Blogger Template by Blogcrowds

 
   

Thursday, August 11, 2005

Berapa ramai suami yang boleh jadi imam???

Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam??

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh
belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay
saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin
dengan awak!"
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak
dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu
itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari
kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh
menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah
tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan
tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki
lagi dengan penuh semangat.
"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya
saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak
tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang
membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya
tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi
suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata,
jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup
bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai
perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu
pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika
wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan
penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang
bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada
suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah
dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari
ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer
mereka rasa lebih
perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah
belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak
untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak
untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah
ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu
kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam,
belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri,
sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi
imam?" Dengus teman wanita yang lain.Betul juga. Berapa
kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah
bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain
keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah
wanitakini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang
satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam
sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah
tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada
yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang
sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula
apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat
memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu
bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya
kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau
menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai,
belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa
salahnya lelaki!

No comments:

Free MP3s