Blogger Template by Blogcrowds

 
   

Wednesday, July 20, 2005

Kejadian Manusia

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat
Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian
tanahnya untuk mencipta Adam,

Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan
membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam,
kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu
Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat
apa-apa, mendengar sumpah bumi.

Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail,
jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah
memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan
bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali
dengan tangan yang hampa.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun
ke bumi. Kata Allah: " Hai Izrail engkaulah kini yang
aku tugaskan mengambil tanah.

Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan
bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa
kerjakan atas perintah dan atas namaKu.

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah
Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi
mengizinkan akan tanahnya itu diambil.

Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,
kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman :
"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil
tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan
kutugaskan engkau mencabut roh manusia.Maka khuatirlah
Izrail kerana bimbang dibenci oleh umat manusia.

Lalu Allah berfirman lagi: "tidak, mereka tidak akan
memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan
kematian mereka itu bersebab, terbunuh,terbakar,sakit
dan sebagainya.

TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if

Kata Ibnu Abbas :

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di
situlah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya
akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat
pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud
kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias
dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik
perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari
nafkah dan kerjasama,sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat
seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan
manusia ke lembah dosa.

10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh
tubuh manusia.

11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan
jalan.

12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah
iman, keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya.

13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap
Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.

Bagaimanakah prosesnya :

1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri
air tawar,air masin,air hanyir, angin, api.Kemudian
Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan
berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman
"Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam"
adalah tanah pilihan.Maka sebelum dijadikan patung,
tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah,wangi-wangian
dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan
"Barul Uluhiyah".

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air
"Kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal".Lalu
diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.

5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk
kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan,
malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang
terlantar.Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk
memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh
itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga,
sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit
kita sekarang ini.

Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah
perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan: yang
masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.

Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam,
tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih
kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau
liang.Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang
dibawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya di kepala :
dua liang mata,dua liang telinga, dua liang hidung dan
sebuah liang mulut.Yang dua macam di bawah :
sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera :

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan,
untuk perasa halus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu
masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang
mengambil masa 200 tahun.

Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk
memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.Dahulu Izrail
ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula
ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.

Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak
dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna.
Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus
terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Dan
juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih
merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para
malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.

Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat
mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan.
Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin,
serta mulutnya terbuka.

Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap
Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya
kehadrat Allah.

Lalu Allah berkata: "Yarkhamukallah" yang ertinya:
"semoga engkau diberi rahmat Allah" Oleh kerana itu jika
orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap
"Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya
sunat mengucapkan "Yarkhamukallah".

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja
ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya kebawah masih
menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia
yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman
Allah SWT bermaksud :"Dan adalah manusia itu, suka
tergesa-gesa".(Al-Israk:II)

Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka
terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka
seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu
meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu
terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit
dengan sempurna, yang mana kulit itu
kian lama kian bagus dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.

Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru,
maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang
pertama.

Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat
Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh
malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan
kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang
ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam
dijadikan.

Renungan : Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung
, Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap
kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada
Allah-lah kita akan dikembalikan.

Iktibar / Renungan

Maha Besar, Maha Agung dan Maha Kaya cipta Allah
"Allahuakbar".

- Daripada Allah kita datang pasti kepada Allah tempat
kembali. Itu kejadian manusia. Dari tanah kita datang
kepada tanah tempat kembali (mati dan alam kubur dan
masyhar seterusnya syurga dan nereka).

- Daripada Kubur menjadi tanaman syurga bagi mereka
beriman dan kubur menjadi tanaman neraka bagi kufar
kepada Allah. Itu sumpah Allah kepada manusia.

- Daripada kejadian itu juga memperlihatkan bertapa
kerdil, lemah dan kekurangan MANUSIA. Manusia mesti
melalui perjalanan yang ada permulaan dan berkesudahan
dan hidup kembali selepas mati (negara Akhirat).

- Disitu Islam mengajar manusia berjuang kerana Allah
untuk negeri akhirat dan bukan letakkan dunia lebih
daripada akhirat kerana akhirat pasti manusia
tinggalkan. Yang diajar oleh islam ambillah dunia
sebahagian (keperluan asas) sebagai tuntutan fardhu
untuk beramal dan ibadat untuk
manusia menuju akhirat.

- Dunia bukan milik manusia, milik Allah yang mutlak.

Sayang MANUSIA SESAMA MANUSIA (ibubapa,adik beradik,
keluarga, masyarakat dan DUNIA AMnya berceleru,
bersengketa dan bermusuhan , berperang tanpa
sempadan bunuh membunuh.

- Apa yang saksikan, sebenarnya manusia tak mahu kembali
kepada fitrah kejadiannya. (walaupun Allah menjadi
manusia berbagai warna kulit hasil drpd tanah, namun
hakikat sama manusia yang punya otak, deria rasa dan
kehendak yang sama). Yang membezakan bila Allah
meletakkan Iman(ilmu) dalam otaknya.

Apabila manusia yang dipinjamkan sifat Allah kepadanya
maka jadi manusia itu seorang yang baik(insan kamil) dan
satu lagi sifat haiwan maka jadi hina dan jauh daripada
kejadiannya.

http://mded.biz

No comments:

Free MP3s