Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa
dan menangis." (AnNajm : 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta
menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah
mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke
pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak
pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus.
Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah
berhenti?. Kalaulah air mata itu di tampung banjirlah
dunia ini.
Tangis tercela atau terpuji ??
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi
mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau
merobek-robek pakaian.
Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut
iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam
atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.
Tangisan dapat memadamkan api Neraka
"Rasulullah saw bersabda :
Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah
akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila
air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan
terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada
suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati.
Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan
balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat
memadamkan lautan api neraka."
Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300
tahun tanpa mendongak ke langit tersangat takut dan hibanya
terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas
gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air
matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis
dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah
meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh
air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu
mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.
Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan
mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah
menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."
Air mata yang tiada di tuntut:
Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah
Tuhan yang telah menentukannya. Janganlah menangis
nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia
bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin
kita kurang membuat persediaan .
Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab
mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin
lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.
Dari itu??.. Simpanlah air mata-air mata tangisan itu
semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala
kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang
berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati
hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt.
Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik
kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati
agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur
dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya
jua.
Junjungan Mulia bersabda "Ada 2 biji mata yang tak
tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu
malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2
biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu
malam."
"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan
Allah di hari qiamat"??seseorang yang berzikir bersendirian
lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran
air matanya."
"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada
Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya
dedaunan dari pepohonan kering."
Air mata tanda rahmat Tuhan Rasulullah saw bersabda :
Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt
untuk si mayat. (riwayat dari Salman al Faarisi)
Sucikanlah 4 hal dengan 4 p erkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu
basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut
dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa
yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang
Memilikimu."
Ingatan ku hanya pada kalian...dan hati akan bahagia jika
diriku jua dalam ingatan kalian... Dan aku akan bertambah
bahagia jika bertemu kalian dan kalian bertemu diriku di
suatu masa dan satu tempat....
Monday, August 08, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment