Blogger Template by Blogcrowds

 
   

Thursday, July 21, 2005

Beberapa Kesalahan Jam'ah / Makmum

Beberapa Kesalahan Jam'ah / Makmum

1. Sebagian orang bermalas-malasan mengerjakan ibadah
Jum'at, bahkan meninggalkannya. Nabi SAW brsabda: "Hanya
ada dua pilihan buat manusia: Menghilangkan
kebiasaannya meninggalkan ibadah Jum'at, atau Allah akan
menutup hati mereka, maka jadilah mereka orang-orang
yang lalai". (HR. Muslim).

2. Sebagian orang tidak menyertakan niat ketika
berangkat ke masjid untuk melaksanakan shalat Jum'at.
Anda akan melihat ia pergi ke masjid hanya sekedar
menjalani rutinitas, padahal niat adalah syarat sahnya
ibadah Jum'at dan ibadah-ibadah yang lain. Nabi SAW
bersabda: "Segala amal itu semata tergantung pada
niatnya". (HR. Bukhari).

3. Bergadang pada malam Jum'at sehingga larut malam,
sehingga mengakibatkan ketinggalan shalat subuh karena
ketiduran. Yang terjadi kemudian, ia membuka lembaran
hari Jum'at dengan dosa besar. Nabi Saw bersabda:
"Shalat yang paling utama di sisi Allah adalah shalat
subuh pada hari Jum'at dan dikerjakan secara
berjama'ah". (As-Sohihah : 1566).

4. Berlambat-lambat dalam menghadiri khutbah Jum'at.
Sebagian datang di tengah khutbah, bahkan ada yang
datang ketika shalat tengah dilaksanakan.

5. Meninggalkan mandi besar, tidak memakai parfum, tidak
bersiwak dan tidak mengenakan pakaian terbaik.

6. Melakukan transaksi sesudah adzan Jum'at
dikumandangkan. Allah SWT berfirman "Wahai orang-orang
beriman, jika kalian diseru untuk shalat pada Jum'at,
maka bergegaslah menuju dzikir kepada Allah dan
tinggalkanlah jual beli, yang demikian itu lebih baik
bagimu jika kalian mengetahui" (QS. 62: 9) Ibnu Abbas ra
berkomentar: ' Saat itu haram hukumnya melakukan jual
beli".

7. Berbakti kepada Allah dengan kemaksiatan, seperti
membiasakan mencukur jenggot setiap hari Jum'at, dengan
anggapan sebagai kesempuranaan kebersihan.

8. Duduk di barisan belakang tatkala barisan depan belum
penuh, bahkan ada yang duduk di teras luar masjid,
padahal ia berada di masjid yang lapang.

9. Menyuruh berdiri orang yang sedang duduk untuk
ditempati tempat duduknya. Sahabat Jabir ra
meriwayatkan, Nabi SAW bersabda: "Janganlah kalian
menyuruh berdiri saudaramu pada saat ibadah Jum'at, lalu
kalian duduki tempat duduknya. Tapi hendaklah
mengatakan: "Tolong digeser agar lapang". (HR. Muslim).

10. Melangkahi pundak/punggung jama'ah yang sedang
duduk, membelah posisi dua orang (memaksa duduk diantara
dua orang sedangkan tempatnya sudah sempit), mengganggu
dan mempersempit tempat mereka. Rasulullah SAW menegur
orang yang melangkahi punggung jamaah, sementara beliau
sedang berkhutbah: "Duduklah, kamu telah menyakiti dan
mengganggu orang lain" (Shahih At-Targhib dan
At-Tahrib, dan shahih Ibnu Majah).

11. Mengeraskan suara berupa pembicaraan atau bacaan,
karena hal ini mengganggu konsentrasi jama'ah yang
sedang shalat atau membaca Al-Qur'an.

12. Keluar dari Masjid sesudah adzan dikumandangkan
tanpa alasan yang mendesak.

13. Tidak memperhatikan khutbah dan tidak diam
mendengarkan apa yang disampaikan khotib.

14. Melakukan shalat dua rakaat antara dua khutbah,
padahal yang disyariatkan adalah do'a dan istighfar
hingga naiknya kembali khotib untuk khotbah kedua.

15. Banyak bergerak ketika shalat, cepat keluar dari
masjid setelah salam, berjalan di depan orang yang
sedang shalat, dan berdesakan di pintu untuk berebut
segera keluar, tanpa mengisi waktunya dengan dzikir
sesudah shalat sebagaimana dituntunkan.

Aku meminta...

Aku meminta kepada Allah untuk menyingkirkan
penderitaanku.

Allah menjawab, Tidak. Itu bukan untuk Kusingkirkan,
tetapi agar kau mengalahkannya.

Aku meminta kepada Allah untuk menyempurnakan
kecacatanku.

Allah menjawab, Tidak. Jiwa adalah sempurna, badan
hanyalah sementara.

Aku meminta kepada Allah untuk menghadiahkanku
kesabaran.

Allah menjawab, Tidak. Kesabaran adalah hasil dari
kesulitan; itu tidak dihadiahkan, itu harus dipelajari.

Aku meminta kepada Allah untuk memberiku kebahagiaan.

Allah menjawab, Tidak. Aku memberimu berkat. Kebahagiaan
adalah tergantung padamu.

Aku meminta kepada Allah untuk menjauhkan penderitaan.

Allah menjawab, Tidak. Penderitaan menjauhkanmu dari
perhatian duniawi dan membawamu mendekat padaKu.

Aku meminta kepada Allah untuk menumbuhkan rohku.

Allah menjawab, Tidak. Kau harus menumbuhkannya sendiri,
tetapi Aku akan memangkas untuk membuatmu berbuah.

Aku meminta kepada Allah segala hal sehingga aku dapat
menikmati hidup.

Allah menjawab, Tidak. Aku akan memberimu hidup,
sehingga kau dapat menikmati segala hal.

Aku meminta kepada Allah membantuku mengasihi orang
lain, seperti Ia mengasihiku.

Allah menjawab.., akhirnya kau mengerti. HARI INI ADALAH
MILIKMU JANGAN SIA-SIAKAN. Bagi dunia kamu mungkin
hanyalah seseorang, ..

Tetapi bagi seseorang kamu adalah dunianya.

Waktu diharamkan solat

1. Waktu syuruk iaitu 28mins selepas subuh ketika
matahari baru naik ke langit. ie subuh from 5.35am to
7.05am. 7.05am + 28mins = 7.33am. Therefore from 7.05am
to 7.33am ialah waktu syuruk. Waktu ini adalah haram
utk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan
berada di antara matahari.

Rasulullah mengharamkan solat waktu ini juga kerana ia
menyamai org yang menyembah matahari. Jika kita
terbangun dari tidur pada pukul 7am dan ingin
mengqadakan sembahyang subuh, kita harus melepasi waktu
syuruk itu.

2. Waktu zawal/Istiwa/rembah iaitu matahari berada tegak
di atas kepala iaitu apabila kita berdiri tidak
kelihatan bayangan kecuali dibawah kaki kita. Waktu
inilah api neraka sedang bergeledak dan syaitan
berkeliaran. Waktu ini panjangnya dalam 5-10mins sebelum
waktu zohor. Waktu fadilat/afdal untuk solat ialah
sepertiga waktu selepas azan ie 20 mins selepas azan.

Pahala yang besar diberikan pada orang-orang yang
menghormati dan tidak melengahkan waktu solat.

Kecuali Isyak, afdalnya ialah sepertiga malam ie sesudah
azan hingga 10.30mlm.

Wallahualam. Sudahkah anda menunaikan SOLAT?

Alam Barzah & Padang Mahsyar

Terdapat 5 alam yg dilalui oleh setiap manusia iaitu :

1. Alam Roh

Alam dimana setiap manusia berjanji mnyembah Allah dan
mengikuti segala suruhan dan meninggalkan laranganNya.
Manusia dihidupkan selepas Nabi Adam.

2. Alam Rahim

selama 120 hari berada didalam rahim (tidak lagi
mengingati segala peristiwa Alam Roh)

3. Alam Dunia

Manusia hidup didalam satu alam yg amat-amat singkat
tetapi amat-amat penting untuk alam yg seterusnya. Hidup
sehingga 65thn-75thn

4. Alam Kubur

Alam Kubur adalah bersamaan 40 thn. 1 thn bersamaan 1000
thn didunia. Hadis Imam At Turmudzi menerusi Abi'Sa'iid
; Rasulullah saw bersabda :" Sungguhnya Kubur itu
adalah suatu kebun antara kebun-kebun Syurga ataupun
satu lubang antara lubang-lubang Neraka"

5. Alam Mahsyar

Alam Mahsyar adalah bersamaan 300thn. 1 thn bersamaan
50,000 thn didunia. Alam Mahsyar dimulakan apabila 2
tiupan sangkakala ditiupan oleh Malaikat Israfil. Tiupan
pertama mematikan semua kehidupan manakala tiupan yg
kedua menghidupkannya kembali dimana bumi memuntahkan
isinya.



* Dlm riwayat dinyatakan Kaabah akan berjalan masuk
bersama dengan bumi Mekah dan Madinah bersama isi
buminya apabila kiamat tiba (termasuk orang beriman yg
mati di Mekah / Madinah). Sunat utk kita berniat untuk
mati di Mekah atau Madinah shj. Haram berniat utk mati
ditempat yg lain. Rasullullah s.a.w yg pertama sekali
dibangkitkan dimana

Rasullullah s.a.w bertanya pada Jibrail " Dimana kamu
tinggalkan umatku"

# Didalam Surah Al-Waaqi'ah Allah menyebutkan
dipermulaan keadaan/suasana Kiamat Besar dimana manusia
terbahagi kepada tiga golongan :

1.Muqarrabiin (Orang yang didekatkan kepada Allah);
iaitu orang-orang yang dapat memasuki Syurga diperingkat
awal.

2.Abraar (Baik-kebaikwan); iaitu orang-orang yang
baik-baik; mereka ini ialah golongan Kanan (Golongan
Bertuah Peringkat Kedua)

3.Fujjaar (Jahat-jahawan); iaitu orang-orang yang
jahat-jahat; mereka ini ialah golongan kiri (golongan
celaka/sial).

Kemudian Allah menyebutkan diakhirnya keadaan Kiamat
Kecil dimana manusia terbahagi kepada tiga golongan juga
iaitu;

1.Muqarrabiin.

2.Golongan Kanan.

3.Golongan Pendusta Yang Sesat.

Peristiwa di Padang Mahsyar

Manusia dibangunkan dlm keadaan telanjang melainkan mrk
yg beriman. Jln masing-masing tidak kenal antara satu
kecuali 7 golongan. Mengikut Riwayat , Rasullullah saw
dan Nabi Ibrahim as diberi pakaian terlebih dahulu
diikuti yg lain (para Nabi, Sahabat dan mrk yg beriman).
7 golongan :

1. Pemimpin yang adil

2. Lelaki yg terikat hatinya dgn masjid

3. Lelaki yg bersedekah tetapi tidak diketahui

4. Orang muda yg taat kepada perintah Allah

5. Lelaki yg diajak oleh wanita, tetapi dia menolak dgn
kata " Aku takut pada Allah"

6. Lelaki yg senantiasa mengingati Allah dan takut pada
Allah

7. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

(Didalam Al-Quran jika ia dirujuk sebagai lelaki maka
ada juanya bermaksud atau bersama perempuan)

Setelah 40 thn (di Mahsyar) iaitu 1 thn bersamaan 50,000
thn didunia, semua manusia tidak tahu berbuat apa
melainkan mrk yg beriman, kemudian terdengar suara
"pergilah berjumpa dgn para Nabi".. maka yg mengetuai
setiap kumpulan ialah para ulama dan para ambia. Pertama
sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam
ttp usaha mereka gagal krn Nabi Adam menyatakan beliau
juga ada melakukan dosa krn memakan buah larangan di
syurga.. maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa
Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa (semuanya
memberikan sebab seperti Nabi Adam) dan akhirnya mereka
berjumpa Rasullullah saw. Rasullullah saw memohon
kepada Allah dan syafaat baginda telah meletakkan Padang
Mahsyar menjadi tempat

- Soal Jawab

-Membaca catatan amalan

-Hisab

*Manakala orang kafir dan syaitan akan dikumpulkan
disekeliling Neraka Jahanam. "Oleh itu, demi Tuhanmu
(wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan
mereka yang kafir itu beserta syaitan-syaitan di Padang
Mahsyar, kemudian Kami akan bawa mereka duduk bertelut
di keliling Neraka Jahanam." Surah Maryam Ayat 68

Kemudian manusia meniti SiratulMustakim yg mana
perjalanannya mengambil masa 15,000 thn perjalanan
(persamaan didunia tidak dinyatakan). Dan setiap 1000
manusia yg meniti hanya tinggal 1 sahaja yg akan berada
di titian sirat (iaitu mrk yg beriman dan beramal
soleh) untuk meneruskan perjalanan ke syurga (sepantas
kilat bagi mrk yg beriman) .

999 manusia akan jatuh kebawah dari sirat dan akan tiba
didasar neraka setelah 60 tahun. (*Mengikut Riwayat,
anak yg meninggal sewaktu kecil akan menunggu ibubapanya
diatas sirat).

*Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat
(malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali
lagi,Di sisi "Sidratul-Muntaha"; Yang di sisinya
terletak syurga "Jannatul-Makwa".(Nabi Muhammad melihat
Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini
ialah) semasa "Sidratul-Muntaha" itu diliputi oleh
makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak
terhingga. Surah An-Najm Ayat 13-16

*Kesimpulannya : Mati adalah benar, hidup kembali di
Alam Barzah dan Alam Akhirat adalah benar. Amatlah
ruginya jika kita leka di dunia yg masanya sungguh
singkat namun amalan dan sumbangan kita terhadap agama
Allah amatlah besar pada ketika itu untuk menghadapi
Alam seterusnya. Diceritakan kisah didalam Al-Quran
dimana manusia akan menyesali diatas kelalaian mereka
didunia sebaik sahaja melihat api neraka ;

Tanggungjawab dan Perkongsian Pengetahuan

Saya :

Tanggungjawab

Banyak tulisan mengenai ini. Di sini saya tulis lagi
untuk meneguhkan lagi tanggungjawab kita. Perkara yang
baik biarlah diulang-ulang . Sekurang-kurangnya boleh
dijadikan sumber rujukan atau pengetahuan.

Sebagai Tenaga Pengajar, kelas yang
dipertanggungjawabkan kepada kita merupakan amanah.
Mengurusnya perlu mempunyai komitmen yang tinggi. Kita
perlu sering meminta nasihat dan pengetahuan bagi
membolehkan kita membuat keputusan yang tepat dan
rasional tentang perjalanan kelas. Dalam konteks ini,
sentiasalah berusaha mengemaskini pengetahuan dalam
bidang persilatan khususnya silat kita sendiri. Ini
boleh dilakukan melalui pertukaran pendapat, mendengar
ceramah atau melaui pembacaan. Perkara pentingnya ialah
kita sendiri suka mengerakkan kelas silat. Janganlah
kita merasakan "terhimpit" dengan peraturan-peraturan.
Percayalah pada kebolehan diri sendiri.

Penuntut yang menuntut di bawah penyeliaan kita, perlu
dilayan dengan sebaik mungkin. Kita perlu mengambil
berat perhubungan dengan mereka. Tunjukkan sikap positif
terhadap mereka. Dengan ini kita sentiasa ada minat
terhadap perkembangan anak didik kita. Pertuturan dan
pergerakan silat kita biarlah selari untuk dicontohi .
Belajarlah supaya kita mempunyai kemahiran komunikasi
yang baik, jelas dan mempunyai suara yang boleh
mendatangkan semangat kepada kelas yang kita pimpin.
Satu faktor lagi yang amat penting, jangan lupa "keadaan
badan" kita. Kita perlu mempunyai bentuk tubuh yang
baik. Oleh itu jagalah berat , stimina dan saiz badan.
Saya selalu menyarankan agar aspek-aspek tersebut dijaga
kerana faktor-faktor itu memberi kesan kepada
pergerakan dan semangat kita dalam mengendalikan kelas.

Di samping itu jangan lupa "hak"penuntut kita dalam
menuntut ilmu. Pastinya yang utama ialah hak mereka
untuk mendapatkan pelajaran silat daripada kita. Amalan
ini sememangnya menjadi amalan kita. Yang tertinggal
buah, akan tetap kita ulang dan berikan buah. Fahamilah
penuntut kita. Sebagai tenaga pengajar, kita perlu
mempunyai minat terhadap kebolehan penuntut kita.
Kekurangan pengetahuan mengenai seseorang penuntut akan
menjejaslkan keberkesanan kita menurunkan buah kepada
penuntut tersebut. Ketahuilah kelemahan dan kekuatannya.
Di samping itu aspek keselamatan penuntut perlu juga
diambil kita. Tetapi ini tidak bermakna kita akan
mengubah teknik mengambil buah. Sesuaikan dengan
kebolehan penuntut. Jika penuntut itu mempunyai daya
tahan dan kebolehan yang tinggi, sampaikan buah dalam
bentuk yang sesuai dengan kebolehannya. Kalau perlu
"kenakan perasa" sebenar setiap buah dalam SC, silakan.
Perkara penting, kita jangan bersifat emosional atau
memberi layanan yang berat sebelah walaupun kita
mempunyai "sifat berat sebelahnya" sendiri. Dalam
satu-satu ketika, utamakan penuntut kita dalam proses
penurunan ilmu.

Dalam konteks diri, kita perlu mempunyai sifat yang
boleh bergurau dan sentiasa berminat dan bersemangat
serta menetapkan mutu yang tinggi pada pencapaian
penuntut kita. Ini akan mewujudkan kemesraan dalam
kelas. Sekurang-kurangnya akan membantu kesetiaaan
mereka belajar hingga tamat. Aspek sabar , bertolak
ansur dan yakin pada diri sendiri merupakan amalan yang
sebati dengan diri kita. Seorang tenaga pengajar yang
baik itu, pengaruhnya adalah abadi. Oleh itu milikilah
dan berusahalah mendapatkan sifat sebagai seorang yang
bijak, mahir, jujur dan bertimbang rasa kerana merekalah
yang utama untuk mendapatkan pelajaran daripada kita.
'Tiada mereka, tiadalah kita'

Ana:

Tenaga Pengajar yg ditauliahkan memegang amanah dan
tanggungjawab menurunkan ilmu persilatan kepada
penuntut2. Hakikatnya ilmu tenaga pengajar dr konteks
persilatan hendaklah sentiasa melebihi penuntut. Barulah
logic konsep mengajar kepada yang diajar. Konsep
penurunan ilmu kepada penuntut seharusnya konsisten agar
penuntut menjana pemahaman yg berterusan. Ini adalah
hak penuntut dalam mendapatkan pelajaran.

Tahap kritikal yg harus diambil berat dlm konteks
penurunan ilmu adalah sewaktu kemahiran. Di ketika ini
penuntut perlu dilayan kerenah mrk terutama dr segi
persilatan agar kesinambungan dan perkembangan
berterusan. Keupayaan TP mengupas dan mendalami
pergerakan persilatan menjadi titik tolak keberkesanan
membentuk dan mendidik penuntut tersebut. Ia juga
menjadi ujian kpd TP menentukan tahap kedudukan ilmu
diri ketika itu. Singkat ilmunya maka hambarlah kelas
tersebut. Hebat kupasan dan latihannya luar biasalah
hasil perkembangan penuntut.

Menjana ilmu utk penurunan ilmu perlu usaha yg
konsisten. Jarang TP mendapat Total Package penambahan
ilmu kemahiran. Kebiasaannya ia melalui perbualan2 dan
tokok tambah ilmu umpama kain2 perca yg dicantum
bersama. Lagi banyak kain perca lagi besar kainnya.
Pencorakan pemahaman banyak bergantung kpd TP itu
sendiri. Baik tahap tangkapan dan pemahamannya eloklah
hasilnya. Bantut pemikirannya maka banyak cerita2
tambahan yg direka2.

Mendapatkan Total Package memerlukan usaha kembali pada
asal. Yakni TP perlu dikedudukan belajar atau menuntut.
Pernah dinyatakan oleh penulis Salman bahawa TP harus
sentiasa dikedudukan belajar dan mengajar. Barulah
penjanaan ilmu berterusan dan konsisten. Konteks ini
sukar diimplimentasi terutama bila TP merasakan ilmunya
setanding ilmu TP yg lain. Perantaraan penambahan ilmu
biasanya menunggu org2 senior bercerita akan teknik2
lain yg blh digunakan. Penyampaian begini tidak seragam
dan tidak bersistematik utk diolahkan kembali kpd TP yg
lain.

Maka menyentuh bab tanggungjawab yg dikongsi oleh
Penulis Saya, TP perlu hadirkan kesedarannya utk
berusaha agar diri diperlengkapakan dgn penambahan ilmu
persilatan secara konsisten. TP juga satu ketika akan
menjadi senior dan menjadi harapan rujukan pada TP yg
baru. Secara totalnya, TP yg ada btanggungjawab juga
membentuk generasi TP yg baru. Jgnlah kita corakkan ilmu
mrk spt cantuman kain perca. Buruk rupanya.

Salam bahagia dari saya, Ana.

Salman:

Tajuk Perkongsian Pengetahuan yang dibentangkan oleh
penulis SAYA serta diperkuatkan dengan tambahan pendapat
dari Ana, adalah merupakan kesinambungan dari cetusan
rasa yang inginkan perkembangan ilmu dalam dunia SC
berjalan tanpa noktah. Saya bersetuju dengan kenyataan
SAYA bahawa perkara yang baik biarlah diulang-ulang.
Kesan dari pengulangan yang kerap mampu untuk membentuk
perubahan baik pada kefahaman mahupun dari segi sikap
dan perbuatan.

Dalam kontek perbincangan ini, Tenaga Pengajar (TP)
adalah merupakan pintu utama kepada pengenalan penuntut
kepada dunia SC. Seumpama kain putih, penuntut
membentangkan keseluruhan jiwa dan dirinya dihadapan
keikhlasan Guru untuk dicorak dengan segala warna ilmu,
haruman tingkah laku dan kekuatan peribadi. Cuma
seperti yang sedia maklum, masa tidak melimpah hingga
membolehkan Guru berada di sisi penuntut sepanjang hari.
Lantaran itu, telah diamanahkan tanggungjawab mengajar,
mendidik dan membentuk keperibadian penuntut kepada TP.
Mereka lebih hampir dan amat maklum dengan suasana dan
persekitaran pembelajaran. Cuma yang dipersoalkan oleh
ahli ialah bagaimana harus TP menghadapi tanggungjawab
ini andai kurang isi pada diri. Saya tidak berhasrat
untuk menyentuh sesiapa kerana seperti semua, saya masih
berada dalam zon belajar dan cuba-cuba mengajar.

SAYA melalui penulisannya menegaskan bahawa pengetahuan
perlu ditambah. Janganlah kita terus menjadikan alasan
"membaca buku seumpama berguru dengan Syaitan" sehingga
kita takut dan terus meninggalkan minat untuk membaca.
Selalu juga di Sidang ini ahli menyarankan kita
bertukar-tukar pendapat. Sedangkan pertukaran pendapat
adalah merupakan salah satu cara percambahan ilmu.
Setiap ilmu yang baik tidak salah untuk dimanfaatkan.
Bukankah ianya bermula setelah kita membaca pendapat
tersebut? Maklumat (information) adalah kuasa (power).
Dalam dunia yang serba pantas dan terbuka, persaingan
hebat akan diungguli oleh mereka yang bermaklumat dan
tahu bagaimana harus maklumat tersebut boleh
dimanfaatkan. Soal sama ada maklumat tersebut digunakan
kearah kebaikan atau keburukan tidak penting. Yang
pasti maklumat tersebut perlu diperolehi. Begitulah
halnya dengan TP. TP perlukan maklumat (pengetahuan)
agar kemampuan diri sentiasa melebihi penuntut. Benar
ilmu yang disampaikan tidak merugikan penyampai. Tetapi
sampai kapan penyampai akan berterusan menyampaikan
perkara yang sama kepada pendengar?

Pertambahan ilmu bukan sekadar dari buku. Ilmu boleh
berputik dari pertanyaan, pengalaman, pemerhatian dan
pergaulan seharian. Maka TP seharusnya menggunakan
sepenuhnya pendekatan ini untuk mengorek segala ilmu
Guru dan pengalaman dari mereka yang tahu. Seterusnya
jangan terus dicurah semula setiap yang diterima.
Sebaiknya pertimbanglah dahulu logik dan kebenaran
informasi itu agar hak diri dijaga. Jangan lupa. Diri
kita ada hak untuk menolak atau menerima maklumat
tersebut. Andai diri masih meragui logik atau kebenaran
maklumat maka adalah lebih baik dikala ini, kembali
kepada penjelasan dari penyampai asal maklumat.
Bertanyalah. Bahkan sebaiknya berdialoglah secara
hikmah. Letakkan diri pada kedudukan yang tidak tahu
agar mereka yang tahu akan menyalurkan segala yang dia
tahu secara baik dan berhemah. Percayalah. Tidak akan
rugi masa yang dihabiskan. Tidak aka sia-sia pertemuan
yang diaturkan.

Sejumlah besar pelajar SCH terdiri daripada pelajar dan
mereka yang terpelajar. Maaf. Jangan sesekali TP cuba
menghina minda mereka dengan rekaan cerita yang langsung
tidak membangkitkan minat untuk mereka menghargai masa
yang diluangkan bagi mendengar cerita yang
menelanjangkan kedangkalan kita. Saya percaya ini tidak
berlaku. Sistem pendidikan negara yang berteraskan
pembentukan kefahaman yang baik pada diri pelajar, akan
menghasilkan masyarakat yang kritis dan peka.
Sehubungan itu, TP harus berwaspada dengan sifat
kepekaan ini. Janganlah satu hari nanti, akibat dari
kekurangan kita menambahkan ilmu, ada pelajar SCH yang
menulis di sini memohon Guru Utama memecat si Anu bin Si
Anu kerana tahap pengetahuannya baik dari sudut
persilatan mahupun kehidupan seharian, jauh lebih rendah
dari yang bertanya.

Silat Cekak sangatlah mudah. Bagi mereka yang mendapat
Hidayah. Para ahli SCH yang budiman, Hidayah tidak hadir
secara tiba-tiba. Hidayah pula bukanlah milik semua.
Hidayah adalah untuk mereka yang terpilih. Maka
bersungguhlah untuk memastikan diri kita terpilih untuk
diberikan Hidayah. Kita bukanlah Ahlullah yang
dijanjikan kehebatan Laduni. Hidayah hadir bersama
ikhtiar berterusan disamping pengharapan yang tinggi
terhadap Yang Maha Segalanya. Mungkin Hidayah telah
terbentang dihadapan mata. Cuma lantaran kekotoran jiwa,
Hidayah yang amat bercahaya dilihat kelam umpama
melihatnya si buta. Hidayah perlukan lapangan yang
bersih untuk bertapak. Bersamalah kita memohon kemaafan
dan keampunan. Insyaalah apa yang dihajatkan akan
dipenuhi demi kebaikan yang berkekalan.

Adab Membaca Al Quran

Adab Membaca Al Quran



Al Qura'an sebagai Kitab Suci, Wahyu Ilahi, mempunyai
adab-adab tersendiri bagi orang-orang yang membacanya.
Adab-adab itu sudah diatur dengan sagnat baik, untuk
penghormatan dan keagungan Al Quran; tiap-tiap orang
harus berpedoman kepadanya dan mengerjakannya.



Imam Al Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin telah
memperinci dengan sejelas-jelasnya bagaimana hendaknya
adab-adab membaca Al Qur'an menjadi adab yang mengenal
batin, dan adab yang mengenal lahir. Adab yang mengenal
batin itu, diperinci lagi menjadi arti memahami asal
kalimat, cara hati membesarkan kalimat Allah,
menghadirkan hati dikala membaca sampai ke tingkat
memperluas, memperhalus perasaan dan membersihkan jiwa.
Dengan demikian, kandungan Al Quran yang dibaca dengan
perantaraan lidah, dapat bersemi dalam jiwa dan meresap
ke dalam hati sanubarinya. Kesemuanya ini adalah adab
yang berhubungan dengan batin, yaitu dengan hati dan
jiwa. Sebagai contoh, Imam Al Gazhali menjelaskan,
bagaimana cara hati membesarkan kalimat Allah, yaitu
bagi pembaca Al Qur'an ketika ia memulainya, maka
terlebih dahulu ia harus menghadirkan dalam hatinya,
betapa kebesaran Allah yang mempunyai kalimat-kalimat
itu. Dia harus yakin dalam hatinya, bahwa yang dibacanya
itu bukanlah kalam manusia, tetapi adalah kalam Allah
Azza wa Jalla. Membesarkan kalam Allah itu, bukan saja
dalam membacanya, tetapi juga dalam menjaga
tulisan-tulisan Al Quran itu sendiri. Sebagaimana yang
diriwayatkan, 'Ikrimah bin Abi Jahl, sangat gusar
hatinya bila melihat lembaran-lembaran yang bertuliskan
Al Quran berserak-serak seolah-olah tersia-sia, lalu ia
memungutnya selembar demi selembar, sambil berkata:"Ini
adalah kalam Tuhanku! Ini adalah kalam Tuhanku,
membesarkan kalam Allah berarti membesarkan Allah."



Adapun mengenai adab lahir dalam membaca Al Quran,
selain didapati di dalam kitab Ihya Ulumuddin, juga
banyak terdapat di dalam kitab-kitab lainnya. Misalnya
dalam kitab Al Itqan oleh Al Imam Jalaludin As Suyuthu,
tantang adab membaca Al Quran itu diperincinya sampai
menjadi beberapa bagian.



Diantara adab-adab membaca Al Quran, yang terpenting
ialah:



1. Disunatkan membaca Al Quran sesudah berwudhu, dalam
keadaan bersih, sebab yang dibaca adalah wahyu Allah.



2. Mengambil Al Quran hendaknya dengan tangan kanan;
sebaiknya memegangnya dengan kedua belah tangan.



3. Disunatkan membaca Al Quran di tempat yang bersih,
seperti di rumah, di surau, di mushalla dan di
tempat-tempat lain yang dianggap bersih. Tapi yang
paling utama ialah di mesjid.



4. Disunatkan membaca Al Quran menghadap ke Qiblat,
membacanya dengan khusyu' dan tenang; sebaiknya dengan
berpakaian yang pantas.



5. Ketika membaca Al Quran, mulut hendaknya bersih,
tidak berisi makanan, sebaiknya sebelum membaca Al Quran
mulut dan gigi dibersihkan terlebih dahulu.



6. Sebelum membaca Al Quran disunatkan membaca
ta'awwudz, yang berbunyi: a'udzubillahi minasy
syaithanirrajim. Sesudah itu barulah dibaca
Bismillahirrahmanir rahim. Maksudnya, diminta lebih
dahulu perlindungan Allah, supaya terjauh pengaruh tipu
daya syaitan, sehingga hati dan fikiran tetap tenang di
waktu membaca Al quran, dijauhi dari gangguan. Biasa
juga orang yang sebelum atau sesudah membaca ta'awwudz
itu, berdoa dengan maksud memohon kepada Alah supaya
hatinya menjadi terang. Doa itu berbunyi sebagai
berikut.



"Ya Allah bukakanlah kiranya kepada kami hikmat-Mu, dan
taburkanlah kepada kami rahmat dan khazanah-Mu, ya
Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."



7. Disunatkan membaca Al Quran dengan tartil, yaitu
dengan bacaan yang pelan-pelan dan tenang, sesuai dengan
firman Allah dalam surat (73) Al Muzammil ayat 4:



".... Dan bacalah Al Quran itu dengan tartil".



Membaca dengan tartil itu lebih banyak memberi bekas dan
mempengaruhi jiwa, serta serta lebihmendatangkan
ketenangan batin dan rasa hormat kepada Al Quran.



Telah berkata Ibnu Abbas r. a.:" Aku lebih suka membaca
surat Al Baqarah dan Ali Imran dengan tartil, daripada
kubaca seluruh Al Quran dengan cara terburu-buru dan
cepat-cepat."



8. Bagi orang yang sudah mengerti arti dan maksud
ayat-ayat Al Quran, disunatkan membacanya dengan penuh
perhatian dan pemikiran tentang ayat-ayat yang dibacanya
itu dan maksudnya. Cara pembacaan seperti inilah yang
dikehendaki, yaitu lidahnya bergerak membaca, hatinya
turut memperhatikan dan memikirkan arti dan maksud yang
terkandung dalam ayat-ayat yang dibacanya. Dengan
demikian, ia akan sampai kepada hakikat yang sebenarnya,
yaitu membaca Al Quran serta mendalami isi yang
terkandung di dalamnya. Hal itu akan mendorongnya untuk
mengamalkan isi Al Quran itu. Firman Allah dalam surat
(4) An Nisaa ayat 82 berbunyi sebagai berikut:



"Apakah mereka tidak memperhatikan (isi) Al Quran?..."



Bila membaca Al Quran yang selalu disertai perhatian dan
pemikiran arti dan maksudnya, maka dapat ditentukan
ketentuan-ketentuan terhadap ayat-ayat yang dibacanya.
Umpamanya: Bila bacaan sampai kepada ayat tasbih, maka
dibacanya tasbih dan tahmid; Bila sampai pada ayat Doa
dan Istighfar, lalu berdoa dan minta ampun; bila sampai
pada ayat azab, lalau meminta perlindungan kepada
Allah; bila sampai kepada ayat rahmat, llau meminta dan
memohon rahmat dan begitu seterusnya. Caranya, boleh
diucapkan dengan lisan atau cukup dalam hati saja.
Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud, dari Ibnu Abbas
yang maksudnya sebagai berikut: "Sesungguhnya Rasulullah
s. a. w. apabila membaca: "sabbihissma rabbikal a'la
beliau lalu membaca subhanarobbiyal a'la . Diriwayatkan
pula oleh Abu Daud, dan Wa-il binHijr yang maksudnya
sebagai berikut:" Aku dengan Rasulullah membaca surat Al
Fatihah , maka Rasulullah sesudah membaca walad
dholliin lalu membaca aamin . Demikian juga disunatkan
sujud, bila membaca ayat-ayat sajadah, dan sujud itu
dinamakan sujud tilawah.



Ayat-ayat sajadah itu terdapat pada 15 tempat yaitu:

dalam surat Al-A'raaf ayat 206

dalam surat Ar-ra'd ayat 15

dalam surat An-Nahl ayat 50

dalam surat Bani Israil ayat 109

dalam surat Maryam ayat 58

dalam surat Al-Haji ayat 18 dan ayat 77

dalam surat Al Furqaan ayat 60

dalam surat Annaml ayat 26

dalam surat As-Sajdah ayat 15

dalam surat As-Shad ayat 24

dalam surat Haamim ayat 38

dalam surat An-Najm ayat 62

dalam surat Al-Insyiqaq ayat 21,

dan dalam surat Al-'Alaq ayat 19



9. Dalam membaca Al Quran itu, hendaknya benar-benar
diresapkan arti dan maksudnya, lebih-lebih apabila
smapai pada ayat-ayat yang menggambarkan nasib
orang-orang yang berdosa, dan bagaimana hebatnya siksaan
yang disediakan bagi mereka. Sehubungan dengan itu,
menurut riwayat, para sahabat banyak yang mencucurkan
air matanya di kala membaca dan mendengar ayat-ayat suci
Al Quran yang menggambarkan betapa nasib yang akan
diderita oleh orang-orang yang berdosa.



10. Disunatkan membaca Al Quran dengan suara yang bagus
lagi merdu, sebab suara yang bagus dan merdu itu
menambah keindahan islubnya Al Quran. Rasulullah s. a.
w. telah bersabda:



"Kamu hiasilah Al Quran itu dengan suaramu yang merdu"



Diriwayatkan, bahwa pada suatu malam Rasulullah s. a. w.
menunggu-nunggu istrinya, Sitti 'Aisyah r. a. yang
kebetulan agak terlambat datangnya. Setelah ia datang,
Rasulullah bertanya kepadanya:" Bagaimanakah keadaanmu?"
Aisyah menjawab :"Aku terlambat datang, karena
mendengarkan bacaan Al Quran seseorang yang sangat bagus
lagimerdu suaranya. Belum pernah akumendengarkan suara
sebagus itu." Maka Rasulullah terus berdiri dan pergi
mendengarkan bacaan Al Quran yang dikatakan Aisyah itu.
rasulullah kembali dan mengatakan kepada Aisyah:" Orang
itu adalah Salim, budak sahaya Abi Huzaifah.
Puji-pujian bagi Allah yang telah menjadikan orang yang
suaranya merdu seperti Salim itu sebagai ummatku."



Oleh sebab itu, melagukan Al Quran dengan suara yang
bagus, adalah disunatkan, asalkan tidak melanggar
ketentuan-ketentuan dan tata cara membaca sebagaimana
yang telah ditetapkan dalam ilmu qiraat dan tajwid,
seperti menjaga madnya, harakatnya (barisnya) idghamnya
dan lain-lainnya. Di dalam kitab zawaidur raudhah,
diterangkan bahwa melagukan Al Quran dengan cara
bermain-main serta melanggar ketentuan-ketentuan seperti
tersebut di atas itu, haramlah hukumnya; orang yang
membacanya dianggap fasiq, juga orang yang
mendengarkannya turut berdosa.



11. Sedapat-dapatnya membaca Al Quran janganlah
diputuskan hanya karena hendak berbicara dengan orang
lain. Hendaknya pembacaan diteruskan sampai ke batas
yang telah ditentukan, barulah disudahi. Juga dilarang
tertawa-tawa, bermain-main dan lain-lain yang semacam
itu, ketika sedang membaca Al Quran. Sebab pekerjaan
yang seperti itu tidak layak dilakukan sewaktu membaca
Kitab Suci dan berarti tidak menghormati kesuciannya.



Itulah diantara adab-adab yang terpenting yang harus
dijaga dan diperhatikan, sehingga dengan demikian
kesucian Al Quran dapat terpelihara menurut arti yang
sebenarnya.

Persoalan tentang Dajjal

Persoalan tentang al-ghaibiyyah, iaitu persoalan alam
ghaib yang hanya didengar melalui dalil-dalil namun,
hakikatnya hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Antara perkara berbentuk al-ghaibiyyah ialah kapal nabi
Nuh, tongkat Nabi Musa, syurga, neraka dll. Kita tidak
digalakkan untuk memperincikan bangaimana bentuknya,
bila berlaku, adakah berjasad atau tidak serta
seumpamanya. Begitu juga dajjal yang termasuk dalam
persoalan al-ghaibiyyah.

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "
Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam
khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal.
Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak
ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat
selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap
Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya
tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan
kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak
mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu.
Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di
tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi
setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku,
maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah
SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

"Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat
antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan
begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia,
tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu
ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi
sebelumku kepada umatnya.

"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya
sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah
aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan.
Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu
lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya
sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama
dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu
tertulis 'kafir', yang dapat dibaca oleh
setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

"Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa
syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya
sedangkan syurganya itu neraka, iaitu panas. Sesiapa di
antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah
dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia
membaca pangkal surah al-Kahfi, maka nerakanya itu akan
sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu
menjadi sejuk.

"Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata
kepada orang Arab: "Seandainya aku sanggup
menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal
dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai
Tuhanmu?" Orang Arab itu akan berkata:
"Tentu." Maka syaitan pun datang
menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama,
sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya
berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah
dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu."

"Di antara tipu dayanya juga dia tipu
seseorang, iaitu dia bunuh dan dia belah dua. Setelah
itu dia katakan kepada orang ramai: "Lihatlah
apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang
akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang
mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu
bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Orang
yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman,
menjawab: "Tuhanku adalah Allah, sedangkan
engkau adalah musuh Allah." Orang itu bererti
lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang
paling tinggi darjatnya di syurga."

Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu
dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan
tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya
mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan
termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal
itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka
tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang
demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak
menjadi.

"Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang
percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya
sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di
tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.

"Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini
yang tidak didatangi Dajjal, kecuali Makkah dan Madinah.
Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal
kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak
pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika
Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota
Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu
orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak
tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi
bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut
Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota
Madinah."

Dalam hadis yang lain, "di antara fitnah atau
tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu
tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman
kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu
tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak
turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat
mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun
beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu
Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan
menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya.
Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman
mereka subur."

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
"Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun
tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai
orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak
amanah dipercayai dan orang amanah tidak
dipercayai."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada
bersabda: "Bumi yang paling baik adalah
Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal
oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah.
Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota
Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada
di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing
kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah.
Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.
Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah
membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan
karat-karat besi."

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah
r.a. mengatakan: "Pernah satu hari Rasulullah
s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis.
Melihat saya menangis beliau bertanya: "
Mengapa menangis?" Saya menjawab: "
Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka
saya takut mendengarnya." Rasulullah s.a.w
berkata: "Seandainya Dajjal datang pada waktu
aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari
gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka
Tuhan kamu tidak buta dan cacat."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w
bersabda: "Dajjal muncul pada waktu orang
tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama.
Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu
hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa
bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu
minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari
biasa."

Ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tentang
hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat
lima waktu juga?" Rasulullah s.a.w menjawab:
"Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu
itu."

Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata:
"Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini
berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud
menahannya?" Katanya sambil ditahannya
matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu
minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu,
dia berkata kepada manusia: "Sekarang apakah
kamu ingin supaya matahari itu berjalan?"
Mereka semua menjawab: "Ya, kami
ingin." Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya
dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia
akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh.
Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari,
empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah
mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah
bin Mas'ud dan kemudian membunuh Dajjal
itu."

Iblis dan Kiyai

Siang menjelang zuhur. Salah satu Iblis ada di Masjid.
Kebetulan hari itu hari Jumaat, saat berkumpulnya orang.
Iblis sudah ada di dalam Masjid. Ia nampak begitu
khusyuk. Orang mulai berdatangan. Iblis menjelma menjadi
ratusan bentuk & masuk dari segala penjuru, melalui
jendela, pintu, ventilation atau masuk melalui lubang
pembuangan air.

Pada setiap orang, Iblis juga masuk melalui telinga, ke
dalam saraf mata, ke dalam urat nadi, lalu menggerakkan
denyut jantung setiap para jemaah yang hadir. Iblis
juga melekat di setiap sejadah.

"Hai, Blis!", Kiyai berseru, ketika baru masuk ke Masjid
itu.

Iblis merasa terusik : "Kau kerjakan saja tugasmu,
Kiyai. Tidak perlu kau melarang saya. Ini hak saya untuk
mengganggu setiap orang dalam Masjid ini!", jawab Iblis
marah.

"Ini rumah Tuhan, Blis! Tempat yang suci, kalau kau mahu
mengganggu, kau lakukan diluar nanti!", Kiyai cuba
mengusir.

"Kiyai, hari ini, adalah hari uji cuba sistem baru".

Kiyai termangu.

"Saya sedang menerapkan cara baru, untuk menjerat
kaummu".

"Dengan apa?" tanya Kiyai.

"Dengan sejadah!" jawab Iblis.

"Apa yang dapat kau lakukan dengan sejadah, Blis?"

"Pertama, saya akan masuk ke setiap pemilik saham
industri sejadah. Mereka akan saya jebak dengan mimpi
untung besar. Sehingga, mereka akan tega memeras buruh
untuk bekerja dengan upah yang

sedikit, demi keuntungan besar!"

"Ah, itu kan memang cara lama yang sering kau pakai.
Tidak ada yang baru, Blis?"

"Bukan itu saja Kiyai... " tukas Iblis.

"Lalu?" Jawab Kiyai.

Iblis menjawab, "Saya juga akan masuk pada setiap
designer sejadah. Saya akan menumbuhkan gagasan, agar
para designer itu membuat sejadah yang lebar-lebar"

"Untuk apa?" tukas Kiai.

"Supaya, saya lebih berpeluang untuk menanamkan rasa
egois di setiap kaum yang Kau pimpin, Kiyai! Selain itu,
Saya akan lebih leluasa, masuk dalam barisan sholat.
Dengan sejadah yang lebar maka barisan shaf akan
renggang. Dan saya ada dalam kerenganggan itu. Di situ
Saya dapat ikut membentangkan

sejadah". jawab Iblis dengan yakin.

Dialog Iblis dan Kiyai terputus seketika.

Dua orang datang, dan keduanya membentangkan sejadah.
Keduanya berdampingan. Salah seorang memiliki sejadah
yang lebar. Sementara yang seorang lagi, sejadahnya
lebih kecil.

Orang yang punya sejadah lebar tanpa melihat kiri kanan
terus sahaja membentangkan sejadahnya. Sementara, orang
yang mempunyai sejadah lebih kecil, tidak sedap hati
jika harus mendesak jemaah lain yang sudah terlebih
dahulu datang. Tanpa berfikir panjang, pemilik sejadah
kecil membentangkan saja sejadahnya, sehingga sebahagian
sejadah yang lebar tertutup sepertiganya. Kemudian
keduanya melakukan sholat sunnah.

"Nah, lihat itu Kiyai!", Iblis memulai dialog lagi.

"Yang mana?" Kiyai menjawab.

"Ada dua orang yang sedang sholat sunnah itu. Mereka
mempunyai sejadah yang berbeza ukuran. Lihat sekarang,
aku akan masuk diantara mereka". Seru Iblis yang
kemudian lenyap.

Ia sudah masuk ke dalam barisan shaf. Kiyai hanya
memperhatikan kedua orang yang sedang melakukan sholat
sunnah. Kiyai akan melihat kebenaran rencana yang
dikatakan Iblis sebelumnya. Pemilik sejadah lebar,
rukuk. Kemudian sujud. Tetapi, sambil bangun dari sujud,
dia membuka sejadahya yang tertindih, lalu meletakkan
sejadahnya di atas sejadah yang kecil. Hingga sejadah
yang kecil kembali berada di bawahnya.

Dia kemudian berdiri. Sementara, pemilik sejadah yang
lebih kecil, melakukan perkara yang serupa. Dia juga
membuka sejadahnya, kerana sejadahnya ditindih oleh
sejadah yang lebar.

Keadaan ini berjalan sampai akhir sholat. Bahkan, pada
ketika sholat wajib juga, kejadian-kejadian seperti ini
beberapa kali terihat di beberapa masjid. Orang lebih
memilih menjadi di atas, daripada menerima di bawah. Di
atas sejadah, orang sudah berebut kekuasaan atas
lainnya.

Siapa yang memiliki sejadah lebar, maka, ia akan
meletakkan sejadahnya diatas sajadah yang kecil. Sejadah
sudah dijadikan Iblis sebagai pembezaan kelas. Pemilik
sejadah lebar, diindentitikan sebagai para pemilik
kekayaan, yang setiap saat harus lebih di atas dari pada
yang lain. Dan pemilik sejadah kecil, adalah kelas
bawahan yang setiap saat akan selalu menjadi subordinate
dari orang yang berkuasa. Di atas sejadah, Iblis telah
mengajari orang supaya selalu menguasai orang lain.

"Astaghfirullahal adziiiim ", ujar sang Kiyai perlahan.

Wallahu'alam Bisshawab

Wednesday, July 20, 2005

Kejadian Manusia

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat
Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian
tanahnya untuk mencipta Adam,

Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan
membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam,
kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu
Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat
apa-apa, mendengar sumpah bumi.

Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail,
jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah
memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan
bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali
dengan tangan yang hampa.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun
ke bumi. Kata Allah: " Hai Izrail engkaulah kini yang
aku tugaskan mengambil tanah.

Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan
bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa
kerjakan atas perintah dan atas namaKu.

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah
Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi
mengizinkan akan tanahnya itu diambil.

Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,
kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman :
"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil
tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan
kutugaskan engkau mencabut roh manusia.Maka khuatirlah
Izrail kerana bimbang dibenci oleh umat manusia.

Lalu Allah berfirman lagi: "tidak, mereka tidak akan
memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan
kematian mereka itu bersebab, terbunuh,terbakar,sakit
dan sebagainya.

TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if

Kata Ibnu Abbas :

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di
situlah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya
akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat
pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud
kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias
dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik
perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari
nafkah dan kerjasama,sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat
seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan
manusia ke lembah dosa.

10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh
tubuh manusia.

11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan
jalan.

12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah
iman, keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya.

13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap
Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.

Bagaimanakah prosesnya :

1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri
air tawar,air masin,air hanyir, angin, api.Kemudian
Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan
berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman
"Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam"
adalah tanah pilihan.Maka sebelum dijadikan patung,
tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah,wangi-wangian
dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan
"Barul Uluhiyah".

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air
"Kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal".Lalu
diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.

5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk
kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan,
malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang
terlantar.Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk
memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh
itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga,
sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit
kita sekarang ini.

Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah
perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan: yang
masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.

Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam,
tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih
kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau
liang.Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang
dibawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya di kepala :
dua liang mata,dua liang telinga, dua liang hidung dan
sebuah liang mulut.Yang dua macam di bawah :
sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera :

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan,
untuk perasa halus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu
masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang
mengambil masa 200 tahun.

Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk
memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.Dahulu Izrail
ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula
ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.

Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak
dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna.
Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus
terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Dan
juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih
merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para
malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.

Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat
mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan.
Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin,
serta mulutnya terbuka.

Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap
Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya
kehadrat Allah.

Lalu Allah berkata: "Yarkhamukallah" yang ertinya:
"semoga engkau diberi rahmat Allah" Oleh kerana itu jika
orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap
"Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya
sunat mengucapkan "Yarkhamukallah".

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja
ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya kebawah masih
menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia
yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman
Allah SWT bermaksud :"Dan adalah manusia itu, suka
tergesa-gesa".(Al-Israk:II)

Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka
terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka
seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu
meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu
terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit
dengan sempurna, yang mana kulit itu
kian lama kian bagus dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.

Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru,
maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang
pertama.

Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat
Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh
malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan
kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang
ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam
dijadikan.

Renungan : Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung
, Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap
kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada
Allah-lah kita akan dikembalikan.

Iktibar / Renungan

Maha Besar, Maha Agung dan Maha Kaya cipta Allah
"Allahuakbar".

- Daripada Allah kita datang pasti kepada Allah tempat
kembali. Itu kejadian manusia. Dari tanah kita datang
kepada tanah tempat kembali (mati dan alam kubur dan
masyhar seterusnya syurga dan nereka).

- Daripada Kubur menjadi tanaman syurga bagi mereka
beriman dan kubur menjadi tanaman neraka bagi kufar
kepada Allah. Itu sumpah Allah kepada manusia.

- Daripada kejadian itu juga memperlihatkan bertapa
kerdil, lemah dan kekurangan MANUSIA. Manusia mesti
melalui perjalanan yang ada permulaan dan berkesudahan
dan hidup kembali selepas mati (negara Akhirat).

- Disitu Islam mengajar manusia berjuang kerana Allah
untuk negeri akhirat dan bukan letakkan dunia lebih
daripada akhirat kerana akhirat pasti manusia
tinggalkan. Yang diajar oleh islam ambillah dunia
sebahagian (keperluan asas) sebagai tuntutan fardhu
untuk beramal dan ibadat untuk
manusia menuju akhirat.

- Dunia bukan milik manusia, milik Allah yang mutlak.

Sayang MANUSIA SESAMA MANUSIA (ibubapa,adik beradik,
keluarga, masyarakat dan DUNIA AMnya berceleru,
bersengketa dan bermusuhan , berperang tanpa
sempadan bunuh membunuh.

- Apa yang saksikan, sebenarnya manusia tak mahu kembali
kepada fitrah kejadiannya. (walaupun Allah menjadi
manusia berbagai warna kulit hasil drpd tanah, namun
hakikat sama manusia yang punya otak, deria rasa dan
kehendak yang sama). Yang membezakan bila Allah
meletakkan Iman(ilmu) dalam otaknya.

Apabila manusia yang dipinjamkan sifat Allah kepadanya
maka jadi manusia itu seorang yang baik(insan kamil) dan
satu lagi sifat haiwan maka jadi hina dan jauh daripada
kejadiannya.

http://mded.biz

Free MP3s