Blogger Template by Blogcrowds

 
   

Monday, April 11, 2005

BERSYUKURLAH

BERSYUKURLAH

Diriwayatkan Siti Zubaidah adalah seorang wanita
bangsawan yang kaya, hobinya suka mendengar muzik.
Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa orang
penyanyi yang menjadi penghiburnya.

Apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar
saja seruan Azan dia akan segera memerintahkan
penyanyi dan pemuziknya itu berhenti untuk seketika
bagi menghormati azan.

Setelah selesai dan menjawap azan barulah disambung
semula, hanya itulah amalan yang sentiasa dijaganya.

Setelah dia meninggal ramai dari kalangan orang-orang
yang soleh telah bermimpi bertemu dengannya; tanya
mereka, "Ibadah apakah yang menyebabkan Allah
mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu telah
menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?"

Jawap Zubaidah, Allah mengampunkan dosaku dengan
banyak mengucapkan syukur.

Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu
semasa hayatku dulu iaitu apabila terdengar saja Azan
sedangkan waktu itu aku tengah berhibur dan mendengar
nyanyian maka dengan serta merta aku menyuruh mereka
memberhentikannya bagi menghormati seruan azan.

Itulah ibadah yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai
balasan, Allah berfirman, "Kamu dilarang menyeksanya,
jika tidak kerana iman yang ada di dalam dadanya masakan
ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka"

"Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak
Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di
sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri.

Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka
malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat
di sebelah kanan katanya "Apakah yang harus aku catit?"

Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu
dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan." Malaikat yang
di kiri bertanya lagi, "Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan,
apa yang harus aku catitkan?" Jawab malaikat kanan,
"Biarkannya,sehingga ia membuat kebaikan kerana kami
telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan
mendapat 10 pahala.

Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai
tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, "Kalau
macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam?."

Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya
melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai
dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.

Bersedialah menempuh hari selepas kematian,bersedialah
untuk menempuh sakaratul maut.

Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya.
Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI......!!!!

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu:
1) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP
3) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA
4) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR

No comments:

Free MP3s