Blogger Template by Blogcrowds

 
   

Wednesday, August 31, 2005

Cara2 menawan hati pasangan...

Pd sesape yg bujang, baru nak kawin, dah kawin,
tgh mencari, bujang 3, bujang 2 atau bujang 1...
its the time the WAY FORWARD
~ Oleh Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah ~

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti 'magnet' yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan iaitumenyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian,penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlahterlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang adapada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakalpasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaandaripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa : sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan : tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat Bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudahtertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ?kegilaan? bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman, bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifatlelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Thursday, August 25, 2005

40 KESILAPAN IBUBAPA

Anak adalah anugerah dari Allah yang paling berharga..
Hargai dan sayangilah mereka..

Kepada semua yang bergelar Ibubapa kita sama-sama
renungkan....

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai
zuriat

2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan
mengenai zuriat

3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak

4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan
anak-anak

5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang
disajikan kepada anak-anak

6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka
sedang makan

7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika
makan

8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap
anak-anak

9. Kurang melahirkan kasih sayang

10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak

11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi
dan pulang dari sekolah

12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep
keadilan

13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan
anak-anak

14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak

15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah
anak-anak

16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana
suka membaca

17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan
dan minuman yang tidak halal

18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik
di hadapan anak-anak

19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda
dengan anak-anak

20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa
dengan anak-anak

21. Tidak menggunakan bahasa yang betul

22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak

23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan
anak-anak

24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi
syariat

25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada
anak-anak

26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak

27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap
anak-anak

28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti
anak-anak

29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan
anak-anak

30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau
kemusykilan anak-anak

31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran
anak-anak

32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak

33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan
anak-anak

34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan
yang dilakukan

35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak

36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang
dilakukan

37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman
ke atas anak-anak

38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak

39. Tidak tegas mendidik anak-anak

40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup berkerjasama

Dipetik dari buku '40 KESILAPAN MENDIDIK ANAK'
oleh Dr. Hassan Ali, AKRAB 1996

Tuesday, August 23, 2005

Ilmiah Menawan Hati Isteri

Tapi mesti diingat ianya khas buat suami isteri sahaja:

1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu
sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu
menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang
untuk
lakukan hari ini.

3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya
soalan kepadanya.

4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya,
tapi tunjukkan sifat memahami anda.

5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa
menunggu dia memintanya selama setengah jam
setiap
hari.

6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya
pada
bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau
perayaan yang bermakna.

7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari
sebelum itu, jangan menunggu hingga malam Jumaat
kemudian bertanya pula apakah yang dia hendak buat.

8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau
terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda
untuk
memasak pula.

9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan
keanggunan rupa parasnya.

10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.

11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih
dan penat.

12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar
dia
tidak kelam kabut membuat persediaan.

13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk
menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya
mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak.
Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana
bertanya.


15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya
rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya
kasihan
awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan
dia dapat
merasakan bahawa anda memahami yang dia
tersinggung.
Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa
tersinggungnya
itu bukan salah anda.

16. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat
gusar, katakan padanya anda akan pulang dan anda
perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai
sesuatu.


17. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang
ke rumah, bercakaplah dengannya apakah dia yang
menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan
tidak
menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak
menyangka yang bukan-bukan.

18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda
kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda
dapat
menghangatkan jiwanya.

19. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda,
letakkan buku, majalah atau akhbar yang sedang
anda
baca, dan tutup TV. Berikan perhatian
sepenuhnya.


20. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan,
sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula,
terutamanya jika dia letih. Bantulah dia menggosok
bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

21. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa
yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda
dengan
melakukan beberapa kerja yang akan
dilakukannya.


22. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah
barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula
membelinya.

23. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu
keluar.

24. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu
waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya'.
Jika
tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga
pelukan pada waktu yang terluang.


25. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya
khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau
hanya
katakan 'Aku cinta padamu'.

26. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya
sekali sehari.

27. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan
bilik tidur.

28. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke
bakul yang dikhaskan.

29. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh
dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan
plastik sampah dalam tong itu.

30. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar
dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor
telefon tempat itu.

31. Basuhkan kereta yang dipakainya.

32. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian
sebelum jima' jika itu yang dia suka.

33. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah
anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak
bersetuju dengan caranya, itu boleh
diselesaikan kemudian.

34. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut
belakang, tengkuk dan kakinya.

35. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya
yang
bukan bertujuan untuk jima'.

36. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan
anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada
benda
lain, atau melihat jam.

37. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya
walau di khalayak ramai.

38. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan
tangan anda kaku dan lumpuh.

39. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang
dia
suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang
dia
memang gemar.

40. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan
bebankan padanya untuk menentukan di mana
hendak
makan.

41. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke
tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat
itu
adalah tempat yang baik atau diharuskan.

42. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai
pakaian
bersama-sama.

43. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu
menukar pakaiannya.

44. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada
orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.

45. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda.
Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa
isteri
mendapat perhatian anda yang lebih utama
dan lebih
awal sebagai contoh kepada mereka.

46. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

47. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz
tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih
digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk
dijahit kemudiannya.


48. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian
atau
di tempat-tempat yang mahu dijadikan
kenangan.


49. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk
melakukan sesuatu yang romantik.

50. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarnya dalam
dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar
terbaru
bila sudah sampai masanya.

51. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh.
Pandulah dengan selamat, tidak terialu laju hingga
mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan
sedangkan anda boleh laju.


52. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan
komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti
'Awak
nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak
letih'
dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu
apa yang
mengembirakannya dan sebaliknya.

53. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah
tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan
memandu arah kepada anda.

54. Solat bersama dan berdoa bersama.

55. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

56. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa
awal-awal dahulu.

57. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah.
nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula
tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu
anda lakukan dengan baik. Tolong asah
pisau. Gunakan
gam yang baik untuk melekatkan sesuatu
yang telah
pecah. Tolong gantikan lampu yang telah
terbakar.

58. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang
menarik minatnya.

59. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya
yang anda terima melalui telefon.

60. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda
sudah mandi.

61. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk
membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan
untuk
bawakan barangan yang berat. Jika hendak
berjalan,
letak dan barangan yang hendak dibawa
di kereta.


62. Bila dia memasak, pujilah masakannya.

63. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah
ke
matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat
dengan
menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa
yang sesuai,
pegang dia dengan tangan anda bila
anda berkata
kepadanya.

64. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari
ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain
yang
dia hubungi.

65. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan
masuklah
ke kamar seiring dengannya.

66. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau
kata
selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.

67. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

68. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk
anda.

69. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

70. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan
kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa
yang dia
kehendaki dan anda juga mahu apa
yang anda kehendaki.
Ambil berat, tapi jangan
berat sebelah.


71. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya
bahawa anda rindu padanya.

72. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

73. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai
pandangannya.

74. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama
wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja
tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita
ialah bila lelaki melakukan
hal-hal kecil untu
membantunya dan menunjukkan anda
ambil berat
padanya.


75. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya
dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta
pada anda tanpa berdolak-dalik.

76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja
kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia
gembira anda akan turut gembira. Anda akan
merasa lebih berguna dan berjasa
kerana isteri anda
telah memperolehi perhatian yang
dia perlukan.


Monday, August 22, 2005

KEHEBATAN BISMILLAH

Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih
Lagi Maha Penyayang


Sabda Rasulullah s.a.w.:

"Adalah Jibril apabila datang kepadaku, yang
pertama diberikannya kepadaku ialah
Bismillaahir rahmaanir rahiimi."
(Darulquthni dan Ibnu Umar r.a. )

Sabda Rasulullah s.a.w.:

"Itulah isim dari asma Allah. Tidak lain antara
ia dengan nama Allah, 'Akbar' seperti putih mata
dengan hitamnya.Begitulah dekatnya."

Demikianlah jawapan Rasulullah s.a.w ketika
ditanya oleh Utsman Ibnu Affan berkenaan Bismillah.

Sabda Baginda s.a.w. lagi:

"Ismullahil-A'zham ialah Allah. Apakah engkau
tidak lihat bahawasanya pada semua pembacaan
al-Qur'an dimulai dengan Bismillaahirrahmaanir
rahiimi sebelum menyebut nama-nama Allah
yang lain." ( Riwayat Imam Bukhari dari Jabir )

Bersabda Nabi s.a.w.:

"Ketika turunnya Bismillaahir rahmaanir rahiimi,
bergembiralah ahli langit dari bangsa Malaikat,
bergoncanglah 'Arasy kerana turunnya.

Turut serta bersamanya 1000 Malaikat. Dan,
bertambahlah iman para Malaikat. Dan,
tunduklah segala jin dan bergetar segala
planet. Gementar segala sendi-sendi kerana
turunnya."

Dari Abu Na'im dan Ibn Sunni dari Siti Aisyah
r.anhuma:

"Ketika turun Bismillaahir rahmaanir rahiimi,
mengucap tasbihlah gunung-ganang hingga dapat
mendengar para penduduk Mekah dan sekitarnya.
Lalu mereka berkata:"Rupanya Muhammad yang
menyihir gunung-gunung itu." Kemudian Allah
bangkitkan awan hingga meneduhkan penduduk
Mekah."

Sabda Rasulullah s.a.w.:

"Barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir
rahiimi dengan penuh yakin, akan bertasbihlah
gunung-ganang. Cuma sahaja ia tidak dapat
mendengarnya."

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barangsiapa mengucapkan Bismillaahir rahmaanir
rahiimi dan Laa haula walaquwwata illaa billaahil
aliyyil adzhiim, Allah lepaskan dia dari 70 pintu bala
dan kesukaran, dukacita dan kesakitan."

Dari al-Waqii dan Ats-Tsa'labi dari Ibnu Mas'ud r.a.:

"Barangsiapa ingin dipelihara oleh Allah dari seksaan
Neraka Zabbaniah yang sembilan belas, maka
hendaklah dia mengucapkan Bismillaahir rahmaanir
rahiimi. Kerana Allah menjadikan tiap-tiap huruf
Bismillah itu sebagai perisai."

Dari ad-Dailami dari Ibnu Mas'ud r.a., bersabda
Rasulullah s.a.w.:

"Barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir
rahiimi, dituliskan baginya tiap-tiap huruf 4000
kebajikan, dihapuskan darinya 4000 keburukan dan
diangkat dia 4000 darjat."

Bersabda Nabi s.a.w.:

"Jin itu suka memakai barang-barang kepunyaan
manusia dan pakaian mereka. Oleh itu,barangsiapa
mengambil atau menaruh pakaian, ucapkanlah
Bismillaahir rahmaanirrahiimi. Kerana sesungguhnya
nama Allah yang dibacakan di situ merupakan cop
mohor Allah."

Pengertian dari hadithdi atas ialah hendaklah kita
mengucapkan Bismillaahir rahmaanirrahiimi setiap
kali kita menyimpan atau mengambil barang-barang
kepunyaan kita agar terjaga daripada jin dan Syaitan.

Bukan sahaja kita mendapat pahala dari
mengucapkannya tetapi juga mendapat keberkatan
dan keselamatan samada atas harta-benda mahupun
diri dan segala usaha kita.

Dari Anas bin Malik bersabda Nabi s.a.w.:

"Andaikata pepohon dijadikan pena dan lautan
dijadikan tinta, lalu dikumpulkan semua jin, manusia
dan Malaikat untuk membuat buku dan menulis erti
Bismillaahir rahmaanirrahiimi selama sejuta tahun,
mereka tidak akan sanggup mengertikannya walau
hanya satu persepuluh darinya."

Bersabda Rasulullah s.a.w.:

"Ada suatu kaum yang datang pada Hari Qiamat
nanti dengan mengucapkan Bismillaahir rahmaanir
rahiimi. Lebih berat kebajikan mereka dari keburukan
mereka. Lalu berkata umat-umat yang lain: "Alangkah
beratnya imbangan amal kebajikan mereka."

Sesungguhnya, adapun yang menjadi sedemikian
kerana mereka sentiasa memulai segala perbicaraan
mereka dengan Bismillahir rahmaanir rahiim. Kerana
ia adalah Isim Allah Yang Maha Agung. Jika sekiranya
diletakkan langit dan bumi serta segala isinya ke atas
neraca timbangan,nescaya beratlah lagi kalimah
Bismillaahir rahmaanir rahiimi."

Dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda:

"Apabila engkau berwuduk, ucapkanlah Bismillaahir
rahmaanir rahiimi kerana Malaikat penjagamu tidak
akan berhenti menuliskan kebajikan bagimu sehingga
engkau selesai. Dan, apabila engkau ingin bersatu
dengan isterimu, ucapkanlah Bismillaahir
rahmaanirrahiimi kerana sesungguhnya Malaikat
penjagamu akan menuliskan kebajikan bagimu
hingga selesai engkau mandi janabah.

Jika dari persetubuhan itu lahir seorang anak, akan
dituliskan bagimu kebajikan menurut bilangan
nafasnya dan bilangan anak-cucunya hingga tidak
dikecualikan walau seorang."

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. telah
bersabda Rasulullah s.a.w.:

"Barangsiapa di antara kamu apabila ia akan
bersetubuh dengan isterinya, lalu dia mengucapkan
Bismillaahir rahmaanir rahiimi dan "Ya Allah,
jauhkanlah Syaitan daripada kami dan jauhkanlah
Syaitan itu daripada apa yang Engkau kurniakan
untuk kami", maka jika sesungguhnya Allah
takdirkan dari persetubuhan itu lahir seorang anak,
tidak akan dapat Syaitan memudaratkannya untuk
selama-lamanya."

Dikisahkan di dalam Kitab Khozinatul-Asror
bahawasanya Allah Ta'ala itu mempunyai 3000 nama
yang mana 1000 nama hanya diketahui oleh para
Nabi-Nabi Allah, 300 nama disebutkan di dalam Kitab
Taurat, 300 nama disebutkan di dalam kitab Injil,
300 nama disebutkan di dalam Kitab Zabur, 99 nama
disebutkan di dalam al-Qur'anulkariim manakala 1
berada di sisi Allah. Dan, adapun makna daripada
keseluruhan 3000 nama ini terhimpun di dalam 3
nama-nama Allah iaitu Allah, Arrahmaan dan Arrahiim
yang termaktub pula di dalam kalimah Bismillaahir
rahmaanir rahiimi. Maka, barangsiapa mengajarkan dan
mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi umpama ia
menyebutkan keseluruhan 3000 nama-nama Allah.

Adapun sesungguhnya kalimah Bismillaahir
rahmaanir rahiimi itu ada sembilanbelas huruf
dan Malaikat-Malaikat penjaga Neraka itu juga ada
sembilanbelas. Maka, barangsiapa membaca
Bismillaahir rahmaanir rahiimi dengan penuh ikhlas
dan yakin kepada Allah, nescaya terhindarlah dia
daripada siksaan Malaikat Zabbaniah.

Dan, barangsiapa mengucapkan Bismillaahir
rahmaanir rahiimi banyak-banyak dengan harapan
mendapat rezeki, nescaya akan diberikan Allah rezeki
dengan mudah dan tidak terduga olehnya. Serta,
diberi kurnia kehebatan di hati manusia dan di sisi
alam yang tinggi ( yakni Malaikat ) dan alam yang
rendah ( yakni manusia dan lain-lain makhluk Allah
di mukabumi ).

Sunday, August 21, 2005

Bagaikan Ikan Mencari Lautan

Alkisah ada dua pemuda yang tengah duduk santai di tepi
pantai menikmati indahnya lautan diterpa oleh cahaya
matahari sore.

Tak habis-habisnya dua pemuda tadi memuji warna lautan
yang yang amat luas dan biru berkilauan, serta sangat
kaya dengan mutiaranya yang amat termasyhur
yang selalu dicari-cari manusia, bahkan juga menjadi
kebanggaan permaisuri raja.

Rupanya kekaguman dan pujian dua pemuda tentang lautan
tadi didengar oleh dua ekor ikan yang lagi berenang ke
tepian. "Wah kalau manusia saja jauh-jauh datang ke sini
untuk menikmati indahnya lautan, mengapa kita tidak
turut melihat seperti apa indahnya lautan itu?" kata
seekor ikan kepada temannya. "Ya' kata manusia tadi
lautan juga memiliki mutiara yang sangat indah dan mahal
harganya, bahkan jadi kebanggaan permaisuri raja",
sambungnya. Maka dua ekor ikan tadi sepakat untuk
meneruskan perjalanan ingin menemukan dan menikmati
indahhnya dan luasnya lautan.

Demikianlah dua ekor ikan tadi terus berenang bermil-mil
untuk menemukan lautan yang telah dipuji-puji manusia.
Dari hari ke hari, dari minggu ke minggu dan dari bulan
ke bulan, bahkan tahunan sampai dua ekor ikan tadi
akhirnya mati namun keduanya merasa belum berhasil
menemukan lautan.

Mungkinkah nasib kita seperti ikan tadi? Mereka
sesungguhnya sudah berada di dalam pelukan lautan yang
begitu luas, indah dan nyaman namun keduanya tidak mampu
merasakan dan melihatnya.

Begitu luas dan lapangnya lautan sehingga dia tidak
pernah menolak aliran sungai dari manapun datangnya,
entah bersih ataupun kotor airnya. Permukaan airnya
ditawarkan pada matahari untuk memproses terjadinya
penguapan sehingga tidak lagi asin rasanya, lalu dikirim
ke darat melalui angin untuk menyuburkan
bumi demi memenuhi kebutuhan manusia.

Begitu luas, indah dan dermawannya lautan, namun ikan
tidak mampu melihatnya karena tidak mampu menciptakan
jarak imajiner. Ikan-ikan itu sudah dalam pelukan
lautan, tetapi sekali lagi mereka tidak memiliki
kapasitas intelektual dan hati untuk melihat (syuhud),
karena mereka memang bukan manusia yang di dalamnya
ditiupkan ruh Illahi serta nalar.

Sebagaimana ikan dan lautan, manusia hidup dalam jagad
raya yang demikian luas dan penuh pesona serta selalu
menyediakan apa yang kita butuhkan.

Masihkan kita bertanya adakah dan dimanakah Tuhan
sebagaimana ikan akhirnya mati tanpa menemukan lautan?

Tuhan adalah Sang Pelukis Agung, alam semesta adalah
kanvas dan hasil lukisan-Nya. Tuhan adalah Sang Penari
Agung, gerak alam raya yang demikian akbar adalah
bayangan tarian-Nya.

Tuhan maha pengasih, semesta yang begitu mempesona
adalah belaian kasih-Nya pada manusia.

Atau mungkin saja manusia bagaikan kelelawar yang tidak
bisa terbang siang karena matanya tidak mampu menatap
gemerlap cahaya matahari? Atau mungkin matahati kita
yang tertutup?.

Ketika kita memulai pekerjaan dengan membaca
bismillahirrahmanirrahim, pada tahap awal bisa jadi kita
maksudkan untuk memohon bimbingan dan ridho-Nya agar
yang kita lakukan mendatangkan keberhasilan dan
keberkatan.

Tetapi jika kita hayati terus lebih mendalam lagi, bisa
jadi kita akan sampai pada kesadaran bahwa apa yang kita
perbuat atas nama Tuhan, sehingga harus
dipertanggungjawabkan pada-Nya.

Dan kalau kita masuk dan pasrah lebih dalam lagi pada
Allah, kita sadar bahwa kita sesungguhnya tidak memiliki
daya dan upaya, bahkan kita tidak memiliki diri sendiri
sehingga sesungguhnya kita berbuat dan hidup ini sudah
di dalam genggaman dan kekuasaan Allah. Tetapi mungkin
sekali kita bagaikan ikan yang selamanya dalam pelukan
lautan, tetapi tidak pernah menyadari.

Bukankah salah satu sifat Allah adalah Al-Muhit, yang
maha melingkupi? Bisakah kita keluar dari pelukan
kasih-Nya?

Allah berfirman:

Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka kemanapun
kamu menghadap di situlah Allah Sesungguhnya Allah Maha
Luas (rahmat-Nya) lagi Maha Mengetahui (Al Baqarah :
115)

Awasi e-mel kiamat

Bismillah [hidayahnet] Edisi KL: Awasi e-mel kiamat suria
insani Fri, 10 Jun 2005 01:30:27 -0700

KUALA LUMPUR: Ramalan berlaku kiamat ketika gerhana
berpasangan Oktober ini yang diedarkan melalui e-mel dalam
laman web forum tempatan hanyalah andaian semata-mata.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata umat Islam
perlu menolak ramalan itu yang bertujuan merosakkan akidah
mereka. Katanya, mereka perlu berhati-hati apabila membaca
e-mel berkenaan dan jangan mempercayainya.

"Hari kiamat perkara ghaib yang sebenarnya berada di bawah
ilmu Allah. Sesiapa pun tidak tahu sedangkan Nabi sendiri pun
tidak tahu bila hari kiamat. "Sudah banyak ra malan
sedemikian

dibuat dari semasa ke semasa dan dilakukan sejak zaman Nabi,
tetapi tidak pernah terjadi. Nabi pernah menyatakan tukang
nujum itu bohong, walaupun ada kejadian yang betul tetapi ia
hanya kebetulan," katanya.

Menurutnya, penyebaran e-mel itu adalah perbuatan pihak yang
ekstrem atau berniat memesongkan akidah umat Islam.

"Manusia mempunyai akal yang terbatas jangkauannya. Jangkauan
manusia ke angkasa lepas masih lagi terbatas. Kemampuan
manusia mengetahui bila berlakunya gempa bumi juga terbatas. Hal
seperti Tuhan, malaikat, qada dan qadar bagi akal manusia juga
terbatas," katanya.

Harussani berkata, perbuatan mengedar e-mel itu mungkin
dibuat pihak tertentu yang berniat memesongkan kepercayaan umat
Islam. "Jika pengarangnya mendakwa ramalan itu berdasarkan
sebuah kitab, apakah ia benar kerana kita tidak pernah
ditunjukkan
kitab itu.

"Apa pun, saya nasihatkan penerima e-mel berkenaan supaya
jangan percaya kandungannya, tetapi boleh mengambilnya
sebagai

iktibar untuk kita bersedia menghadapi hari itu. "Banyakkan
amalan mulai sekarang, ikhlaskan hati ketika beribadah dan
baiki perangai kerana semuanya tidak mustahil," katanya
ketika mengulas pengedaran e-mel bertajuk 'Tahun Gempar 2005' itu
yang meramalkan hari kiamat akan berlaku selepas fenomena
gerhana berpasangan pada Oktober.

Ia disebarkan sejak awal tahun lalu menerusi laman web forum
tempatan.

Antara kandungan e-mel itu, manusia akan menghadapi konflik
besar selepas kematian pemerintah Arab Saudi sekarang. Sebaik
saja kematiannya, manusia akan dikejutkan dengan peristiwa
langit yang menakjubkan pada Ramadan yang juga Oktober tahun
ini.

Peristiwa langit yang didakwa akan berlaku adalah fenomena
gerhana berpasangan pada satu bulan, tahi bintang jatuh di
Amerika Syarikat menyebabkan kemusnahan teruk.

Sementara itu, Pensyarah Ilmu Falak Syarie di Institut Agama
Islam Negeri Kedah (Insaniah), Abdul Ghani Salleh, berkata
fenomena gerhana berpasangan sudah banyak berlaku dalam
takwim Islam dan banyak pihak cuba mengambil kesempatan daripada
kejadian itu.

"Fenomena gerhana berpasangan iaitu gerhana matahari dan
bulan yang berlaku pada satu bulan tiada kaitan dengan petanda
akhir zaman. Ini kerana ia sesuatu kejadian semula jadi ditetapkan
hukum Allah.

"Kejadian gerhana tidak ada kena-mengena dengan petanda akhir
zaman. Apa yang didakwa dalam e-mel itu hanya rekaan kerana
ingin menipu umat Islam dengan mengambil kesempatan daripada
fenomena gerhana berpasangan," katanya.

Oleh itu, bagi mengelakkan diri ditipu, teraniaya atau
dizalimi golongan yang cuba mengambil kesempatan, umat Islam
wajar mengetahui ilmu falak syarie, terutama berkaitan fenomena
gerhana berpasangan.

Beliau berkata, pengarangnya mungkin berniat negatif untuk
menakutkan umat Islam, misalnya, meramalkan peperangan
berlaku pada bulan haji supaya mereka takut ke Makkah.

Abdul Ghani berkata, memang ramai bertanya kepadanya
mengenai hal berkenaan, namun mereka yang tidak
mendalami ilmu falak syarie mudah salah faham dan terpedaya.

Katanya, berdasarkan hitungan falak tahun ini, ada empat
kejadian gerhana tetapi tiada yang berlaku berpasangan pada
Ramadan.

"Kejadian gerhana terbaru adalah pada April lalu iaitu
gerhana matahari pada 8 haribulan dan gerhana bulan pada 24
haribulan.

"Berikutnya, gerhana matahari pada jam 4 petang, 3 Oktober
tetapi tidak kelihatan di Malaysia kerana ia akan melalui
Utara Afrika dari Lautan Atlantik seterusnya ke Gibraltar dan
Somalia sebelum ia mati di Lautan India, manakala gerhana
bulan pada 17 Oktober jam 8 malam tetapi hanya 28 peratus
saja boleh dilihat," katanya.

Beliau berkata, ilmu falak syarie penting kepada umat Islam
kerana ia menerangkan mengenai hakikat alam dan kaitannya
dengan perlakuan ibadat. Mendalaminya boleh dianggap satu
ibadat kerana ia dapat menimbulkan rasa keinsafan dan
mendekatkan diri kepada Allah.

"Namun, apa yang dikesalkan generasi muda sekarang
seolah-olah tidak berminat mempelajarinya dan jika ada
pun hanya separuh jalan, sedangkan pengkajian dalam ilmu
ini membolehkan ibadat solat,puasa dan haji dijalankan
dengan sempurna kerana masa yang menjadi syarat sah
kepada ibadat berkenaan dapat ditentukan seperti yang
dikehendaki," katanya.

JADILAH PELITA

Pada suatu malam, seorang yang cacat penglihatannya
meminta izin dari sahabatnya untuk pulang ke rumahnya.
Sahabatnya membekalkannya dengan sebuah lentera pelita.

Sahabat yang cacat penglihatan itu terbahak berkata:
"Buat apa saya bawa pelita? Kan sama sahaja bagiku! Saya
masih dapat kembali ke rumah".

Dengan lembut sahabatnya menjawab, "Ini agar orang lain
dapat melihat kamu, biar mereka tidak melanggarmu".

Akhirnya sahabat yang cacat penglihatan itu bersetuju
untuk membawa pelita tersebut.

Tidak berapa lama kemudian, semasa dalam perjalanan,
seorang pejalan melanggar si cacat penglihatan.

Dalam keadaan terkejut, dia mengomel, "Hey, kamu kan ada
mata! Berilah laluan untuk aku yang buta!"

Tanpa berbalas sapa, mereka pun saling berlalu.

***

Sedang dalam perjalanan, seorang pejalan lainnya
melanggar si buta. Kali ini si buta bertambah marah,
"Apa kamu buta!!!? Tidak dapat melihat ya!!? Aku bawa
pelita ini supaya kamu dapat melihat!"

Pejalan itu membidas, "Kamu yang buta! Apakah kamu tidak
melihat, pelitamu sudah padam!"

Si buta tertegun.

Menyedari situasi itu, si pejalan kaki tadi meminta
maaf, "Oh, maaf, sayalah yang "buta", saya tidak melihat
bahawa anda adalah orang buta."

Si buta tersipu menjawab, "Tidak apa-apa, maafkan saya
juga atas kata-kata kasar saya".

Dengan tulus, si pejalan kaki membantu menyalakan
kembali pelita yang dibawa si buta.

Mereka pun meneruskan perjalanan masing-masing.

***

Dalam perjalanan seterusnya, ada lagi pejalan yang
melanggar orang buta itu. Kali ini, si buta bersikap
lebih berhati-hati, dia bertanya dengan santun, "Maaf,
apakah pelita saya padam?"

Jawap orang yang melanggarnya, "Lah, sememangnya itu
juga yang saya ingin bertanyakan kepada saudara."

Senyap sejenak, secara beriringan mereka
berkata, "Apakah anda orang buta?"

Secara serentak juga mereka menjawab, "Iya," sambil
ketawa gelihati.

Mereka pun berupaya saling membantu mencari kembali
pelita mereka yang berjatuhan kerana pertembungan tadi.

***

Pada waktu itu juga, berlalu seseorang dan dalam
keremangan malam, nyaris sahaja dia melanggar kedua
orang buta yang sedang mencari-cari pelita tersebut.

Dia pun berlalu, tanpa mengetahui bahawa mereka adalah
orang buta. Timbul pula fikiran dalam benak orang ini,
"Rasanya saya perlu membawa pelita juga, jadi saya dapat
melihat jalan dengan lebih baik, orang lain juga dapat
ikut melihat jalan mereka".

***

Pelita melambangkan terang kebijaksanaan. Membawa pelita
bererti menjalankan kebijaksanaan dalam hidup. Pelita,
sama halnya dengan kebijaksanaan, melindungi kita dan
pihak lain dari berbagai aral rintangan ( pelanggaran!).

Si buta pertama mewakili mereka yang diselubungi
kegelapan batin, keangkuhan, kebebalan, ego, dan
kemarahan. Selalu menunjuk ke arah orang lain, tidak
sedar bahawa lebih banyak jarinya yang menunjuk ke arah
dirinya sendiri. Dalam perjalanan "pulang", dia belajar
menjadi bijak melalui peristiwa demi peristiwa yang
dialaminya.

Dia menjadi lebih rendah hati kerana menyedari
kebutaannya dan dengan adanya belas kasih dari pihak
lain. Dia juga belajar menjadi pemaaf.

Pelanggar pertama mewakili mereka yang pada umumnya,
yang kurang kesedaran, yang kurang peduli. Kadang,
mereka memilih untuk "Menjadi Buta" walaupun mereka
dapat melihat.

Pelanggar kedua mewakili mereka yang seolah bertentangan
dengan kita, yang sebetulnya menunjukkan kekeliruan
kita, sengaja atau tidak sengaja.

Mereka dapat menjadi guru-guru terbaik kita. Tidak
seorang pun yang mahu menjadi buta, sudah selayaknya
kita saling memaklumi dan saling membantu.

Orang buta kedua mewakili mereka yang sama-sama gelap
batin dengan kita.

Betapa sukarnya menyalakan pelita kalau kita bahkan
tidak dapat melihat pelitanya.

Orang buta sukar menuntun orang buta lainnya. Itulah
pentingnya untuk kita terus belajar agar kita menjadi
semakin celek, semakin bijaksana.

Orang terakhir yang berlalu mewakili mereka yang cukup
sedar akan pentingnya memiliki pelita kebijaksanaan.

Sudahkah kita nyalakan pelita dalam diri kita
masing-masing? Jika sudah, apakah nyalanya
masih terang, atau bahkan nyaris padam? JADILAH PELITA,
bagi diri kita sendiri dan sekitar kita. Sebuah pepatah
ada mengatakan : "Sejuta pelita dapat dinyalakan dari
sebuah pelita, dan nyala pelita pertama tidak akan
meredup. Pelita kebijaksanaan pun, tidak akan pernah
habis terbagi".

6 Pesanan Untuk Wanita

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid
sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar
sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal
solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan
keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan
sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar
anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua
ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat.
Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup
dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa
dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada
hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari
kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian
Nabi saw seperti doa tidur, bangun tidur, makan dan
sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga
dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap
titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi
zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita
tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakkan suaminya untuk solat
berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah
suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat.
Muzakarahlah bersama teman supaya hakikat amalan ini
masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan.

Sunday, August 14, 2005

Kedatangan Dajjal

Kedatangan Dajjal

Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais
mengatakan: "Saya telah mendengar muazzin Rasulullah
s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid
dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat,
Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam
bergurau Baginda tertawa dan berkata: "Jangan ada yang
bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya."
Kemudian berkata: "Tahukah kamu mengapa aku
memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?" Kami
menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu."

Rasulullah s.a.w berkata lagi: "Demi Allah aku me-nyuruh
kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan
bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan
kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang
Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk
Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah
tentang Dajjal. Kisah yang dia ceritakan itu sesuai
dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu
sebelumnya.

Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut
dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan
ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera
yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke
pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu
bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau
menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak
ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang
sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina
dan duburnya.

Mereka bertanya kepada binatang itu: "Makhluk apa engkau
ini?" Binatang itu menjawab: "Saya adalah Al-Jassasah."
Mereka tanya: "Apa itu Al-Jassasah?" Binatang itu hanya
menjawab: "Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke
tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini,
sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka
pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang
itu.

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat
besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat
orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya
dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai
ke telapak kakinya. Mereka bertanya: "Siapakah anda?"
Orang seperti raksaksa itu menjawab: "Kamu telah
mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin
bertanya: "Siapa kamu ini?"

Mereka menjawab: "Kami adalah manusia berbangsa Arab.
Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak
besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan
kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami
terdampar di pulau yang tuan tempati ini.

"Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat
tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali
jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah.
Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: "Wahai
kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk
menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin
berjumpa dengan kamu."

Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami
sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa
tuan sebenarnya." Makhluk yang sangat besar itu belum
menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan:
"Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di
Bisan itu," nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab:
"Keadaan apanya yang tuan maksudkan?" Orang besar itu
menjawab: "Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?"
Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah,
orang besar tadi berkata: "Aku takut pokok itu tidak
berbuah."

Orang besar itu bertanya lagi: "Ceritakan kepadaku
tentang sungai Tabarah." Mereka menjawab: "Tentang
apanya yang tuan maksudkan?" Lelaki itu menjawab:
"Maksudku airnya apakah masih ada." Mereka menjawab:
"Airnya tidak susut." Lelaki itu berkata: "Air sungai
itu disangsikan akan kering."

Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: "Kalau
begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa
yang dia buat?" Mereka menjawab: "Dia telah berhijrah
dari Makkah ke Madinah." Lelaki itu bertanya lagi:
"Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?" Mereka
menjawab: "Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab."
Lelaki itu bertanya lagi: "Kalau begitu apa pula
tindakan dia terhadap mereka?" Mereka ceritakan bahawa
Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah
ramai pengikutnya.

Orang besar itu berkata lagi: "Memang begitulah, padahal
mereka beruntung jika taat kepadanya." Kata orang besar
itu lagi: "Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa
aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin
keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam
masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua,
kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat
memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para
Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya."

Kata Tamim Al-Dariy lagi, "Rasulullah s.a.w menekankan
tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: "Inilah negeri
yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah.
Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan
cerita ini kepada kamu?" Mereka menjawab: "Ya, sudah ya
Rasulullah." Rasulullah s.a.w berkata lagi:
"Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi.
Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku
sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah
dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal.
Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut
Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah
timur," kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah
timur.

Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal
akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa
Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfihan.

Thursday, August 11, 2005

Berapa ramai suami yang boleh jadi imam???

Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam??

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh
belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay
saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin
dengan awak!"
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak
dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu
itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari
kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh
menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah
tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan
tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki
lagi dengan penuh semangat.
"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya
saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak
tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang
membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya
tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi
suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata,
jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup
bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai
perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu
pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika
wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan
penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang
bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada
suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah
dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari
ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer
mereka rasa lebih
perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah
belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak
untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak
untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah
ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu
kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam,
belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri,
sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi
imam?" Dengus teman wanita yang lain.Betul juga. Berapa
kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah
bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain
keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah
wanitakini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang
satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam
sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah
tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada
yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang
sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula
apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat
memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu
bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya
kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau
menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai,
belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa
salahnya lelaki!

Wednesday, August 10, 2005

RAHSIA SURAL-KAUTSAR

RAHSIA SURAL-KAUTSAR

Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat &
diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.
Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan
indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih
putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi
Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih
atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya
Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh
kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan
Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini
dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,
bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini
sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini
10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita
dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut
dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya
sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan
kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada
kekawan, terima kasih.

Wassallam,

ALIRAN SALAFI BERTENTANGAN DENGAN AKIDAH ASWJ

ALIRAN SALAFI BERTENTANGAN DENGAN AKIDAH ASWJ

Saya tertarik dengan beberapa artikel yang dikemukakan
dalam internet baru-baru ini. Salah satunya dari mereka
yang kuat berfahaman Salafi menurut fahaman Ibnu Tamiyah.
Mereka mendakwa ajaran Salafi adalah berteraskan kepada
fahaman ASWJ.

Dengan memberi beberapa dalil dan hujah dalam internet,
mereka cuba untuk menyakinkan pembaca supaya menyokong
kefahaman mereka.Antara yang menyokong fahaman kuat
Salafi ini adalah terdiri dari pehak JIM dan penyokong
akdemik yang masih menuntut dalam pengajian Islam di
Universiti tempatan dan luar negeri.

Didakwa bahawa fahaman Salafi ini tidak bersamaan malahan
berbeza dengan fahaman Wahabi. Malah banyak pertentangan
nya. Begitu juga fahaman mereka lebih mulia dari fahaman
aliran Khalaf yang juga satu aliran dari fahaman Ibn
Tamiyah.

Mengikut rekod sejarah, perkataan Salafi dikatakan
berasal dari Salaf yakni fahaman menurut perkiraan 300
tahun awal selepas kedatangan Rasululah S.A.W. Manakala
fahaman khalaf dikatakan selepas zaman 300 tahun
tersebut.

Jika dalam fahaman ASWJ ia digelar zaman tabiin, yakni
lingkungan 300 tahun selepas kedatangan Islam.Puak Salafi
di Malaysia mendakwa mereka berfahaman fekah dalam
aliran Imam Syafei manakala dalam akidah berfahaman Ibn
Tamiyah.

Persoalannya apakah fahaman Ibn Tamiyah bersealiran
dengan fahaman ASWJ? Seperti mana yang diketahui ramai
dikalangan Ulamak Rasmi dalam kerajaan adalah berfahaman
Salafi. Ini tidak menghairankan kerana kurikulum
pengajian agama samada di Malaysia seperti KUSZA di
Terengganu dan pengajian peringkat Diploma atau Ijazah
dan seterusnya ke peringkat Phd adalah berteraskan kepada
fahaman Ibn Tamiyah . Begitu juga pengajian Islam
diserata dunia yang lain. Kurikulum pengajian mereka
adalah berteraskan kepada Ibn Tamiyah, walau pun mereka
mendakwa mereka dari aliran ASWJ!!!.

Pelik tapi benar!! Seperti mana yang kita ketahui
fahaman Ibn Tamiyah berasal dari penyelewengan dari
Mazhab Hambali.Kepada penyokong Salafi mereka mendakwa
Ibn Tamiyah adalah Mujadid kurun ke 7 Hijrah. Sedangkan
pada masa tersebut ulamak ASWJ seperti Ibnu Hajar amat
kuat menentang fahaman Ibn Tamiyah. Jadi bagimana mungkin
mereka mendakwa menganut kepercayaan Ulamak2 sekitar 300
tahun dari zaman kenabian Rasululah?

Sedangkan mereka secara terang2 menentang dan malah
mengharamkan ziarah Kubur terutama Makam Rasululah yang
dikatakan bidaah!! Begitu juga dengan amalan Tawasul dan
bertareqat yang menjadi kefahaman pada pehak ASWJ !!
Belum dikira lagi amalan2 yang lain seperti menyambut
Maulud Nabi, Marhabban, Berzanji, Bertalqin yang kesemua
ini dikatakan bidaah yang sesat lagi menyesatkan dalam
fahaman Salafi.

Seperti yang kita maklum amalan ASWJ diamalkan oleh nenek
moyang kita sejak kedatangan Parameswara ke Melaka
dahulu. Yang mana pengembang agama Islam datang dari
Tanah Arab membawa fahaman Mazhab Syafei. Kesemua 7 wali
di Malaysia seperti Tokku Paloh, Tok Kenali, Syed
Hussin Al Banjari, Tuan Habib Noh dan Wali Songo di
Indonesia kesemuanya berfahaman Mazhab Syafei dan
mengamalkan amalan bertarekat Nasybandiah dan Ahmadiah.
Juga menuntut ilmu tasawuf dari Imam Ghazali serta sifat
20 dari Imam Abu Hassan Asaari dan Imam Maturidi.

Tentang peneraju fahaman Wahabi di Tanah Suci kota Mekah
hanya bermula sejak tahun 1925 .Itu pun dengan campur
tangan pemerintah Inggeris yang ingin menjauhkan fahaman
tasawuf dikalangan umat Islam. Jika tidak sebelum tahun
tersebut, pemerintah Arab Saudi adalah berfahaman ASWJ.
Sejak bermulanya tahun tersebut, era pemerintah Diraja
Saud yang berketurunan Arab Badwi dan bukan seperti
pemerintah sebelumnya yang berketurunan Rasululah, maka
fahaman Wahabi bertaburan diseluruh dunia.

Seperti di Malaysia mereka berfahaman dalam Kaum Muda dan
di Indonesia dalam kumpulan Muhamadiyah. Cuma dalam
peredaran masa oleh kerana fahaman Wahabi ini tidak
relevan di Malaysia, maka di tukarkan istilah sebagi
Salafi. Yakni ingin mengikut jejak amalan umat Islam
sekitar 300 tahun selepas Rasululah.

Tetapi fahaman Salafi tidak berteraskan kepada sifat 20.
Mana mungkin jika didakwa dari aliran ASWJ? Sudah tentu
fahaman Salafi ini ibarat langit dengan bumi dengan
fahaman ASWJ.

Untuk makluman lanjut sila baca dalam kitab 40
Permasalahan Agama karangan Kiyai Haji Sirajudin Abas ada
membicarakan tentang fahaman Salaf dan Khalaf .


Wassalam.


Juga pada mereka yang ingin kan maklumat tambahan dalam
internet sila layari...


Apa yg Wahabi/Salafi dakwa di dalam fahaman mereka dan
jawapan penyangkalan (ringkasan) yg diberikan oleh
fahaman ASWJ (rujuk URL yg diberikan) :
Claims of Wahhabi/Salafi reformers and their refutations:

Claim: "Ahlus-Sunnah created false hadiths"
Dakwaan : ASWJ mereka hadis palsu
http://www.ummah.net/Al_adaab/ref-7.html


Claim: "Fiqh Imams robbed social order from the Ummah."
Dakwaan : Imam-imam Fekah merampas (menafikan hak)
status sosial Umah
http://www.ummah.net/Al_adaab/ref-34.html


Claim: "Ahl as-Sunnah became Polytheists."
Dakwaan : ASWJ musyrik
http://www.ummah.net/Al_adaab/ref-43.html

Claim: "Using Ijtihad is sinful."
Dakwaaan : Menggunakan ijtihad mendatangkan kedosaan
http://www.ummah.net/Al_adaab/ref-45.html

Claim: "Hanafis do not perform namaz with Shafi'is."
Pengikut Mazhab Hanafi tidak melakukan solat bersama
pengikut mazhab Shafei
http://www.ummah.net/Al_adaab/enemy-7.html


Claim: "Taqlid is wrong."
Dakwaa : Taqlid adalah salah
http://www.ummah.net/Al_adaab/enemy-7.html

Claim: "It is haraam to follow a muqallid."
Adalah haram mengikut muqalid
http://www.ummah.net/Al_adaab/enemy38.html


Claim: "Imam Ash-Shafi'i prohibited taqlid."
Imam Syafei menghalang Taqlid
http://www.ummah.net/Al_adaab/enemy39.html


Claim: "There was NO mathhab at the time of the Sahaba
(r.a.a.)."
Tidak ada mazhab di masa zaman sahabat.
http://www.ummah.net/Al_adaab/enemy1-5.html


Claim: "Muslims worshipped tombs and graves."
Orang ISlam menyembah kubur
http://www.ummah.net/Al_adaab/wah-5.html


Claim: "Followers of mathhab are heretics."
Pengikut mazhab adalah pembidaah
http://www.ummah.net/Al_adaab/wah-21.html


Claim: "There are two (2) Tawheeds."
Terdapat dua jenis tauhid.
http://www.ummah.net/Al_adaab/ibntay1.html

Tuesday, August 09, 2005

DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA

DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA

Sabda Rasulullah s. a. w :-

"Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba
dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu
hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita
ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan
ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi
halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat,
kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang
bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat
manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita
dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan
memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. a. w
biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat
hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh
baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan
mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah
engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai
wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya
sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat
hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda
putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat
mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan !"
Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari
itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri)
disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota
mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri
oleh cahaya wudhu' !!!"



KEISTIMEWAANNYA
---------------------
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas
sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan)
kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun
memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang
yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan
mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi
mereka), di mana Allah menegah neraka memakan
(menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun
keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan
dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud.
Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi
di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat
perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi
hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

Wassalam.

Monday, August 08, 2005

10 Jenis Tangis

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.


"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa
dan menangis." (AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta
menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah
mengalir di dunia ini.
Sumber nya dari mata mengalir ke
pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil
namun ia tidak
pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus.

Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah
berhenti?. Kalaulah air mata itu di tampung banjirlah
dunia ini.


Tangis tercela atau terpuji ??

Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi
mayat
dengan meraung dan memukul-mukul dada atau
merobek-robek pakaian.


Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut
iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam
atau tangis kerana takut
akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka

"Rasulullah saw bersabda :
Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah
akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila
air matanya
mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan
terkotori oleh debu kehinaan, apabila
seorang daripada
suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati.

Tidaklah ada
sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan
balasan kecuali
air mata. Sesungguhnya air mata dapat
memadamkan lautan api
neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300
tahun tanpa mendongak ke langit tersangat takut dan hibanya
terhadap
dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas
gunung dan air matanya
mengalir di jurang Serandip. Dari air
matanya itulah Allah telah menumbuhkan
pohon kayu manis
dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah
meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh
air ini." Nabi Adam
terdengar lalu menyangka burung itu
mempersendakannya lalu ia
memperhebatkan tangisannya.

Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan
mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah
menciptakan air lebih lazat
daripada air mata taubat mu!."

Air mata yang tiada di tuntut:

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah
Tuhan yang telah menentukannya. Janganlah menangis
nonton filem hindustan
itu kan cuma lakonan.

Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia
bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin
kita kurang membuat persediaan .

Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab
mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin
lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??.. Simpanlah air mata-air mata tangisan itu
semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala
kecuaian yang telah
melanda diri, segala dosa-dosa yang
berupa bintik2 hitam yang telah
mengkelamkan hati
hingga
sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt.

Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik
kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati
agar ia putih
kembali dan juga semoga ia dapat melebur
dosa2 dan moga-moga akan mendapat
ampunanNya
jua.

Junjungan Mulia bersabda "Ada 2 biji mata yang tak
tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu
malam hari kerana takut
kepada Allah swt dan 2
biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu
malam."

"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan
Allah di hari qiamat"??seseorang yang berzikir bersendirian
lalu
mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran
air matanya."


"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada
Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya
dedaunan dari
pepohonan kering."

Air mata tanda rahmat Tuhan Rasulullah saw bersabda :
Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.

1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt
untuk
si mayat. (riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 p erkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu
basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut
dan gementar kepada
kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa
yang silam di sulami dengan taubat kepada
Dzat yang
Memilikimu."


Ingatan ku hanya pada kalian...dan hati akan bahagia jika
diriku jua dalam ingatan kalian... Dan aku akan bertambah
bahagia jika
bertemu kalian dan kalian bertemu diriku di
suatu masa dan satu tempat....

Free MP3s