sanak saudara utk kebaikan
kita bersama.

Wassalam.

Berkat

Dalam ajaran Islam ada disebutkan berkat. Bila kita bercakap
tentang berkat ini, ia adalah sangat tersirat. Padahal berkat ini
orang kampung pun sebut, 'Kita nak berkat', 'Itu tak berkat.' Tapi
untuk tahu apa itu berkat, atas dasar ilmu susah dijawab.

Firman Allah :" Tabarakallazi biyadihil mulku wa hua
'ala kulli syain qadir "(Al Mulk:1)

Ayat ini ada hubungan dengan berkat.
Huraiannya : "Maha berkat Tuhan pada tangannya
ada kerajaan sedangkan Dia Tuhan yang atas segala
sesuatu berkuasa"
Dalam ayat ini Tuhan menceritakan tentang diriNya. Maha berkat
Tuhan pada tanganNya ada kerajaan dan Dia Maha Berkuasa atas
segala sesuatu.

Besar maksud ayat ini sedangkan kita sebut perkataan berkat
mudah sahaja. Kalau kita fikir balik apa itu berkat, kita tak akan
faham, susah nak jawab dengan tepat sebab perkataan itu sudah
jadi lumrah. Berkat betul perniagaan awak. Kalau kita tanya balik
mengapa awak kata 'berkat', dia tak boleh jawab.
"Maha berkat Tuhan yang pada tangannya ada
kekuasaan."
Tuhan sebut itu bukan suka-suka. Kalau Dia sebut itu bererti
berkat itu benda penting. Dikaitkan dengan Kuasa Tuhan, dengan
KerajaanNya. Kalau begitu, kita cuba hubungkan dengan ayat
lain supaya kita dapat kaitkan dan huraikan apa itu berkat.

" Walau anna ahlal quro amanu wat taqau lafatahna
'alaihim barakatim minas sama iwal ardh (Al A'raf: 96)

Huraiannya : "Kalau satu penduduk atau satu
kelompok manusia atau kampung mempunyai dua
sifat iaitu beriman dan bertaqwa, niscaya kami (Tuhan)
turunkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi."
Rupanya untuk dapat berkat, Tuhan tetapkan dua syarat
iaitu beriman dan bertaqwa
.
Beriman saja tak cukup, kena
ada beriman dan bertqwa. Bila ada dua perkara ini, berkat dari
langit pun datang, berkat dari bumi pun datang.
Mengapa Tuhan sebut langit dan bumi? Berkat dari langit dan bumi
ada beza. Berdasarkan ayat yang di baca tadi berkat ini adalah satu
pentadbiran dari Tuhan yang sangat tersirat. Bila sebut berkat,
Tuhan kata ini adalah satu pentadbiran dari Tuhan yang sangat
tersirat.
Contoh-contoh berkat dari langit ialah mendapat hidayah, taufik,
ilmu, kasih sayang dari Tuhan, rasa takut dan cintakan Tuhan, rasa
bertuhan, rasa hebat dengan Tuhan dll. Berkat dari bumi ialah
benda lahir seperti rezeki makan minum, pakaian, tempat tinggal,
duit dll
Dalam pengalaman kita hidup di dunia, untuk dapat berkat dari
bumi pun susah, dari langit lagilah susah. Untuk dapat duit, tenaga,
bantuan dari Tuhan susah. Itu yang bertaraf bumi, untuk
kehidupan manusia. Kalau yang bertaraf langit, untuk dapat taufik,
hidayah, ilmu, untuk cintakan Tuhan, untuk dapatkan rasa
takutkan Tuhan, rasa hebatnya Tuhan, rasa besarnya Tuhan, lagi
susah. Kalau dapat berkat dari langit, ia adalah jaminan selamat
dunia akhirat, tapi kalau hanya dapat berkat dari bumi belum
tentu selamat.
Berkat secara bahasa maksudnya 'bertambah'.
Berkat yang bersifat langit bererti bertambah iman, bertambah
ilmu, hidayah, taufik, cinta Tuhan
dll. Berkat yang bersifat bumi
bererti bertambah duit, tenaga, kawan, harta, kekayaan, bantuan
dll.
Tambahan berkat bercorak bumi sangat bahaya, itu pun susah
dapat tapi kalau berkat dari langit selamat dunia akhirat.
Buktinya waktu Sya'labah masih susah, sembahyang 5 waktu
beres, dapat berjemaah dengan Rasulullah SAW. Tetapi setiap kali
jumpa Rasulullah SAW dia mengadu susah, dia berkata pada
Rasulullah , tolong doakan. Rasulullah jawab "Sabarlah Sya'labah."
Padahal susahnya Sya'labah tu, sampai berkongsi kain dengan
isteri. Lepas sembahyang dia cepat-cepat balik, lama-lama sahabat
dapat kesan. Rasulullah bertanya :"Apahal tak sempat doa dah nak
balik", Apa jawab Sya'labah, Saya susah, kain sehelai, saya ada
isteri, saya balik untuk kongsi kain dengan isteri, inilah juga yang
isteri nak pakai sembahyang.

Rasulullah berkata : "Sabarlah Sa'labah."

Kalau kita dengar cerita seperti itu tentulah kita terus doakan dia,
susah sangat sampai kongsi kain untuk sembahyang. Begitulah
setiap kali jumpa Rasulullah, dia minta Rasulullah doakan, tapi
Rasulullah selalu minta dia bersabar. Kalau kita tak faham nampak
macam Rasulullah tak simpati, tapi itulah simpati, kerana
Rasulullah sudah tahu apa akan berlaku.
Tapi perasaan kita tak sama dengan Rasulullah. Sebenarnya
simpati kita itulah yang tak simpati. Akhirnya Rasulullah doa dan
doa Rasulullah berkat. Daripada dua ekor kambing, jadi dua
ladang kambing. Akhirnya dia jadi fasik hingga Rasulullah dan
sahabat pulaukan.
Jadi berkat yang berlaku di bumi, walaupun hasil doa Rasulullah,
ia sangat bahaya. Tapi kalau berkat dari langit, tak kira apa
bentuknya, itu selamat dunia akhirat. Berkat di bumi ini, boleh
bersandar dengan berkat dan doa orang, boleh bersandar dengan
tawasul guru kita, tawasul untuk ambil berkat guru untuk kaya,
tapi itu bahaya boleh jadi tak selamat seperti Sya'labah.

Soal berkat ini sangat tersirat sebab itu Tuhan kaitkan dengan
kuasaNya. Sebab itu bila kita sebut berkat dalam kehidupan,
Rasulullah SAW pesan sangat, apa buat jangan tinggal berkat, sebab
dia sangat memberi kesan pada kehidupan.
SEKIAN

Kelebihan Selawat dalam bulan Syaaban

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH.

Di bawah arasy, Allah SWT telah mencipta sebuah
laut yang amat luas - sejauh mata memandang.

Di permukaan laut tersebut Allah telah mencipta
satu Malaikat yang amat besar. Sayapnya di sebelah
kanan sejauh mata memandang dan di sebelah kiri
sejauh mata memandang.

Setiap kali umat Islam berselawat ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban
maka malaikat tadi akan turun ke dalam laut tersebut
dan akan naik semula sambil mengibas-ngibas
sayap-sayap dan bulu-bulu di badannya. Maka akan
berguguranlah berjuta-juta titik air dari tubuh malaikat
tersebut. Sekiranya seratus kali umat Islam berselawat
maka seratus kalilah malaikat tadi akan turun dan naik
kembali sambil mengibaskan sayap dan bulu pada
tubuhnya.

Dari setiap titik air dari tubuh malaikat tadi akan tercipta
satu mailaikat lain yang mana setiap satu malaikat yang
tercipta akan memohon dari Allah SWT akan keampunan
dosa orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW
pada bulan Syaaban sampai hari Qiamat.

Sekiranya sejuta titik air yang gugur dari tubuh malaikat
tadi maka terciptalah sejuta malaikat yang memohon
keampunan orang yang berselawat.

Oleh itu rajin rajinlah berselawat pada bulan Syaaban yang
mulia ini kerana bulan Syaaban ini adalah bulan junjungan
besar kita Nabi Muhammad SAW.

Semoga kita akan tergolong bersama orang yang mendapat
keampunan dan rahmat Allah SWT.

Tuesday, September 13, 2005

:: 10 amalan yang terbalik ::

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung
kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita
akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan
dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam.

Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau
terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan
apa yang dipaparkan di bawah sebagai contoh amalan yang
terbalik:-

1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan
oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam
pertama, kedua, ketiga, ketujuh
dan seterusnya) adalah
terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana
Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak
makanan untuk keluarga simati untuk meringankan
kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula
menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang
membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri
tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak
yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan
simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut
Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin)
orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa
bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka
segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah
orang mati, tidak segan pula salam tak berisi.
Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut
memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak
apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan
untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian
cantik,kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik
di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan
ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang
terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan,
kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan
kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut
dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya
tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah,
sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak
dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah
untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu
makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku
bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam
akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang
tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan
di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan
kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan
membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila
balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri
dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir,
maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka
dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita
mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka
gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau
pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca
Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar
tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam.
Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu
pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar
RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.
Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih
berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat
dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam,
pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi
kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah
(masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke
masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta
tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami
atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah,
masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias
untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan
amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang
bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang
dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada
kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam
yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah
yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan
peraturan hidup kita."

Thursday, September 08, 2005

ADAB DAN AKHLAK SEORANG LELAK

1. Sentiasa memperbaharui syahadah, berikhtifar dan bertaubat.

2. Menunaikan fardhu sembahyang dengan berjamaah dan juga
sembahyang Jumaat.

3. Jaga kebersihan diri, pakaian, tempat tinggal, tempat ibadah,
kenderaan dan sebagainya. Bersugi, memakai wangian, bercelak,
menyisir jnggut dan rambut. mencukur bulu ari-ari, bulu ketiak,
memotong kuku dan memelihara janggut dan misai agar sentiasa
kelihatan terurus.

4. Tidak memakai pakaian yang melambangkan kemegahan, tidak
berwarna-warni, tidak menyerupai pakaian wanita, tidak terlalu
labuh sehingga melebihi paras buku lali.

5. Menjaga makan minum daripada sumber dan benda-benda haram
dan yang boleh merosakkan kesihatan juga tidak makan berlebihan.

6. Ketika berjalan, tundukkan pandangan dan tidak menoleh ke kekiri
dan kekanan.

7. Mengawal lidah, mata dan lain-lain dari perkara haram.

8. Jangan berludah merata-rata lebih-lebih lagi ketika sedang becakap.

9. Tidak bergaul bebas dengan perempuan bukan muhrim apalagi
berkhalwat

10. Segala sikap dan tingkah lakunya tidak menyerupai wanita.

11. Tidak mendedahkan aurat (yang di antara pusat dan lutut) kepada
sesama lelaki.

12. Tidak mandi berbogel di tempat mandian umum.

13. Sentiasa membesihkan hati daripada sifat mazmumah dan
mengisinya dengan sifat mahmudah.

14.Menambah ilmu-ilmu yang bermanfaat di samping ilmu fardhu ain.

15. Tidak tidur satu selimut dengan lelaki lain.

16. Sentiasa mendampingi orang-orang soleh.

17. Sentiasa bermusafir dengan tujuan mencari ilmu dan menambahkan
pengalaman di samping mencari guru yang murshid yang boleh
mendidik akhlak dan hati.



Pesanan para ulama

Penuhilah dirimu dgn makrifat kepada Allah. Carilah Rabbmu
nescaya engkau temui kebahagiaan.

Berwaspadalah dgn lisanmu kerana bahayanya cukup berat,
membawa mudahnya terjerumus ke dalam neraka Allah.
Ketahuilah, sesungguhnya setiap patah perkataan akan dihitung
secara halus kecuali amar makruf , nahi mungkar serta zikrullah.

Awasilah mata dan telingamu kerana ia adalah dua pintu masuk
syaitan ke dalam hati. Awaslah, kerana apabila ia sampai kepada
hati maka ia akan memberi kesan walau sedikit. Hubungkanlah
keduanya dgn Allah, nescaya kamu hanya memandang dan
mendengar perkara yang baik.

Janganlah biarkan hatimu sayang dengan dunia, kerana sakit
untuk kamu keluarkannya. Rasailah kesempurnaan dan ketinggian
Rohmu dgn melihat kekuasaan Allah, mendengar ayat-ayat Allah.

Peliharalah kebersihan zahir dan batinmu dalam keadaan sentiasa
berwuduk lalu solahlah dua rakaat sekiranya kau mampu istiqamah.

Kurangkanlah makan kerana sekiranya banyak makan, banyak
mendatangi hadas dan sukar untuk bangun di malam hari.

Sabarlah dalam memohon keampunan Rabbmu kerana dosa itu
sukar untuk dikeluarkan seumpama mengeluarkan racun daripada
badan.

Jangan berangan-angan kosong kerana banyak berangan-angan
membawa kepada cinta dunia seperti barah yang merebak amat
sukar untuk dirawat kembali.

Bersihkanlah hatimu dari sifat was-was terhadap Allah swt, kerana
itulah kunci penipuan syaitan dan kelalaian.

Wahai saudara/i. Janganlah mensia-siakan setiap nafasmu dengan
perkara-perkara yang sia-sia, kerana denyutan nadi itulah masa
kehidupan yang singkat ini.


Wednesday, September 07, 2005

Antara Sabar dan Mengeluh

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang
pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia
melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan
secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak
pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia
bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku
tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati
kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku
dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku
sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai
dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu
masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan,
tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai
adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah
menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher
adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat
darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana
ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya
itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku
untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak
menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk
tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis
melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku
yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia
jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku
tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu
menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan
antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara
keduanya ada jalan yang berzeda. Adapun sabar dengan
memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji
akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak
mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat
dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh
agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku
beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan
dari Allah.

Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah
dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku
ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan
syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh
agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w
bersabda,: " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap
Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan
Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum
taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api
neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar
dalam menghadapi segala musibah.

Amalan manusia dibalas seadilnya

KALAMULLAH

DAN bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan bagi
seseorang melainkan (balasan) apa yang
diusahakannya. Dan bahawa sesungguhnya usahanya
itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada Hari
Kiamat kelak. (An-Najm : 39-40)

Huraian

Waktu dan usia adalah perakam abadi yang akan
menyimpan segala pengalaman hidup seseorang.
Waktu adalah modal bagi manusia.

Begitu pentingnya waktu hingga ada yang mengatakan:
"Jika kamu ingin tahu manusia yang paling bodoh,
lihatlah orang yang diberi modal dan modalnya
dihabiskan dengan sia-sia."

Dengan demikian, sesungguhnya suatu kerugian yang
sangat besar apabila seseorang hamba itu tidak
dapat memanfaatkan usianya dengan sebaiknya.

Di dalam surah al-Asr ayat 1 hingga 3 Allah s.w.t.
berfirman yang maksudnya: "Demi masa, sesungguhnya
manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan
amal soleh dan saling menasihati dalam perkara
kebenaran dan nasihat-menasihati dalam kesabaran."

Dalam kerangka itulah Allah s.w.t. meletakkan waktu
sebagai nilai yang menentukan timbangan kerugian dan
keuntungan manusia dalam hidupnya semasa di dunia
kerana setiap amalan yang dilakukan akan dinilai
oleh Allah s.w.t. dan amalan itu akan diperlihatkan
kepada pelakunya pada hari akhirat kelak.

Di sana nanti, seseorang itu tidak dapat menanggung
dosa orang lain, sama ada untuk meringankan beban
dosa orang lain atau untuk membebankan orang lain
dengan dosa-dosanya.

Tiada sesiapapun yang boleh meringankan bebanan
dosanya, dan tiada sesiapa pun yang boleh secara
sukarela memikul dosa orang lain kerana seseorang
itu tidak dihisab dan dibalas melainkan mengikut
amalan dan perbuatan yang dilakukannya sahaja.

Dia tidak boleh ditambah dengan amalan orang lain
dan tidak boleh dikurangkan amalannya untuk orang
lain.

Oleh itu masa hidup di dunia ini merupakan
satu-satunya peluang yang diberikan kepadanya untuk
beramal dan berusaha mengikut ajaran dan acuan Islam.

Apabila meninggal kelak, maka hilanglah peluang itu
dan putuslah amalannya kecuali amalan-amalan berbentuk
jariah yang sentiasa mengalir pahalanya, seperti doa
daripada anak yang soleh, sedekah yang berkekalan
selepasnya, dan ilmunya yang dimanfaatkan oleh orang lain.

Ketahuilah, segala amalan dan usaha tidak akan hilang
sia-sia walau sedikitpun dan tidak akan luput daripada
pengetahuan Allah s.w.t. serta tidak akan lepas daripada
neraca timbangannya.

Setiap orang akan menerima balasan dengan sempurna tanpa
kurang sedikitpun dan tidak dianiaya sedikitpun.

Kesimpulan

Penekanan tentang dasar tanggungjawab mereka terhadap
amalan dan perbuatan di samping dasar keadilan balasan
di akhirat kelak.

Dengan demikian benarlah nilai insaniah seseorang manusia
yang ditegakkan di atas konsep memandang manusia sebagai
suatu makhluk yang berakal, yang bertanggungjawab dan yang
memegang amanah terhadap keselamatan diri sendiri.

Ia diberi peluang untuk beramal dan akan dibalas mengikut
amalannya. Dan dengan demikian juga seseorang itu akan
merasa aman dan tenteram terhadap keadilan balasan, iaitu
satu keadilan mutlak yang tidak terjejas kerana hawa nafsu
dan tidak tercacat kerana pengetahuan yang terbatas dan
taubat kerana kejahilan terhadap perkara-perkara yang sebenar.

- Dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Perkara Yang Akan Membuatkan Kita Susah (Renungan)

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai
kaitan dengan kesusahan atau secara lebih
khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan
dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya
kita mengambil ringan tentang perkara tersebut.

Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal
Harakah yang disusun oleh Abi abdillah
Muhammad bin AbdulRahman Al-Habsyi telah
diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait
dengan kesusahan seseorang.


1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah
kiri.
5. menganggap ringan apa-apa yang terjatuh dalam
hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau
air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam
pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas
tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas
menunaikan solat subuh
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap
ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makanan yang
dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat
najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada
bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari
dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar
atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air
kecil.


LIMA PERKARA YANG MESTI DISEGERAKAN


Dari Hatim Al-Asom :


"Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali
pada lima tempat" , maka ia termasuk sunnah
Rasulullah SAW


1) Memberi makan tetamu, bila ia datang berkunjung.
2) Menyiapkan perkuburan mayat bila telah mati.
3) Mengahwinkan anak perempuan, bila cukup umur.
4) Membayar hutang, bila telah sampai masanya.
5) Bertaubat dari dosa! , bila ia telah melakukannya.


LIMA PESANAN DARI SYAIKH AL-BALKHI


"Ambil olehmu lima perkara kemudian amalkan :


1) Sembahlah Allah sebanyak keperluanmu kepadaNya.
2) Ambillah apa-apa dari dunia menurut keperluan
selama umurmu didalamnya.
3) Lakukanlah maksiat kepada Allah, menurut
kemampuanmu memikul azabNya.
4) Persiapkanlah bekal didunia untuk selama kamu
tinggal didalam kubur.
5) Beramallah untuk syurga, menurut lamanya masa
yang kamu inginkan untuk tinggal didalamnya."


HARTA BERTIMBUN BOLEH MENYEBABKAN LIMA PERKARA

Dari Sufyan Sauri : "Tiada berkumpul harta di sisi
seseorang pada zaman ini,melainkan timbul di dalam
dirinya lima perkara :


1) Panjang angan-angan.
2) Sentiasa tamak.
3) Sangat kedekut.
4) Berkurang waraknya.
5) Lupa kepada akhirat.


7 JENIS WAJAH MAYAT DI DALAM KUBUR

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat.
Itulah petanda bahawa semasa! hidupnya telah
melakukan perkara syirik kepada Allah.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi.
Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan
solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu.
Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat
mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan
mungkar.

3. Mayat yang kepala menjadi batu! yang hitam legam.
Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada
kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup.
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan
harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mencengkam dan meliliti
seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya
suka berkelahi, mengata, menghina, mengkritik dan
mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air
itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat
orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum
Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan
beramal soleh.

Wallahua'lam

Thursday, September 01, 2005

Peristiwa Israk Mikraj

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada /
perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan
Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air
zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu
tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian
dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada
Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit
dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah".
Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama
Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam
perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram
ke
Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A.
W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan
Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu
(tempat-tempat yang mulia dan bersejarah),
Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya
berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat.
Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana
Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit
Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima
wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat
Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A.
W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api
jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa
simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai
hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah)
yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi
dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah
S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum
yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan
pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan
sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W.
diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur
Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama
suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang
dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang
dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman
kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai
Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan
kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala
mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula.
Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail
memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang
berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan
mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain.
Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka
makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata
Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak
mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan
daging mentah yang busuk sedangkan daging masak
ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki
dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki
dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri
/ suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan
dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang
makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia
tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu
yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat
menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah
yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan
bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali.
Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka
kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang
yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang
dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka
dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah
orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan
menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari
lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula
lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang
bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi
sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh
dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak
memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika
Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya
umat Islam akan mengutamakan dunia daripada
akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan
dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A.
W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah
orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan
Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata
Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat
tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari
Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan
mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala
anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa
Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu.
Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata
Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika
arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan
menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus
Menemui
Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari
syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke
atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit
dunia (pintu Hafzhah).

. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail
masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan
Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang
yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat
orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka
sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung
pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik
tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu
dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu
dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik
tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris
A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima.
Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi
oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam.
Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi
Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh
oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda
sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang
masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan
masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi
Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di
Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya.
Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S.
bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada
malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu
dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah
umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA
QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi
Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada
umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik
tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima
kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA
lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA
WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM.
Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan
ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah
melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib.
Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam
Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini
betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi"
yang berbetulan dengan dahan pokok
Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan
pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air
yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan
sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan
dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi
permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas
berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh
manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat
menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus
masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke
syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik
penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan
pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W.
masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan
Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki
yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di
dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya
tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu
bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di
Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu
dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata
kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah
dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah :
Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan
bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya,
Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil
dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau
berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud
kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi.
Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang
tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan
memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia,
syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan
Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan
orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang
mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada
syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai
kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai
berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka
dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu
sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan
keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku
kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak
aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku
berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah
sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku
berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah,
sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku
kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam
dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan
aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh
(waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa
menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A.
S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W.
merayu kepada Allah S. W. T agar diberi
keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang
itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali
dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan
memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam
dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu
juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula.
Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu
menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada
malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda
bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya
menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj
yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat
peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab,
kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).
Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya,
peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar
sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali
setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih
penting untuk kita menghayati pengajaran di
sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara
yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik.
Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan
pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran
seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar
sentiasa mengingati Allah dan takut kepada
kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini
dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan
manusia mampu mengelakkan dirinya daripada
melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk
dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam
(apakah percaya atau tidak dengan peristiwa
tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi
Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak
mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi
sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan
mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan
Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala
telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan
kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi
Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah
yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu
malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa
yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami
perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda
kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha
Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).


wallahua'lam..

Wednesday, August 31, 2005

Cara2 menawan hati pasangan...

Pd sesape yg bujang, baru nak kawin, dah kawin,
tgh mencari, bujang 3, bujang 2 atau bujang 1...
its the time the WAY FORWARD
~ Oleh Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah ~

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti 'magnet' yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan iaitumenyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian,penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlahterlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang adapada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakalpasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaandaripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa : sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan : tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat Bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudahtertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ?kegilaan? bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman, bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifatlelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Thursday, August 25, 2005

40 KESILAPAN IBUBAPA

Anak adalah anugerah dari Allah yang paling berharga..
Hargai dan sayangilah mereka..

Kepada semua yang bergelar Ibubapa kita sama-sama
renungkan....

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai
zuriat

2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan
mengenai zuriat

3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak

4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan
anak-anak

5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang
disajikan kepada anak-anak

6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka
sedang makan

7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika
makan

8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap
anak-anak

9. Kurang melahirkan kasih sayang

10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak

11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi
dan pulang dari sekolah

12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep
keadilan

13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan
anak-anak

14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak

15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah
anak-anak

16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana
suka membaca

17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan
dan minuman yang tidak halal

18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik
di hadapan anak-anak

19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda
dengan anak-anak

20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa
dengan anak-anak

21. Tidak menggunakan bahasa yang betul

22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak

23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan
anak-anak

24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi
syariat

25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada
anak-anak

26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak

27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap
anak-anak

28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti
anak-anak

29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan
anak-anak

30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau
kemusykilan anak-anak

31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran
anak-anak

32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak

33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan
anak-anak

34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan
yang dilakukan

35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak

36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang
dilakukan

37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman
ke atas anak-anak

38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak

39. Tidak tegas mendidik anak-anak

40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup berkerjasama

Dipetik dari buku '40 KESILAPAN MENDIDIK ANAK'
oleh Dr. Hassan Ali, AKRAB 1996

Tuesday, August 23, 2005

Ilmiah Menawan Hati Isteri

Tapi mesti diingat ianya khas buat suami isteri sahaja:

1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu
sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu
menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang
untuk
lakukan hari ini.

3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya
soalan kepadanya.

4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya,
tapi tunjukkan sifat memahami anda.

5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa
menunggu dia memintanya selama setengah jam
setiap
hari.

6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya
pada
bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau
perayaan yang bermakna.

7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari
sebelum itu, jangan menunggu hingga malam Jumaat
kemudian bertanya pula apakah yang dia hendak buat.

8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau
terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda
untuk
memasak pula.

9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan
keanggunan rupa parasnya.

10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.

11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih
dan penat.

12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar
dia
tidak kelam kabut membuat persediaan.

13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk
menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya
mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak.
Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana
bertanya.


15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya
rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya
kasihan
awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan
dia dapat
merasakan bahawa anda memahami yang dia
tersinggung.
Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa
tersinggungnya
itu bukan salah anda.

16. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat
gusar, katakan padanya anda akan pulang dan anda
perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai
sesuatu.


17. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang
ke rumah, bercakaplah dengannya apakah dia yang
menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan
tidak
menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak
menyangka yang bukan-bukan.

18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda
kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda
dapat
menghangatkan jiwanya.

19. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda,
letakkan buku, majalah atau akhbar yang sedang
anda
baca, dan tutup TV. Berikan perhatian
sepenuhnya.


20. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan,
sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula,
terutamanya jika dia letih. Bantulah dia menggosok
bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

21. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa
yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda
dengan
melakukan beberapa kerja yang akan
dilakukannya.


22. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah
barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula
membelinya.

23. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu
keluar.

24. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu
waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya'.
Jika
tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga
pelukan pada waktu yang terluang.


25. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya
khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau
hanya
katakan 'Aku cinta padamu'.

26. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya
sekali sehari.

27. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan
bilik tidur.

28. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke
bakul yang dikhaskan.

29. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh
dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan
plastik sampah dalam tong itu.

30. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar
dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor
telefon tempat itu.

31. Basuhkan kereta yang dipakainya.

32. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian
sebelum jima' jika itu yang dia suka.

33. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah
anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak
bersetuju dengan caranya, itu boleh
diselesaikan kemudian.

34. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut
belakang, tengkuk dan kakinya.

35. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya
yang
bukan bertujuan untuk jima'.

36. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan
anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada
benda
lain, atau melihat jam.

37. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya
walau di khalayak ramai.

38. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan
tangan anda kaku dan lumpuh.

39. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang
dia
suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang
dia
memang gemar.

40. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan
bebankan padanya untuk menentukan di mana
hendak
makan.

41. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke
tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat
itu
adalah tempat yang baik atau diharuskan.

42. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai
pakaian
bersama-sama.

43. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu
menukar pakaiannya.

44. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada
orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.

45. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda.
Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa
isteri
mendapat perhatian anda yang lebih utama
dan lebih
awal sebagai contoh kepada mereka.

46. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

47. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz
tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih
digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk
dijahit kemudiannya.


48. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian
atau
di tempat-tempat yang mahu dijadikan
kenangan.


49. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk
melakukan sesuatu yang romantik.

50. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarnya dalam
dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar
terbaru
bila sudah sampai masanya.

51. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh.
Pandulah dengan selamat, tidak terialu laju hingga
mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan
sedangkan anda boleh laju.


52. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan
komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti
'Awak
nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak
letih'
dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu
apa yang
mengembirakannya dan sebaliknya.

53. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah
tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan
memandu arah kepada anda.

54. Solat bersama dan berdoa bersama.

55. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

56. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa
awal-awal dahulu.

57. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah.
nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula
tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu
anda lakukan dengan baik. Tolong asah
pisau. Gunakan
gam yang baik untuk melekatkan sesuatu
yang telah
pecah. Tolong gantikan lampu yang telah
terbakar.

58. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang
menarik minatnya.

59. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya
yang anda terima melalui telefon.

60. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda
sudah mandi.

61. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk
membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan
untuk
bawakan barangan yang berat. Jika hendak
berjalan,
letak dan barangan yang hendak dibawa
di kereta.


62. Bila dia memasak, pujilah masakannya.

63. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah
ke
matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat
dengan
menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa
yang sesuai,
pegang dia dengan tangan anda bila
anda berkata
kepadanya.

64. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari
ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain
yang
dia hubungi.

65. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan
masuklah
ke kamar seiring dengannya.

66. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau
kata
selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.

67. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

68. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk
anda.

69. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

70. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan
kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa
yang dia
kehendaki dan anda juga mahu apa
yang anda kehendaki.
Ambil berat, tapi jangan
berat sebelah.


71. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya
bahawa anda rindu padanya.

72. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

73. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai
pandangannya.

74. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama
wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja
tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita
ialah bila lelaki melakukan
hal-hal kecil untu
membantunya dan menunjukkan anda
ambil berat
padanya.


75. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya
dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta
pada anda tanpa berdolak-dalik.

76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja
kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia
gembira anda akan turut gembira. Anda akan
merasa lebih berguna dan berjasa
kerana isteri anda
telah memperolehi perhatian yang
dia perlukan.


Free MP3s