Blogger Template by Blogcrowds

 
   

Sunday, December 12, 2010

Tidak terkesan?

Itu sebab dikatakan kes ini bukan kes antara persatuan dengan MRH tetapi diantara keluarga mangsa dengan MRH. Keputusan kes ini tidak terkesan kepada persatuan.

Juga tidak timbul persoalan persatuan mengabaikan keluarga mangsa sekarang. Keluarga mangsa terpaksa menerima keputusan ini dan pihak pendakwa mungkin akan merayu.

Waulahulam
  BY gugat

Saya nak ulas kenyataan di atas. Keyataan tersebut sangat tidak bertanggungjawab. Dan sebenarnya mendedahkan isi perut dan niat mereka untuk menjatuhkan YM. Kalau benar mereka ini adalah berjuang untuk menegakkan kebenaran dan menyambung perjuangan Almarhum Ustaz Hanafi, segala kesilapan yg di buat selama ini harus diperbetulakn. Semua kita maklum bahawa perjuagan silat ini bukan sebarang perjuagan. Silat ini bertuan dan berdaulat. Sesiapa yag bersekongkol dalam ketidak betulan ini dan masih meneruskan juga apa yang tidak betul ini,. Kalian lah yang akan jawab dikahirat kelak. Paling tidak pun tuan/puan tidak melibatkan diri dalam usaha-usaha tersebut.. Ambilah iktibar. 

KLS

"LEMPAR BATU SEMBUNYI TANGAN"..(Ertinya kita melakukan suatu perbuatan tetapi tidak mau mengakui perbuatan tersebut!)
 
Mcmana dia boleh kata takde kaitan langsung dgn persatuan? Kes ni dah jadi kes individu?.. sebab dah dibuangnya YM sebgai Guru utama persatuan, dah dilucutkan jawatan YM sebagai presiden, dihumbankan YM dlm lokap, disebarkan pulak aib YM dlm akhbar lepas tu diHARAMkan pulak YM dari bergerak atas nama bapak dia sendiri, SEMATA2 BERPANDUKAN DARI HASIL SIASATAN DALAMAN..lagi nak kata takde kaitan langsung dgn persatuan?  Isyh..isyh..isyh..senangnye dia. Sape yg buat semua tu? PERSATUAN LA!! Ni sebenarnya x lain x bukan cubaan nak cuci tangan je mcm pepatah kat atas tu! Sifat sape la agaknya SI GUGAT ni nak cuba ikut ye?? Nah sekarang keputusan mahkamah memang berlawan langsung dgn siasatan dalaman diorang tu, Nak ikut yg mana satu? Betol kata omar belom terlambat nak perbetulkan keadaan dan jgn bersekongkol dgn org yg mcm SI GUGAT ni (nama pun tak berani nak declare..so besok nak cari sape utk ditanggungjawabkan? Nak cari si gugat? orgnya pun kita tak kenal..) Sebab YM pernah berkata dia tak nak balas perbuatan mereka, sebaliknya dia serahkan saja pada ALLAH utk membalasnya..sebab kata YM balasan manusia masih boleh direpair lagi..tapi balasan ALLAH? Nauzubillah...
 
Satu lagi cuba pikir2 kan..kalau alasan TAKSUB mereka kata YM x layak menjadi guru sebab dah pernah buat kesalahan, (sebab  alasan mereka sebenar2 guru tak boleh langsung buat kesalahan) mcamna pulak dengan guru diorang sekarang? Mcamana pulak dgn Almarhum Ustaz Hanafi yang jugak pernah satu ketika dulu dituduh dimahkamah? Adakah Almarhum jugak bukan sebenar2 guru?? Tepuk dada tanyalah hati...
 
Kacip

Monday, November 22, 2010

Bintang Pecah 21

Disalin dari: http://aminzainul.blogspot.com/2010/11/bintang-pecah-21.html

Pada logo persatuan, samada Cekak Malaysia mahupun Cekak Hanafi, terdapat 'Bintang Pecah 21' dikeliling logo tersebut yang memberi makna tersuratnya adalah jumlah buah-buah matapelajaran Silat Cekak. Makna tersiratnya pula, seperti yang diperjelaskan oleh Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi Bin Haji Ahmad bermaksud:- Walaupun Silat Cekak ini berpecah kepada 21, yang TERPAKAI (asli) hanyalah SATU. Untuk mengenali yang ASLI tersebut, lihatlah pada kebenaran SANAD GURUNYA (salasilah perguruan)..

Semenjak zaman Panglima Ismail sehinggalah YM Sheikh Haji Md Radzi Bin Ustaz Haji Hanafi Al-Qadhi, tidak pernah sama sekali GURU Silat Cekak ini dilantik melalui satu badan lain yang kononnya sebagai pendokong silat ini kerana GURU Silat Cekak ini dilantik melalui cara dan tradisinya tersendiri (rujuk rencana perihal Mandat). Buka sejarah, baca dan faham apa yang cuba disampaikan oleh Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi.

Kekecohan Silat Cekak ini bukan hanya berlaku sekarang, tetapi telah beberapa kali berlaku di zaman Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi malah beliau sendiri pernah difitnah berzina dengan isteri anak muridnya sebanyak 41 kali, sehinggakan beliau turut dilokap atas pelbagai fitnah semata-mata kerana adanya golongan MUNAFIK didalam Silat Cekak.

Tidak kiralah, empat, lima mahupun 100 individu yang pernah belajar dengan Al-Marhum Ustaz Haji Hanafi menjadi Guru Silat Cekak sekarang, yang TERPAKAI hanyalah SATU. Jika mereka bertanya YM Tuan Sheikh ini Pewaris apa? Jawablah dengan LIDAH yang fasih dan HATI yang YAKIN serta penuh KETEGASAN bahawa YM Sheikh Haji Md Radzi B Ustaz Haji Hanafi Al-Qadhi adalah PEWARIS AGUNG YANG HAKIKI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI. 

Wednesday, November 17, 2010

Blog khas pembela YM Tn Sheikh Hj Md Radzi bin Ustaz Hj Hanafi Al Qadhi

http://aminzainul.blogspot.com/

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang yang zalim.” (Surah Al-Baqarah, ayat 193)


K8HRSRB6DH6S

Friday, November 12, 2010

Tabir

Tabir yang paling besar antara seseorang dengan Allah adalah dirinya dan ke-aku-an dirinya, dan kerana kedua hal itulah setan telah diusir oleh Allah dari singgasana Nya.

Friday, August 06, 2010

Genap sudah musim tegak beladiri sukarela

(Genapnya 40 tahun Silat Cekak Hanafi)

Genap sudah musim tegak beladiri sukarela
lengkap langkah serentak sederap serata nusa
cergas diri hasil gerak sejak mula merangkak
cerdas fikir bangun berlari tanpa bongkak
tidak kenal lelah mengibarkan bendera seni
pengenal silat sampai abadi pusaka asli
yakin rakyat akan indah baik citra jati diri
kikis yang tahyul basmi yang bercanggah
kerjasama dan usaha muafakat secara sah
bina budaya atur bakti bukan bermain siasah
di dada terukir akan halus pesan guru asal
kebudayaanmu itulah teras bangsa besar
jaga nyalakan api semangat atur kebajikan
rakyat beroleh makmur bertapak kemajuan.

Kalau tenaga sudah bergabung
anak muda datang berkampung
dari desa ke kota pondok ke menara
megah daftar tersurat cawangan segala
siap latihan medan terbuka taat pelajar
bangkit para belia sedar upaya yang dikejar
laungan siswa jadi suara lagu kampus jaya
subur tumbuh irama biak berpadu jiwa raga
pancaran hati fahami hakikat sejarah
bicaranya nasib bangsa yang kian parah
bersemuka wajadiri tahu akan nilai warisan
lakukan kewajipan yang baharu jadi ciptaan
tidakkan runtuh akhlak akan teguh rohani
terbendung jasmani akan kekal hati berani
ikatan kesatuan akan kukuh persatuan sendiri
maka gerakan demi gerakan adalah kerjasama
langkah ke langkah adalah cakerawala minda.

Sedari awal tujuan ke puncak cemerlang
mendaki banjaran ilmu raih yang gemilang
tekun berbuat bakti negara bangsa terbilang
pelihara maruah kuat umat agama dijulang
dalam ikrar janji pendekar handal
berpantang maut sebelum ajal
pantang diri melanggar sumpah
iringi bangsa pada zaman berubah.

Apabila langkah diayun bersahut sambutan
sehebat perayaan gegak gempita paluan
berdebur hingar bukan ombak angkuh diri
sekadar cermat memilih apakah kulit atau isi
tangkas pendekar bukan tunjuk jadi jaguh
sekadar iktiraf tahu makna bijak sesepuh
biarlah harimau mati tinggalannya belang
gajah mati tinggalannya setimbun tulang
tersohor panglima di tinta emas
harum mewangi bakti pahlawan
adalah segala jasa kesayangan
bukan tanda riak takbur
tetapi tanda nyata syukur
tanda anugerah jasa tidak terkubur
tauliah ingatan penggerak kejayaan
berkat sepakat selama berjuang.

Guru datang guru pergi
Pergi guru datang guru
Pendekar datang pendekar pergi
Pergi pendekar datang pendekar
Pendekar sudah menjadi panglima
Panglima sudah menjadi pahlawan
adalah jentera pendorong perubahan
lunak rencana padat bersilih kegiatan
tidakkan padam ini obor perjalanan
menyuluhi azam ke puncak peradaban
pun lelah masa warga tiada akan henti
berjasa untuk manusia demi manusiawi
kelek duniawi sekata junjung ukhrawi
patuh taat rukuk sujud mengabdikan diri
hanya sanya pada-Mu jua, Ya Ilahi!

A AZIZ DERAMAN
Kuala Lumpur

Berita Minggu 4 September 2005

Nota: Dato Aziz telah mendeklamasikan puisi ini semasa acara Persembahan Silat Raksasa dalam program Gerak Gemilang 2005 - Silat Cekak Hanafi pada 4 September 2005"

Wednesday, July 28, 2010

HIJRAH - Azam dan Tekad

Tajuk      :      HIJRAH - Azam dan Tekad
Pengguna      :     Zoy2
Tarikh      :     2005-02-10 00:53:50

Assalamua'laikum warahmatullah hiwabarakatuh kepada semua pembaca dan penulis sidang yang dihormati...salam perkenalan dari Zoy2.

Sekian lama menjadi pembaca setia sidang, teringin juga mengungkapkan bicara di sidang ini sekadar berkongsi pandangan - jika kurang kemas tutur bicara, mohon maaf dan diharap penulis lain dapat memurnikannya.

1425H berlalu sudah...tempoh masa setahun pasti ada suka duka, pahit manis dalam menjalani kehidupan seharian - menguruskan diri, keluarga, kerjaya, kelas persilatan dan persatuan di tempat masing-masing.
Persoalannya, adakah semua yang kita harapkan sudah dicapai? Adakah kejayaan sudah dicapai 100%, 50%, 10% atau 0%(tiada tercapai langsung)?

Alhamdu lillah, dengan izinya kita masih dipanjangkan usia untuk menyambut ketibaan 1426H. Inilah peluang dan kesempatan untuk menilai semula diri kita. Sesungguhnya pengenalan tahun HIJRAH oleh Saidina Usman Bin Affan, Khalifah yang Ke-2 adalah satu sejarah sempena perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah. Sesungguhnya kalimah HIJRAH amat penting dan besar ertinya kepada kehidupan kita. HIJRAH bermaksud berpindah. Perpindahan Nabi SAW bersama kaum Muhajirin adalah satu rahmat dan mengandungi pengajaran mencakupi seluruh kehidupan manusia- aspek hidup, tanah air, kerajaan dan ummat.

Satu aspek yang boleh dijadikan pengajaran ialah jika kita ingin mencapai kejayaan dalam hidupdan ingin maju kita kena berpindah. Perpindahan ada kaitan dengan perubahan dan penambahbaikan. Dalam contoh yang mudah tetapi payah untuk dilaksanakan - dari sikap malas kepada rajin, bercakap bohong kepada bercakap benar, dari kedekut kepada pemurah, dari menderhaka kepada ibu bapa kepada mentaati ibu bapa, dari khianat kepada amanah dan sebagainya. Kepayahan ini merupakan satu cabaran kepada kita. Sebagaimana yang diungkapkan oleh penulis "Saya" bahawa kita sebagai pendaki dan sebagai pendaki cabaran pasti menanti kita. Apabila kita berjaya mengatasi cabaran, barulah kepuasan akan timbul dalam diri kita.

Jika kita menilai kembali pencapaian tahun lalu sebagaimana yang dinyatakan di awal penulisan saya, maka kita perlu tingkatkan usaha agar pencapaian matlamat mencapai tahap yang lebih tinggi dari 10% ke tahap 50% atau 80% dan akhirnya tidak mustahil berjaya 100%. Kita perlu mempunyai azam dan tekad yang tinggi untuk merubah hidup kita menjadi lebih baik.

Sebagai contoh, peladang yang ingin menanam pokok kelapa sawit. Benih perlu disemai di tapak semaian terlebih dahulu dan menjalani proses tumbuh dan hidup. Adakah di tapak semaian ia akan memberi hasil yang baik? Tidak. Untuk mendapatkan hasil yang baik dan memuaskan, kita perlu pindahkan pokok benih ke ladang. Justeru itu, dalam konteks kehidupan kita perlu berpindah dan berubah- menilai kelemahan dan kekuatan diri serta membuat satu analisis bagaimana dapat meningkatkan pencapaian diri tanpa menekan orang lain. Kita insan biasa dan kelemahan pasti ada di mana-mana. Kelemahan diperbaiki dan kekuatan diperkemaskan. Diri kita adalah amanah dan amanah perlu dijaga. Usaha yang istiqamah dalam konteks HIJRAH ini, insya-Allah dapat menjana kecemerlangan dalam hidup kita.

Salam hormat dari Zoy2.


Benang Mesej
   
Format Paparan :     


Tajuk      :      Re:Suatu pandangan
Pengguna      :     Saya
Tarikh      :     2005-02-12 10:39:32

Minta maaf, izinkan saya "menumpang bersama" atas penulisan saudara.

Kadang kala apa yang terjadi tidak seperti apa yang diharapkan. Lain yang dirancang , lain yang berlaku. Itulah kelemahan kita sebagai Hamba di muka bumi. Walau bagaimanapun, bagi mempastikan jiwa kita terus positif, kita tidak perlu melihat apa yang telah diusahakan semata-mata tapi lihat apa yang belum diusaha atau diselesaikan. Fahaman ini perlu dikuatkan dengan sikap tidak membuat apa yang disuruh sahaja atau sebagai seorang yang mahu membuat apa yang disuruh sahaja. Kita perlu proaktif. Seperti yang saudara katakan, perpindahan ada kaitan dengan perubahan dan penambahbaikan. Istilah penambahbaikan, sangat besar ertinya kepada saya.

Apa yang dilakukan, jadikan hobi. Dalam konteks ini, misalnya, kadang kala kita berasa hairan dengan tabiat orang yang memancing ikan. Dari pagi sampai ke petang. Hasil tangkapan tidak seberapa. Bila ditanya kenapa, lantas dijawab itu Hobi. Hobi banyak menguasai daya fikir kita. Alangkah baiknya jika penglibatan kita menyumbangkan tenaga dan bakti dalam SCH juga dianggap sebagai hobi. Pasti akan ada orang yang bertanya jesteru iri hati atau kehairanan. Lantas kita menjawab Hobi. Saya sentiasa jadikan istilah ini sebagai perisai dan benteng bagi mempastikan diri sentiasa mempunyai azam dan tekad yang tinggi untuk "merubah hidup menjadi lebih baik" seperti yang saudara katakan.

Untuk perkongsian pengalaman, dalam proses kita berubah juga, kita akan berhadapan dengan manusia-manusia Toksid. Manusia jenis ini akan berusaha meracuni diri kita. Perubahan yang ingin kita lakukan umpama onak kepada mereka. Golongan ini kurang berusaha dan sentiasa memburukkan orang lain untuk mendapatkan kepercayaan. Waspadalah dengan golongan ini. Mereka juga pernah kecewa dan tidak bersedia lagi menghadapi cabaran. Mereka sentiasa inginkan penghormatan tapi jarang yang dapat. Lengkapkan diri kita untuk menghadapi mereka dengan cara menggunakan Gerak Laku, Pemikiran dan Jiwa kita. Insya-Allah satu masa akan saya huraikan maksud saya itu.

Sekian , haraf maaf jika tulisan saya lari dari sudut pemurnian seperti yang saudara harapkan.


Benang Mesej
   
Format Paparan :     


Tajuk      :      Hijrah-Manusia Toksid
Pengguna      :     Zoy2
Tarikh      :     2005-02-13 08:30:02

Assalamua'alaikum, terima kasih kepada saudara "Saya" yang menjadi orang pertama memberi respons/pemurnian terhadap tulisan saya setelah 3 hari menanti. Sebagai orang yang masih "hijau", huraian saya tidaklah begitu mendalam kerana pengetahuan dan pengalaman yang tidak seberapa. Pandangan "Saya" memang bernas dan melebihi jangkaan saya sendiri. Hal ini merupakan sesuatu yang positif kerana dapat memperluas skop perbincangan seterusnya perkongsian ilmu yang bermanafaat dapat dilakukan.

Sepanjang pengamatan saya terhadap penulisan "Saya" yang terdahulu, membuktikan "Saya" seorang yang cukup berprinsip, berpengalaman sama ada di dalam bidang persilatan mahupun kerjaya. Hujahnya bernas dan logik dan ia boleh menjadi penawar yang mujarab kepada pembaca yang dibukakan pintu hati oleh-Nya.

Saya tertarik dengan istilah "manusia toksid". Toksid bermaksud racun. Racun sifatnya membunuh sama ada secara terus ataupun secara perlahan-lahan. Golongan ini cukup bahaya dan jika dibiarkan akan merosakkan perkembangan organisasi terutamanya pengurusan pentadbiran persilatan SCH mahupun organisasi lain yang dipimpin. Memang tidak dinafikan bahawa golongan ini wujud di mana-mana. Ia menjadi penghalang kepada perubahan dan penambahbaikan yang ingin dilakukan. Bermacam-macam ungkapan dan kata-kata negatif yang menyentuh perasaan dan hati nurani yang kadang kala melunturkan semangat juang...Tak ape lah..ikut aje cara lama..selamat..tak perlu susah payah buat itu ini...engko nak buat, buat le sendiri. Engko buat ni dapat ape-ape ke? Engko orang muda, apa tau...kami dah buat dah dulu tak berjaya pun!

Kadang kala faktor usia dijadikan isu menyebabkan perubahan-perubahan yang dicanang ditentang oleh golongan ini. Sebagai contoh, di bidang pentadbiran, X merupakan orang yang paling muda di kalangan 8 orang pentadbir. Adakalanya pandangan X dipandang enteng dan tidak diendahkan hinggakan kadang kala idea X diperlekehkan walaupun jika dihalusi idea X boleh digunakan dan mungkin menghasilkan output yang maksimum! Adakah disebabkan X muda, ideanya ditolak? Di sinilah pentingnya sikap keterbukaan untuk menerima perubahan/penambahbaikan untuk kebaikan bersama sama ada barisan kepimpinan ataupun orang bawahan ke arah matlamat yang hendak dicapai. Kadang kala apabila sesuatu idea itu diterima oleh pihak pentadbiran, maka akan timbul pula masalah pelaksanaan oleh orang bawahan yang berstatus "toksid". Mereka beranggapan perubahan yang ingin dibawa ini menyusahkan dan menambah beban mereka serta mudah berasa puas hati atas apa yang ada tanpa ada rasa ingin melakukan penambahbaikan. Mereka membantah dalam diam, mewujudkan "klik toksid" dan tidak menjalankan tanggung jawab yang sepatutnya. Akhirnya, hasrat murni yang diwar-warkan terbengkalai dan tidak mencapai matlamat sebagaimana yang diharapkan. Pada saya, sekiaranya idea itu diterima, ia hendaklah dilaksanakan bersama-sama dan bukan hanya terletak dibahu pemberi idea itu sahaja. Dalam hal ini, saya fikir kerja dalam 'team-work' dapat membantu melancarkan urusan perlaksanaan yang dibuat.

Walau bagaimanapun, mungkin wujud kesilapan diri/kelemahan diri pada orang yang ingin membuat perubahan sehingga boleh dieksploit dan menjadi 'ratahan' manusia toksid. Mungkin cara berkomukasi yang tidak betul? Salah Strategi/Perancangan? atau 'Masa yang betul tetapi perkara yang salah'? atau Perkara yang betul tetapi tidak kena pada masanya? Justeru itu, bilakah wujud keadaan "Perkara yang betul dan kena pada masanya"? Mungkinkah ada cara untuk memenangi hati orang yang lebih tua sama ada pentadbir atau orang bawahan? Apakah benteng diri yang perlu ada untuk menghadapi pemimpin, rakan setugas atau golongan yang dipimpin yang berperangai "manusia toksid" ini?

Mungkin ada pandangan/ulasan dari "Saya" atau penulis-penulis lain yang berpengalaman untuk mengupas lebih mendalam persoalan dan isu ini untuk dikongsi bersama - Salman barangkali?

Salam hormat dari Zoy2.


Benang Mesej
   
Format Paparan :     


Tajuk      :      Fenomena
Pengguna      :     Salman
Tarikh      :     2005-02-14 08:28:30

Assalamu'alaikum

Saudara Zoy2 telah membuka satu ruang yang baik untuk semua pembaca renungkan. Bermula dengan definasi Hijrah, yang mana umum faham cuma payah dilakukan, diakhiri dengan ulasan kepada Manusia Toksid, jiwa racun yang merosakkkan.

Sebagai sebuah organisasi yang telah berdiri dan berlari, kita telah melihat perubahan atau hijrah yang agak seimbang. Tidak keterlaluan bahkan sezaman. Kita dahulunya janggal dikaca mata masyarakat. Kini umum melihat SCH sebagai satu kebiasaan. Kita perlu lebih berusaha agar kita bisa melahirkan satu keadaan dimana SCH adalah satu fenomena.

Melahirkan fenomena memerlukan ahli yang luarbiasa. Keluarbiasaan tercetus dari kehebatan perilaku dan kefahaman. Tindak kita kemas. Idea kita pintar. Bicara kita hikmah. Persoalannya bersediakah kita untuk mencipta fenomena tersebut. Wajar sekali jika hasrat ini diletakkan pada posisi wahid, kita mesti berhijrah. Sungguhpun begitu para sahabat Rasullulah tidak sesukahati mereka berhijrah tanpa restu Baginda dan strategi. Begitulah kita. KIta tidak bersemuka dengan Nabi SAW. Kita cvuma hidup bersama Guru. Mintalah tunjuk ajar agar hijrah diri lebih bermakna. Strategi melibatkan pengalaman dan nasihat dari mereka yang berpengalaman dan tahu. Jangan bertindak semborono. Kita adalah umpama rombongan pendakian. Kepayahan harus dibantu. Kesusahan Harus ditangani bersama.

Usaha yang baik pasti ada halangan. Hambatan mungkin ada pada diri dan selalu juga hadir dipersekitaran. Seperti kata penulis SAYA, yang berada disekeliling jika mereka adalah manusia maka mereka adalah racun yang merosakkan. Jangan peduli kekurangan mereka. Mereka sakit. Kitalah sepatutnya membantu mereka. Saya katakan mereka sakit kerana jiwa mereka tidak tenteram melihat kebaikan. Biarkan mereka menjadi racun agar jiwa sakit mereka terubat. Tiadalah sempurnanya timbangan andai tiada batu pengimbang. Mereka juga adalah batu pengimbang. Masakan kita tahu nilai diri kita jika tiada pembanding yang menjadi cabaran.

Begitulah sedikit pandangan saya. Saudara Zoy2 perlu terus bersama agar usaha kita mencipta fenomena berjaya. Apa yang dilakukan mungkin kecil tetapi percayalah yang kecil ini pemangkin kepada satu perubahan.

SALMAN


Benang Mesej
   
Format Paparan :     


Tajuk      :      Re: Pembetulan/Penambahan
Pengguna      :     Zoy2
Tarikh      :     2005-02-10 07:39:39

Pembetulan/ralat: Perenggan 4, baris 4-5. Saidina Umar Alkhattab Khalifah Kedua. Harap maaf.

Julang dan bilang..

Tajuk       :       Julang dan bilang..
Pengguna      :     Adi Ramli
Tarikh      :     2005-02-28 15:13:32

Sambungan dari thread Budi, bahasa, seni dan budaya..

Berbalik kepada "SILAT DIJULANG, BUDAYA TERBILANG". Apabila dikatakan JULANG, pastinya melambangkan:

1) Maruah - piala, pingat dan hadiah dijulang.
2) Kepuasan - pemenang sukan menjulang tangan
3) Harapan - dalam kartun Lion King, anak singa dijulang di hadapan rakyat jelata.
4) Kemuliaan - Sultan yang dijulang.

Dengan kata ringkasnya, apabila sesuatu itu diJULANG, maka ia pastinya adalah sesuatu yang sangat berharga, sangat hebat. Sesuatu yang hebat hanya dimiliki oleh orang2 yang hebat. Sebagai contoh, emas adalah benda yg berharga. Hanya boleh dimiliki oleh orang yang kaya serta mempunyai tahap security yang hebat supaya tidak diambil orang lain.

Maka begitu juga dengan silat. Silat adalah seni menjaga diri yang hebat. Maka pastinya dijulang oleh orang yang hebat. Walaupun begitu, persoalan sekarang ialah: Adakah kita sudah cukup hebat untuk menJULANGnya? Jika mengikut contoh di atas, ahli sukan yang hebat sahaja yang layak menjulang piala. Pasukan bola sepak terhebat dunia sahaja yang layak menjulang piala dunia. Adakah kita sudah cukup hebat untuk menjulang silat?

Apa yang ingin disampaikan di sini ialah adakah kita sudah cukup bersedia untuk menghadapi segala rintangan sedang berlaku dan yang akan berlaku? Untuk menjulang sesuatu yang hebat, piala marathon umpamanya, seseorang itu harus berlari jauhnya berkilometer dengan penat lelah tak terkira. Untuk menjulang piala dunia, sesebuah pasukan bola itu perlu bertungkus lumus dari segi fizikal, keteguhan hati, pemikiran dan strategi untuk menjaringkan gol. Maka setakat manakah yang kita telah usahakan selama 40 tahun ini untuk menJULANG silat?

Malah untuk menJULANG, kita harus bersaing dengan lawan yang lain. Menjulang itu bukanlah suatu yang mudah. Sebut memang mudah, tetapi untuk melakukannya, pastinya penuh dengan dugaan, rintangan dan saingan. Inilah yang harus kita hadapi sebagaimana yang diceritakan oleh Encik Amrahi pada thread "Kekuatan Jiwa dan Minda".

Maka, untuk menjlang sesuatu yang hebat, adkah kita sudah cukup bersedia? Atau dengan kata lainnya - Adakah kita sudah memperhebatkan diri kita untuk menghadapi segala rintangan yang bakal dihadapi? Masing2 ada jawapan masing2. Masing2 ada usaha masing2. Dan pastinya masing2 akan bersedia dengan cara masing2..

Pun begitu, silat kita adalah sebuah organisasi, bukannya bergerak secara individu. Maka segala keputusan, strategi dan usaha untuk menjulang silat itu perlu dilakukan atas persetujuan dan permuafakatan semua yang terlibat. Maka timbul persoalan baru:

"Setakat manakah per-SA-UDARA-an di antara sesama ahli untuk menjulang silat? Adakah sudah cukup atau belum? Adakah pantang larang ke-4 (tidak bergaduh sesama ahli) itu sudah menjadi FALSAFAH (dari segi pengamalan), atau PEPATAH (teori semata2) semata2?"

Terpulang kepada diri sendiri untuk menjawabnya.. Sama2lah memikirkannya..

Bersambung..


Tajuk       :       Re: Pembetulan/Penambahan
Pengguna      :     Adi Ramli
Tarikh      :     2005-02-28 18:03:43

Saya bersetuju dengan pandangan penulis SAYA mengenai perkataan TERBILANG:

"Terbilang ada kaitan dengan Gemilang. Perkataan ini sebagai kiasan bagi sesuatu yang sangat unggul."

Apabila diperhalusi, TERBILANG bermaksud mudah dikira. Sesuatu yang "tak terkira" adalah terlalu banyak hingga tidak dapat dikira. Tetapi sesuatu yang terkira (boleh dikira) pastinya amat sedikit, apatah lagi jika "dapat dikira dengan jari".

Kaitan yang dapat disimpulkan di sini ialah, golongan yang hebat adalah golongan yg sedikit. kerana bilangan yang sedikit inilah yang akan membezakannya dengan golongan yang lain. Kita ambil contoh mudah:

Nabi ada banyak, tetapi sebahagian sahaja yang menjadi rasul. Rasul juga ada banyak, tetapi yang wajib diketahui hanya 25. Pun begitu, hanya 5 sahaja yang tergolong dalam rasul ulul-azmi. Daripada 5 orang rasul ulul-azmi, hanya Nabi Muhammad SAW sahaja yang paling outstanding - menjadi KEKASIH.

Maka daripada bilangan yang beribu2, kepada beratus2, kemudiannya kepada 25, dan kepada 5, akhirnya kepada 1. Bukankah lebih mudah untuk dikira? Bukankah semakin hebat/unggulnya sesuatu itu, bilangannya semakin sedikit? Yang mana pengakhiran (the ultimate) kehebatan/ keunggulan itu hanya akan dikurangkan kepada SATU. Kerana itulah tahap tertinggi - YANG PALING TERBILANG (the one and only).

Maka begitulah juga dengan budi dan daya (budaya). Apabila kita meningkatkan martabat dan kemuliaan silat kepada yang lebih hebat (JULANG), secara tidak langsung, kita meng"highlight"kan KECANTIKAN dan KEINDAHAN yang hebat. Apabila ramai yang terlihat akan kehebatan, keberkesanan dan kemuliaan kecantikan dan keindahan tadi yang diserap ke dalam kehidupan sebagai SENI, bukankah lebih ramai yang akan menerimanya? Maka bukankah budaya itu dihargai, dimuliakan, dikagumi, disanjung dan dibanggai oleh mereka yang menjadi pengamal kepada budaya (dengan kata lainnya, BANGSA) tersebut?

Maka itulah sebabnya apabila silat DIJULANG, BUDAYA 'TERBILANG'. Bukankah betapa INDAHnya susunan bahasa itu?

Akhir kata, dalam konteks silat cekak pula, timbul pula persoalan: Adakah kita sudah mencapai tahap TERBILANG? Adakah kita masih sama taraf dengan yang lain, atau adakah kita sudah mencapai tahap YANG PALING TERBILANG? Apa langkah2 dan strategi yang perlu dilakukan untuk mencapai semua ini setelah 40 tahun berlalu? Apakah yang perlu diperkukuhkan? Dan apa pula yang perlu dimajukan?

Terpulanglah kepada masing2 untuk memikirkannya.. Sama2lah kita usahakannya..

Segala yang ditulis ini hanya sekadar pandangan sahaja. Jika ada tersalah, diharapkan ditegur supaya dapat diperbaiki.

Sekian..

Tajuk       :       Re: You memang hebat
Pengguna      :     Page1
Tarikh      :     2005-03-01 08:29:02

I baca tulisan panjang you ni memang menarik. You budak mana? Persoalan yang you kembangkan dari penulisan bro Salman dan Bro SAYA baik untuk semua fikirkan. AJK perayaan telah bertungkus lumus untuk memberikan yang terbaik dalam usaha kita menyambut perayaan memartabatkan SC. You dalam kontek yang sama telah menyumbangkan pandangan untuk menjelaskan maksud tema (dari sudut pandangan you). Memang akan ada yang tak setuju. Itu biasa. Pedulikan apa "tungau" (sama macam badut le dalam kontek ni)) nak kata.

Seperkara lagi yang elok kita tengok ialah untuk menjadi terbilang, tak boleh cepat jemu. Better slow but consistent. (but not too slow la..bila lak nak sampai). Laju sangat jalan pun tak baik gak takut cc tak cukup. pecah engin tu kang. langsung tak leh nak jalan. kita man..man je. Tapi dalam dok slow and steady tu, cari le knowledge sama. Berkawan dengan member yang ada input dan boleh bagi sikit output yang baik kat kita. At least kita sentiasa ada orang yang boleh guide bila time blank {bukan Mamat Blank:)}

Last to Bro Adi Ramli..well done. Ko budak U ke? Bukan aper, I sure BM you dulu A1..hehehe. Anyway teruskan..teruskan usaha murni anda.


Tajuk       :       Re: Terima kasih
Pengguna      :     Daeng
Tarikh      :     2005-03-01 08:06:26

Secara keseluruhan saya sungguh berterima kasih atas penjelasan saudara berhubung tema perayaan 40 tahun SC. Syabas.

Selama ini saya sendiri tidak berupaya untuk memahami kehendak yang terkandung di dalam tema berkenaan. Alhamdulillah atas usaha Saudara, Salman dan SAYA, perkara yang kabur dapat dijelaskan.

Apapun bukan teori yang lebih utama. Sebaliknya usaha kita untuk mencapai apa yang ditulis selama ini berhubung tajuk yang telah diwar-warkan perlu dipertingkatkan. Hari Sabtu 5 Mac 2005 adalah hari untuk kita bersama memahami dan menjayakan hasrat tema. Insyaallah GU sendiri mungkin akan menghuraikannya dengan lebih lanjut.

Sekali lagi, terima kasih kepada semua yang memberikan penjelasan.


Tajuk       :       Re:Kehebatan SC
Pengguna      :     Benci
Tarikh      :     2005-02-28 21:11:43

Membaca tulisan saudara bersekali dengan tulisan SAYA dan SALMAN dan diikuti dengan penulisan Sdr Amrahi, nampak betapa hebatnya SC

Kehebatan kita dapat dibuktikan dan ini bukan setakat teori. Atas keyakinan inilah saya sangat bersetuju dengan ayat akhir tulisan Salman. Atas keyakinan inilah juga kita perlu bergerak dengan penuh keyakinan tanpa diganggu gugat oleh anasir-anasir yang ingin menyekat perkembangan kita. Ingatan yang diberi oleh Sdr Amrahi sangat baik. Sekurang-kurangnya kita tidak mudah melatah akibat jolokan isu oleh pesaing-pesaing kita.

Dalam konteks Terbilang, saya yakin kita sedang menuju ke tahap Paling Terbilang. Strategi pelaksanaan yang mengambil kira kekuatan dan kelemahan kita memang dalam perhatian barisan kepimpinan kita. Berilah kepercayaan kepada mereka. Kita yang berada di bawah, gunakan stategi menyokong dan melaksana serta elakkan banyak pertengkaran yang boleh membantutkan pelaksanaan.

Sekian dan syabar saudara Adi Ramli.


Tajuk       :       HAKIKAT YANG HAK
Pengguna      :     Armann
Tarikh      :     2005-02-25 17:31:11

HAKIKAT YANG HAK.

'Sebenar Guru ada hakikat
di kuat pula amalan syariat
di tambah pula ilmu makrifat
berpakaian pula dengan isyarat'.

Tulisan saya sebelum ini, WAJIB MENJAGA DIRI SENDIRI disambut dengan panjang lebar sehingga memenuhi sebahagian daripada ruang keseluruhan kaca monitor.

Tetapi sayang, panjangnya benang berkenaan hanya dengan satu isu yang masih ding-dong sehingga kini, antara 2 kumpulan berhubung satu isu yang tak tercerita melalui maya, tentang isu yang tinggi penceritaannya, HAKIKAT.

Saya berpendapat, ini hanya aktiviti umpan-mengumpan antara satu pihak ke pihak yang lain untuk menguji kefahaman lawan masing-masing. Saudara, ini sebenarnya tidak perlu, 'ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya', suka saya nasihatkan rakan seperjuangan dalam SCH supaya jangan dilayan manusia jenis ini, banyak lagi benda berfaedah lain yang boleh dibuat. Selagi mereka tidak melampaui batas, kita diajar untuk bersabar dan bersedia menunggu serangan. Ini sifat lelaki yang berani.

'Bulan haram (dibalas) dengan bulan haram dan di dalam kehormatan itu qisas. Barangsiapa yang berbuat aniaya kepadamu maka kamu boleh aniaya kepadanya, seumpama keaniayaannya kepadamu dan takutlah kepada Allah dan ketahuilah bahawasanya Allah berserta dengan orang-orang yang bertakwa'.
(Al-Baqarah, 2: 194).

Sungguh dalam pengertian HAKIKAT, tak tercerita dalam maya. Secara umumnya, pantun almarhum di atas memberikan hint kepada kita mengenal sebenar guru, berguru dan mencari guru. Antara HAKIKAT, SYARIAT, MAKRIFAT dan ISYARAT, bukanlah tahap saya untuk membicarakannya, namun, secara tersuratnya, 1 peratus daripada maksud HAKIKAT ini cuba saya huraikan mengikut fahaman saya seperti berikut,

Kata akar HAKIKAT ialah HAK. Sebenar Guru ada hakikat, maksudnya, guru yang sebenar-benarnya adalah guru yang mempunyai hak, atau BERHAK. Di kelas tadika, guru tadika juga perlu melalui proses pengambilan dan pentauliahan guru tadika, perlu melalui kursus pengendalian TASKA contohnya dan sebagainya sehingga diiktiraf sebagai guru tadika oleh pihak berkuasa yang memberi tauliah. Pengendalian tadika tanpa tauliah memberi risiko diambil tindakan oleh kerajaan, misalnya.

Saudara SALMAN pernah mengulas baik isu GURU dalam benang terdahulu, walaupun tiada ulasan/sambutan yang menambah, saya lebih suka berpendapat isu tersebut telah diulas dan digarap dengan cemerlang, itupun mengikut kefahaman peringkat pembaca.

Bagi perguruan Silat Cekak, En. Md Radzi Bin Hj. Hanafi adalah Guru yang mempunyai HAK perguruan. Perpindahan MANDAT telah berlaku dengan sah, jelas dan terpelihara salasilah perguruan daripada guru tertinggi yang dapat diselusuri, Panglima Ismail, ke zaman sekarang. Pentingnya berguru untuk mempelajari ilmu adalah kerana PENYANDARAN ilmu terhadap AMAL. Sah amal dengan ilmu yang sah, sah ilmu dengan Guru yang sah. Ada penyandaran terhadap dari mana ilmu diperolehi, penting untuk bekalan jawapan di akhirat nanti.

Penyandaran inilah yang membuatkan Guru menjadi istimewa di kalangan pengikut. Bukan taksub, tapi hormat, hormat atas mandat dan ilmu yang diwarisinya. Berterima kasih atas ilmu yang dicurahkannya, dari sifat hormat dan berterima kasih inilah lahirnya gelaran istimewa yang dipakai di seluruh negara.

Terima kasih Guru Utama.

Sekian, terima kasih.

ARMANN


Tajuk       :       Silat dijulang, Budaya terbilang
Pengguna      :     Salman
Tarikh      :     2005-02-25 12:28:27

Assalamualaikum

Kesungguhan kita menyambut ulangtahun ke 40 kelahiran semula SC bukan lagi cerita mainan. Tidak cukup dengan pengisian program sepanjang tahun, kita tampil mengemukakan tema perayaan yang dinamis. Ramai yang maklum dengan maksud tema tersebut. Sungguhpun demikian, saya ingin memberikan sedikit pandangan untuk difikirkan bersama.

SC pada zahirnya, hendaklah mahir pada anggotanya. Silat adalah gerak. Gerak itu hidup. Jelasnya apabila kita membicarakan persilatan secara khusus, tidak mungkin kita dapat lari dari gambaran kehidupan. Untuk hidup kita perlu kepada perubahan agar diri dan persekitaran turut berubah. Silat adalah warisan yang perlu dipertahankan. Biar pernah wujud anasir hitam yang merobek kemurniannya, masih ada lagi sinar yang mampu mengangkatnya kembali ke tempat asalnya. Ada pendapat yang mengatakan asal silat bermula dari makam yang mulia iaitu dari dada para ilmuan dan cendikiawan. Ilmu diperturun dengan penuh tradisi dan tatasusila agar penerima dapat meneruskan turunan ilmu tanpa henti. Andai pendapat ini benar pastinya silat ini pernah bertapak kukuh pada satu kedudukan yang amat tinggi. Jika ini sememangnya berlaku, saya amat yakin silat pada satu ketika dahulu merupakan nadi yang menggerakkan kehidupan satu tamadun yang hebat.

Perkataan budaya terhasil dari cantuman budi dan daya yang membawa maksud usaha bersungguh-sungguh untuk memelihara siasah terpuji. (berdasarkan pemahaman yang diterima melalui SC) Usaha yang berterusan akhirnya membuahkan kebiasaan yang diterima oleh keseluruhan masyarakat. Di awal perkembangan tamadun silam, ukhuwah dan ikatan persaudaraan yang kuat telah membentuk kelompok masyarakat setempat yang hebat. Mereka amat berbangga dengan kampung halaman. Hatta atas rasa bangga dengan kampunglah maka nama-nama agung seperti Syeikh Idris Al-Marbawi, Syeikh Daud Al-Fatani (sekadar beberapa nama) merakamkan tempat asal usul mereka dihujung nama. Apa yang cuba digambarkan ialah kemasyhuran nama, asalnya bermula dengan satu budaya ilmu yang bersemi dari tempat kelahiran. Demikian diantara usaha yang dimainkan oleh para ilmuan terdahulu. Tidak salah jika langkah tersebut disusuli. Cuma kontek perlaksanaan harus lebih kontemporari.

Saya berpendapat, memartabatkan silat bukan sekadar mempopularkan gerak seninya yang hebat. Apa yang lebih diutamakan ialah sejauhmana kefahaman dan falsafah yang dibawa dapat dikembangkan sehingga membentuk kefahaman sejagat. Hampir segenap cabang ilmiah dan seni gerak SC telah dan sedang saya terokai. Pastinya, belum lagi ditemui salahnya faham yang dibawa. Telah ramai sahabat seperjuangan Ustaz dalam penyebaran wadah persilatan ditemui. Tiada barang seorang yang mempamirkan fahaman yang jauh bercanggah dengan didikan yang disemai. Inilah kelebihan kita. Maaf. Saya berbicara dalam kontek pengalaman bersama ahli-ahli SC. Sehubungan itu, kekuatan yang sedia terbentuk, sudah cukup mantap untuk kita ketengahkan kemurnian amalan dan kefahaman yang dibawa, untuk tatapan dan penerimaan masyarakat. Cuma perkara yang dinyatakan bukan kerja mudah. Budaya perlukan penerimaan sejagat yang sebati dengan kehidupan seharian. Sedangkan kehidupan seharian dilingkari dengan ketamadunan barat.

Pendidikan menurut SC mendasari method penyampaian dan kefahaman yang bermula seawal berdiri lurus. Dilihat dari segi silibus, pendidikan formal berakhir dengan penerimaan buah terakhir. Selebihnya adalah kemahiran yang bertujuan membentuk kebiasaan. Tanpa ada kemahiran, boleh dikatakan agak payah untuk kita membentuk budaya terbilang melalui persilatan. Ini adalah kerana kefahaman dan kemahiran perlu dipandu, dihurai, dirumus dan ditahkidkan oleh Guru. Andai ini kurang sempurna, impian mungkin berakhir ditapak yang sama. Guru adalah nadi yang menggerakkan minat. Pada Gurulah tersembunyi segala khazanah yang bakal merungkai kekusutan yang menghalang pembentukan sahsiah. Pada Guru jugalah terbentang segala huraian falsafah yang menjadi mangkin pembentukan peribadi. Lantaran itu, dalam usaha untuk menjulang silat ini, jangan sekali-kali kita membelakangi Guru.

Kebangkitan SC sebagai fenomena bukan lagi khayalan. Falsafah Silat kini sebenarnya telah berlegar diminda para ahli yang bertaburan di segenap lapangan. Bahkan secara tidak sedar, masyarakat yang berada disekeliling mereka turut dibawa untuk menerima kefahaman dan sahsiah yang ditunjukkan. Apa yang jelas selama 40 tahun SC hidup dipersada budaya kita, masyarakat sebenarnya telah jatuh hati dengan kehebatan para pendokong yang memiliki cara fikir dan tindak yang mendahului mereka. Hakikat ini mereka maklum. Cuma mereka masih tercari-cari wasilah sesuai untuk dipraktikkan. Mereka perlukan contoh. Nah ini tanggungjawab kita. Mahirkan seni kaki dan tangan. Mantapkan seni gerak kita. Perhalusi kefahaman diri. Pamerkan kemurnian peribadi. Kitalah sebenarnya warisan yang perlu mendahului masa. Saya yakin bahkan ramai lagi yang turut yakin, inilah silat akhir zaman.

SALMAN

Tajuk       :       Budi, bahasa, seni dan budaya..
Pengguna      :     Adi Ramli
Tarikh      :     2005-02-25 19:16:00

Salam sejahtera. Saya amat tertarik dengan kata2 penulis Salman mengenai budaya:

Budaya = Budi + Daya.

Saya bersetuju dengan maksud BUDI yang dibicarakan oleh penulis Salman - siasah terpuji. Pada pandangan saya, BUDI adalah perkara2 yang baik yang dilahirkan secara amnya, melalui praktikal. Ini kerana pada pandangan saya, segala perlakuan baik yang dapat diLIHAT itu adalah budi. Bak kata pepatah:

"Yang cantik itu budi, yang indah itu bahasa."

Sesuatu yang CANTIK biasanya yang dapat dilihat tetapi belum tentu dapat dirasa. Sesuatu yang INDAH pula adalah sesuatu yang dirasa oleh hati. Selalu kita dengar:

1) "CANTIKnya gadis itu.." dan jarang kita dengar "INDAHnya gadis itu.."

2) "Pengalaman malam pertama yang INDAH.." dan jarang kita dengar "Pengalaman malam pertama yang CANTIK.."

3) "Kata2 yang sangat INDAH" dan jarang sekali "Kata2 yang sangat CANTIK".

Secara amnya, sesuatu yang cantik itu hanya akan dapat dinilai oleh mata, tetapi susah untuk dinilai dengan hati. Antara tingkah laku terpuji yang sering kita lihat pada orang Melayu ialah tunduk ketika lalu di hadapan orang yg lebih tua, atau cium tangan (atau sekadar tunduk) ketika bersalam. Semua ini menunjukkan betapa lembut, baik, sopan dan cantiknya BUDI bangsa Melayu dalam menghormati orang.

Walau bagaimana pun, kecantikan itu hanya akan menjadi lebih terserlah dengan adanya keINDAHan. Sebagaimana seorang gadis yang CANTIK, KEINDAHAN hanya akan dapat di"rasa" jika kita berkahwin dengannya. Maka budi yang cantik itu akan menjadi lebih mempesona jika disusuli dengan BAHASA yang indah.

Bangsa Melayu mempunyai bahasa yang sangat indah, terutama sekali dalam menyampaikan mesej - dalam keadaan yang sangat berlapik. Sebagai contoh, orang yang sombong tidak terus dikata dengan perkataan SOMBONG, tetapi menggunakan simpulan bahasa HIDUNG TINGGI. Ditambah pula dengan pantun, syair, sajak, dan gurindam. Semua ini membuatkan hati yang mendengar setiap patah perkataan akan terpesona atau sebaliknya, terasa. Tetapi dalam keadaan tidak memalukan orang lain.

Maka apabila BUDI dan BAHASA ini digabung, maka terbentuklah SIASAH TERPUJI. Apabila kesemua ini diaplikasikan dan diserapkan dalam kehidupan seharian, maka itulah SENI. Sebagaimana kata2 kasar yang dilapik dengan simpulan bahasa atau pantun, maka begitulah juga aplikasinya dalam gerak silat yang berseni - pantas, kasar, tapi dalam keadaan sopan disertakan dengan faham. KeCANTIKan gerak silat itu pula apabila disertakan dengan keINDAHan kefahaman falsafahnya, maka terhasillah seorang individu yang penjadi PENGAMAL dan pencinta bangsa.

Apabila sudah dinilai, dan terbukti kemurnian dan keberhasilannya, maka haruslah dipertahankan. Maka di sinilah pentingnya DAYA yang bersungguh2 untuk mempertahankan sesuatu yang sangat bermakna, yang jarang dijumpai pada manusia di tempat lain. Untuk mempertahankan semua ini dalam keadaan tidak dilupakan, maka seharusnya diaplikasikan sekerap mungkin (istiqamah, berterusan) supaya semua kelompok dapat dididik dan disemai dengan hasil murni yang CANTIK dan INDAH ini. Usaha yang berterusan inilah yang akhirnya diterima masyarakat dan seterusnya menjadi tradisi, adab dan adat. Maka terhasillah BUDAYA.

Bersambung di lain hari...

Tajuk       :       Re:Silat Dijulang Budaya Terbilang
Pengguna      :     Saya
Tarikh      :     2005-02-25 14:30:32

Saudara SALMAN telah berjaya mengupas apa yang dimaksudkan dengan "Silat dijulang". Perkataan ini melambangkan seluruh warga SC akan sentiasa bekerjasama dan berusaha secara berterusan untuk mencapai dan mengekalkan kegemilangan dan kesejahteraan dari semua aspek. Di sini, SAYA pula ingin mengulas perkataan "Budaya Terbilang".

Terbilang ada kaitan dengan Gemilang. Perkataan ini sebagai kiasan bagi sesuatu yang sangat unggul. Dalam konteks SCH(SC), perkataan itu juga merujuk bahawa sesuatu yang dilakukan perlulah mempunyai kualiti yang tinggi dan melepasi matlamat atau tahap piawaian yang ditetapkan oleh pihak kepimpinan kita khasnya Guru Utama. Kegemilangan yang dicapai adalah kegemilangan yang mutlak (absolute) dalam segala aspek.

Dalam proses mencapai tahap Terbilang, kita akan sentiasa menuju ke destinasi tanpa terhalang atau terhenti serta tidak terputus-putus atau tertangguh-tangguh. Dalam erti kata lain, kegemilangan yang dicapai oleh SCH diharap akan berterusan sehingga mencapai matlamat menjadi silat yang TERBILANG tanpa sebarang gangguan. Setiap program yang dirancang semestinya mampu mencetuskan perubahan dan inovasi yang kreatif untuk mencipta kehebatan di samping mempertingkatkan kehebatan yang sedia ada. “Hebat” yang dimaksudkan adalah kehebatan yang mutlak dan dari segi perbandingan dalam segala aspek. Justeru SC perlu diletakkan sebagai Institusi Persilatan terbaik di negara ini, mengatasi silat-silat lain dan menjadi rujukan dalam dunia persilatan.

Perkataan "Terbilang" membawa erti terkenal atau terkemuka dan dimaklumi kerana sesuatu sifat yang istimewa. Sebagai Silat yang hebat, tidak cukup jika kegemilangan SC hanya diketahui di kawasan persekitarannya semata-mata. SC perlu menjadi Silat yang dikenali di seluruh negara dan di rantau Gugusan Kepulauan Melayu malah di seluruh dunia selain diperkatakan kehebatannya. Terbilang dalam konteks dunia persilatan juga membawa maksud meningkatkan keistimewaan SC yang menjadikan budaya yang berkualiti sebagai teras dalam segala program yang dirancang.

Budaya yang kita inginkan dalam SC sudah semestinya sesuatu yang berkualiti dan dapat membawa kita kepada suasana kesejahteraan. Dalam konteks SC, suasana dan persekitaran yang sejahtera adalah kunci keterbilangan kita dalam semua aspek. Suasana yang sejahtera akan membolehkan proses penurunan ilmu menjadi lebih berkesan. Untuk mencapai hasrat ini pada pengamatan saya SC sentiasa menggunakan pendekatan amalan-amalan murni dan jati diri pada penuntutnya. Perkara ini banyak dikupas oleh penulis-penulis kita dalam sidang sebelum ini.

Sekian daripada SAYA



Tajuk      :      Re: ULANGAN...
Pengguna      :     Popodom
Tarikh      :     2005-03-02 09:55:26

Pantun ini tulisan saudara arman yang telah dibenangkan menjelang 1 Muharram yang lalu. Saya siar semula untuk saudara Hati. Eloklah untuk Hari Tenaga Pengajar 1426H Sabtu ini. Sekian terima kasih.

Pengajar Berbudi:

Satu Muharram menjelma lagi
Tenaga Pengajar semua dirai
Kenali pengajar yang baik budi
Peluang untuk perbaiki diri

Pengajar Cekak beribu orang
Pelbagai jenis pelbagai ragam
Jika temui seorang bintang
Muatan penuh, kapal tak karam

Pengajar Cekak orang biasa
Tidak lari berbuat dosa
Tapis ilmu tapis budaya
Serapkan semua ilmu ke dada

Pengajar Cekak yang baik budi
Menjadi teman perbaiki diri
Pelajari ilmu bersihkan hati
Pasti tak cukup, carilah lagi

Pengajar Cekak tidak sempurna
Apakah niat, Allah yang tahu
Dapatkan ilmu dari mereka
Ada peluang dampingilah Guru

Silat Cekak nama di beri
Md Radzi Guru Utama
Antara ilmu, akal dan budi
Semuanya penting untuk kita

Ikhlaskan hati untuk mengajar
Baiki diri tambahi ilmu
Selamat Hari Tenaga Pengajar
Moga Ilahi naungi Guru.

armann: 20 Zulhijjah 1425H

Wednesday, June 09, 2010

Masalah - persandingan

lk-owner@egroups.com
Subject: Masalah - persandingan
Date sent: Mon, 21 Aug 2000 03:28:29 GMT


 Assalamualaikum w.b.t.

Saya akan melangsungkan perkahwinan pada bulan Oktober tahun ini, insya-Allah. Di sebelah pihak saya tiada sebarang masalah kerana ibubapa  saya memang melarang adat persandingan. Tetapi di sebelah pihak lelaki,  bakal mertua saya amat berhajat untuk menyaksikan persandingan anak bongsu  mereka. Malah mereka meminta saya untuk membuka tudung semasa majlis  persandingan tersebut. Saya tidak mahu melakukannya tetapi tidak tahu apakah  hujah-hujah yang patut saya kemukakan untuk membela diri saya dan pada masa  yang sama tidak menyakiti hati mereka.

---------------------------------------

Jawab:


Definasi persandingan: 

1. Meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas pengajangan (pelamin) dengan berhias indah, perpakaian lengkap, dikipas oleh duajurukipas dan dituntun oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.

2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk dituntun, menjadi kenangan bersejarah, mera'ikan peluang se umur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.

 
3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dlm adat Melayu.

 
Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulin. Ini kerana istilah Raja Sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)

 
Kedua: Persandingan adalah adat yang diimpot dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh, Tata Rakyat (Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.

 
4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:
a). Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.

 
b). Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.

 
Hukum Islam terhadap Persandingan:

 
1. Menabur Beras Kunyit. Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau ruh-ruh jahat, maka ia adalah syirik. Ia bercanggah dengan surah alFatihah: ayat 5, dan Yunus: 107

 
2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu dari ruh-ruh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.

 
3. Berandam. Perbuatan andaman yang berbentuk `litadlis' mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh alHadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah Melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tatoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah."
-----------------------------
* pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.

 
4. Berhias untuk dipamirkan (tabaruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamirkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah," janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliyah dahulu." alAhzab: 33 (maksud)

 
5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran. Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan se ekor kambing."Islam mencela amalan boros:  

"janganlah kamu membazir secara melampau." maksud al_Isra': 26
 
6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian. Ini berlawanan dengan ruh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." 2: 286

 
7. Maskahwin dan Hantaran yang Mahal
Inilah bukanlah sunnah Rasul saw: "wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, alHakim dan Baihaqi)

 
Demi mera'ikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:
1. Jika ia disandingkan secara tertutup (dihadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.
2.Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.

 
Rujukan:
1. Prof Muhammad alGhazali, laisa minal Islam
2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha
3. Prof Qardhawi, Fatawa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam
4. Ustazah Fatimah Ali, UM, Kajian Persandingan di Malaysia

 

Thursday, May 20, 2010

Pantang Larang Silat Cekak Hanafi

1. Tidak boleh derhaka kepada guru
2. Tidak boleh derhaka kepada ibu
3. Tidak boleh derhaka kepada bapa
4. Tidak boleh bergaduh sesama ahli
5. Tidak boleh mencaci silat-silat Melayu asli yang lain

Apa sebenarnya kandungan pantang larang ini?


Tidak boleh derhaka kepada guru

Guru kat sini bukan saja membawa maksud Guru Utama Silat Cekak Hanafi tapi semua guru, iaitu orang yang mengajar kita sesuatu yang kita tak tahu sebelum ini dan kandungan pelajaran dia membawa kebaikan dalam hidup.

Contoh, cikgu sekolah yg ajar kita abc.. kalau tak kerana dia yang kenalkan kita dengan abc tak ke mana pun kita dalam dunia sekarang ni.. so kena hormat dan kenang jasa guru..setiap orang, walaupun budak kecik, dan kadang2 alam sekitar kita pun, yg bawak pengajaran kepada kita, patut kita hormat.

Dan sepatutnya kita takleh pandang rendah kat sesapa pun sebab kita mana tahu apa yang dia tahu. Entah2 lebih banyak yg dia lebih tahu daripada kita dalam mana2 perkara. Inilah pengajaran yg Ustaz Hanafi nak terapkan dalam pantang larang ni..

Dan yang paling penting, kalau kita belajar daripada guru, ada berkat dia.. berkat adalah benda yang tidak nampak tapi mempunyai makna yang sangat besar dalam sesuatu penggunaan ilmu. Berkat terbit dari bahasa arab “barakah” yg bermakna “cukup”.

Ilmu akan jadi cukup dan complete bila ada guru di hadapan. Sebab tu sangat berbeza bila kita belajar sesuatu daripada buku sahaja dengan kita belajar, kemudian rujuk kepada guru yang mursyid. Mursyid bermaksud “penunjuk jalan” dan benar lagi menerangkan..

Manusia dibezakan tinggi rendah taraf kredibilitinya berdasarkan ilmu yang dia ada…dan ilmu pulak kena amal..kalau banyak ilmu tapi tak amal nanti jadi mudarat kepada diri sendiri ibarat mengutip buah buahan ke dalam bakul yang digalas, makin banyak dipetik tapi tak dimakan, makin berat bakul yg digalas, buah yang segar akan jadi busuk begitu juga ilmu bila tidak diamal akan hilang begitu sahaja sebab sifat ilmu perlu diamal sebelum lupa..

Dalam konteks Silat Cekak pula, kita jangan sampai guna balik ilmu yg kita pelajari daripada guru untuk digunakan terhadap guru tersebut.. bila ini berlaku, derhaka lah kita terhadap guru tersebut..bila derhaka keberkatan hilang dan hilang kesukaan orang kepada kita..

…bersambung..

Wednesday, May 19, 2010

Iman Semut

Assalammualaikum w.b.t..


Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: "


" Wahai Tuhanku, aku tak layak ke SyurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu, ampunkan dosaku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa² ku. Amin Ya Rabbal'alamin "

Kata ustaz : "kita ini semuanya sama,tiada beza muda ataupun tua,jangan menyombong atau takbur sesama manusia,sekalipun kita berpangkat atau berilmu-kerana di sisi ALLAH SWT kita semuanya sama - cuma yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA"

Mengapa perlu mencari kesempurnaan jika diri juga tidak sempurna, Mengapa perlu mencari kejujuran jika diri juga tidak pernah jujur.  Kita tidak perlu mencari seseorang insan yang sempurna untuk menjadi TEMAN, Cukuplah mempunyai seorang TEMAN yang menjadikan kita sempurna bila bersamanya.

Thursday, January 07, 2010

Ketenangan hati



Ketenangan hati ialah satu perkara yang sangat penting. Tidak mungkin ada seorang manusia walau apa pun latar belakang agama, budaya dan pemikiran yang tidak bersetuju bahawa ketenangan hati dan ketenteraman jiwa ialah satu perkara paling penting bagi seseorang manusia. Mungkin mereka berbeza dari segi cara untuk mencapai ketenangan hati, ketenteraman jiwa dan keheningan rohani, tetapi mereka tetap bersetuju bahawa perkara ini adalah satu perkara yang maha kritikal bagi setiap insan.

Keutuhan atau kemantapan emosi berkait rapat dengan keheningan spiritual dan kemantapan minda. Seseorang yang pemikirannya meyakini bahawa dirinya adalah berasal daripada suatu ketidaksengajaan biologi berevolusi daripada monyet kepada manusia, tentunya tidak sama dalam menghadapi kejadian hidup ini dengan seorang yang berkeyakinan bahawa insan adalah ciptaan Tuhan yang paling baik, dan di sana Tuhan tetap berperanan di dalam setiap gerak hukum apa yang berlaku di bumi mahupun di langit. Dan Tuhan bukan sahaja berurusan dengan manusia, tetapi setiap atom dan molekul yang ada di atas muka bumi ini, antara langit dan bumi ini serta apa yang ada di atas langit yang tujuh ini; semuanya adalah milik mutlak Tuhan Yang Maha Esa dan berfungsi berdasarkan ketetapan ilmu-Nya dan izin-Nya.

Dan seorang yang menjalani hidup dengan hanya melihat bahawa Tuhan ialah Tuhan dan aku ialah aku; sama sekali tidak sama dengan seseorang yang hidup di atas muka bumi ini dengan mengenal Tuhan ialah satu-satunya Tuhan, dan aku ialah hamba ciptaan-Nya; menyelami hakikat rasa hina seorang hamba dijalin dengan rasa mulia menjadi hamba kepada Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Agung. Seseorang yang menyedari bahawa sentiasa ada di sana satu Kudrat Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang serta Yang Sentiasa Berkata, Wahai hamba-Ku, mintalah kepada-Ku, akan Ku penuhi segala permintaan kamu! tentulah tidak sama dengan seseorang yang hanya melihat hidup ini hanyalah antara aku dan kemampuanku!

Seorang anak kecil akan merasa selamat dan tenang apabila berada di sisi ibu dan bapanya. Bukan sekali kita melihat senario seorang kanak-kanak yang menangis kerana terpisah daripada ibu dan bapanya semasa membeli belah di pasaraya. Kenapa? Adakah kerana fizikalnya tercedera? Tentu tidak, tetapi `ketenteraman' dan `ketenangan hatinyalah' yang tercedera.

Dan kita dapat lihat bagaimana seorang anak kecil yang menangis kerana lututnya berdarah lantaran jatuh; berhenti menangis hanya kerana si ibu berkata, ``Dah, jangan menangis sikit je tu! Nanti ibu sapukan ubat!'' Adakah dengan berkata demikian, sakit luka yang dirasainya sudah hilang? Tidak! Sakit luka di lututnya masih terasa, tetapi tangisannya terhenti kerana rasa `sakit' pada jiwa dan emosinya telah pun diubati dan telah hilang diganti dengan rasa tenteram, kerana anak itu yakin, ibunya memahami `penderitaannya' dan ibunya `mampu' mengubati luka di lututnya dengan ubat yang akan disapu nanti. Ini menunjukkan, ketenteraman hati dan ketenangan hidup adalah satu kuasa maha ajaib yang sangat diperlukan dalam hidup seorang manusia. Dan adalah satu hukum serta prinsip alam, seseorang itu akan merasa aman dan tenang apabila mengetahui dan merasa bahawa di sana adanya satu `kuasa' yang mampu mengatasi segala kebimbangan dan rasa terancam yang ada.

Seorang yang genius sekalipun, tanpa kemantapan dan kecemerlangan emosi pasti tidak dapat menggunakan kegeniusan dan ketinggian IQ-nya dengan betul jika jiwanya sentiasa bercelaru dan dan tidak mantap. Kecemerlangan dan kemantapan jiwa inilah yang disebut sebagai EQ. Tetapi seseorang yang mantap EQ-nya, walaupun dia hanya seorang yang buta huruf dan bekerja di sawah bendang, tetapi dengan ketenangan jiwa yang dimilikinya, ia dapat menghadapi
hidup dan segala masalah hidup ini dengan penuh ketenangan dan ketertiban.

Malahan, seringkali terlontar daripada patah bicaranya, perkataan-perkataan yang bersifat `teraputik' yang mampu menyegarkan kerengsaan jiwa dan kegersangan emosi.

Kekuatan rohaniah (SQ) akan menjadi penjana EQ yang kental, dan EQ yang ada akan menyempurnakan IQ seseorang walau pada tahap manapun IQ-nya berada.

Bukan semua orang dapat menjadi pandai tetapi semua orang boleh menjadi bijaksana. Allah, Tuhan yang telah menciptakan manusia malah seluruh alam ini telah menyatakan sebagai satu prinsip, Bukankah dengan berzikir kepada Allah itu, hati akan menjadi tenang? (Ar-Ra'd: 28). Berzikir di sini membawa maksud yang luas, iaitu kita dapat menyebut dan mengingat Allah, merasakan kehadiran-Nya dan merasa keagungan-Nya di dalam setiap masa dan keadaan.
Mana mungkin seseorang yang melihat Tuhan itu - dengan segala kebesaran dan kekuasaan-Nya - berada begitu hampir dengan dirinya, masih boleh merasa tidak tenteram dan aman?

Mereka yang benar-benar membina kekuatan dan `nur' kerohanian yang jernih, pasti akan mampu merasa ketenangan hidup dan kekentalan serta keharmonian emosi. Tuhan berfirman, Dialah yang menurunkan `sakinah' ke dalam hati orang-orang yang beriman! (Al-Fath: 4). Erti `sakinah' ialah ketenangan yang tetap.

Jika demikian, sudah tentu di dalam apa yang diperintah-Nya itu, ada alat-alat untuk membolehkan kita membawa dan membina ketenangan hati ini, seperti amalan zikrullah, solat, tafakkur, amalan doa, wuduk dan lain-lain lagi. Semoga hati kita tidak `buta' daripada melihat dan merasai kebesaran Allah, Tuhan seru sekalian alam ini. Sesungguhnya Dia-lah Allah, Zat Tunggal Maha Pencipta!

Free MP3s