Blogger Template by Blogcrowds

 
   

Thursday, July 21, 2005

Alam Barzah & Padang Mahsyar

Terdapat 5 alam yg dilalui oleh setiap manusia iaitu :

1. Alam Roh

Alam dimana setiap manusia berjanji mnyembah Allah dan
mengikuti segala suruhan dan meninggalkan laranganNya.
Manusia dihidupkan selepas Nabi Adam.

2. Alam Rahim

selama 120 hari berada didalam rahim (tidak lagi
mengingati segala peristiwa Alam Roh)

3. Alam Dunia

Manusia hidup didalam satu alam yg amat-amat singkat
tetapi amat-amat penting untuk alam yg seterusnya. Hidup
sehingga 65thn-75thn

4. Alam Kubur

Alam Kubur adalah bersamaan 40 thn. 1 thn bersamaan 1000
thn didunia. Hadis Imam At Turmudzi menerusi Abi'Sa'iid
; Rasulullah saw bersabda :" Sungguhnya Kubur itu
adalah suatu kebun antara kebun-kebun Syurga ataupun
satu lubang antara lubang-lubang Neraka"

5. Alam Mahsyar

Alam Mahsyar adalah bersamaan 300thn. 1 thn bersamaan
50,000 thn didunia. Alam Mahsyar dimulakan apabila 2
tiupan sangkakala ditiupan oleh Malaikat Israfil. Tiupan
pertama mematikan semua kehidupan manakala tiupan yg
kedua menghidupkannya kembali dimana bumi memuntahkan
isinya.



* Dlm riwayat dinyatakan Kaabah akan berjalan masuk
bersama dengan bumi Mekah dan Madinah bersama isi
buminya apabila kiamat tiba (termasuk orang beriman yg
mati di Mekah / Madinah). Sunat utk kita berniat untuk
mati di Mekah atau Madinah shj. Haram berniat utk mati
ditempat yg lain. Rasullullah s.a.w yg pertama sekali
dibangkitkan dimana

Rasullullah s.a.w bertanya pada Jibrail " Dimana kamu
tinggalkan umatku"

# Didalam Surah Al-Waaqi'ah Allah menyebutkan
dipermulaan keadaan/suasana Kiamat Besar dimana manusia
terbahagi kepada tiga golongan :

1.Muqarrabiin (Orang yang didekatkan kepada Allah);
iaitu orang-orang yang dapat memasuki Syurga diperingkat
awal.

2.Abraar (Baik-kebaikwan); iaitu orang-orang yang
baik-baik; mereka ini ialah golongan Kanan (Golongan
Bertuah Peringkat Kedua)

3.Fujjaar (Jahat-jahawan); iaitu orang-orang yang
jahat-jahat; mereka ini ialah golongan kiri (golongan
celaka/sial).

Kemudian Allah menyebutkan diakhirnya keadaan Kiamat
Kecil dimana manusia terbahagi kepada tiga golongan juga
iaitu;

1.Muqarrabiin.

2.Golongan Kanan.

3.Golongan Pendusta Yang Sesat.

Peristiwa di Padang Mahsyar

Manusia dibangunkan dlm keadaan telanjang melainkan mrk
yg beriman. Jln masing-masing tidak kenal antara satu
kecuali 7 golongan. Mengikut Riwayat , Rasullullah saw
dan Nabi Ibrahim as diberi pakaian terlebih dahulu
diikuti yg lain (para Nabi, Sahabat dan mrk yg beriman).
7 golongan :

1. Pemimpin yang adil

2. Lelaki yg terikat hatinya dgn masjid

3. Lelaki yg bersedekah tetapi tidak diketahui

4. Orang muda yg taat kepada perintah Allah

5. Lelaki yg diajak oleh wanita, tetapi dia menolak dgn
kata " Aku takut pada Allah"

6. Lelaki yg senantiasa mengingati Allah dan takut pada
Allah

7. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

(Didalam Al-Quran jika ia dirujuk sebagai lelaki maka
ada juanya bermaksud atau bersama perempuan)

Setelah 40 thn (di Mahsyar) iaitu 1 thn bersamaan 50,000
thn didunia, semua manusia tidak tahu berbuat apa
melainkan mrk yg beriman, kemudian terdengar suara
"pergilah berjumpa dgn para Nabi".. maka yg mengetuai
setiap kumpulan ialah para ulama dan para ambia. Pertama
sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam
ttp usaha mereka gagal krn Nabi Adam menyatakan beliau
juga ada melakukan dosa krn memakan buah larangan di
syurga.. maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa
Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa (semuanya
memberikan sebab seperti Nabi Adam) dan akhirnya mereka
berjumpa Rasullullah saw. Rasullullah saw memohon
kepada Allah dan syafaat baginda telah meletakkan Padang
Mahsyar menjadi tempat

- Soal Jawab

-Membaca catatan amalan

-Hisab

*Manakala orang kafir dan syaitan akan dikumpulkan
disekeliling Neraka Jahanam. "Oleh itu, demi Tuhanmu
(wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan
mereka yang kafir itu beserta syaitan-syaitan di Padang
Mahsyar, kemudian Kami akan bawa mereka duduk bertelut
di keliling Neraka Jahanam." Surah Maryam Ayat 68

Kemudian manusia meniti SiratulMustakim yg mana
perjalanannya mengambil masa 15,000 thn perjalanan
(persamaan didunia tidak dinyatakan). Dan setiap 1000
manusia yg meniti hanya tinggal 1 sahaja yg akan berada
di titian sirat (iaitu mrk yg beriman dan beramal
soleh) untuk meneruskan perjalanan ke syurga (sepantas
kilat bagi mrk yg beriman) .

999 manusia akan jatuh kebawah dari sirat dan akan tiba
didasar neraka setelah 60 tahun. (*Mengikut Riwayat,
anak yg meninggal sewaktu kecil akan menunggu ibubapanya
diatas sirat).

*Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat
(malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali
lagi,Di sisi "Sidratul-Muntaha"; Yang di sisinya
terletak syurga "Jannatul-Makwa".(Nabi Muhammad melihat
Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini
ialah) semasa "Sidratul-Muntaha" itu diliputi oleh
makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak
terhingga. Surah An-Najm Ayat 13-16

*Kesimpulannya : Mati adalah benar, hidup kembali di
Alam Barzah dan Alam Akhirat adalah benar. Amatlah
ruginya jika kita leka di dunia yg masanya sungguh
singkat namun amalan dan sumbangan kita terhadap agama
Allah amatlah besar pada ketika itu untuk menghadapi
Alam seterusnya. Diceritakan kisah didalam Al-Quran
dimana manusia akan menyesali diatas kelalaian mereka
didunia sebaik sahaja melihat api neraka ;

No comments:

Free MP3s