Blogger Template by Blogcrowds

 
   

Sunday, August 14, 2005

Kedatangan Dajjal

Kedatangan Dajjal

Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais
mengatakan: "Saya telah mendengar muazzin Rasulullah
s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid
dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat,
Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam
bergurau Baginda tertawa dan berkata: "Jangan ada yang
bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya."
Kemudian berkata: "Tahukah kamu mengapa aku
memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?" Kami
menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu."

Rasulullah s.a.w berkata lagi: "Demi Allah aku me-nyuruh
kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan
bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan
kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang
Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk
Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah
tentang Dajjal. Kisah yang dia ceritakan itu sesuai
dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu
sebelumnya.

Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut
dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan
ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera
yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke
pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu
bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau
menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak
ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang
sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina
dan duburnya.

Mereka bertanya kepada binatang itu: "Makhluk apa engkau
ini?" Binatang itu menjawab: "Saya adalah Al-Jassasah."
Mereka tanya: "Apa itu Al-Jassasah?" Binatang itu hanya
menjawab: "Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke
tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini,
sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka
pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang
itu.

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat
besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat
orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya
dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai
ke telapak kakinya. Mereka bertanya: "Siapakah anda?"
Orang seperti raksaksa itu menjawab: "Kamu telah
mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin
bertanya: "Siapa kamu ini?"

Mereka menjawab: "Kami adalah manusia berbangsa Arab.
Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak
besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan
kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami
terdampar di pulau yang tuan tempati ini.

"Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat
tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali
jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah.
Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: "Wahai
kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk
menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin
berjumpa dengan kamu."

Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami
sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa
tuan sebenarnya." Makhluk yang sangat besar itu belum
menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan:
"Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di
Bisan itu," nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab:
"Keadaan apanya yang tuan maksudkan?" Orang besar itu
menjawab: "Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?"
Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah,
orang besar tadi berkata: "Aku takut pokok itu tidak
berbuah."

Orang besar itu bertanya lagi: "Ceritakan kepadaku
tentang sungai Tabarah." Mereka menjawab: "Tentang
apanya yang tuan maksudkan?" Lelaki itu menjawab:
"Maksudku airnya apakah masih ada." Mereka menjawab:
"Airnya tidak susut." Lelaki itu berkata: "Air sungai
itu disangsikan akan kering."

Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: "Kalau
begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa
yang dia buat?" Mereka menjawab: "Dia telah berhijrah
dari Makkah ke Madinah." Lelaki itu bertanya lagi:
"Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?" Mereka
menjawab: "Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab."
Lelaki itu bertanya lagi: "Kalau begitu apa pula
tindakan dia terhadap mereka?" Mereka ceritakan bahawa
Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah
ramai pengikutnya.

Orang besar itu berkata lagi: "Memang begitulah, padahal
mereka beruntung jika taat kepadanya." Kata orang besar
itu lagi: "Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa
aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin
keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam
masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua,
kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat
memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para
Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya."

Kata Tamim Al-Dariy lagi, "Rasulullah s.a.w menekankan
tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: "Inilah negeri
yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah.
Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan
cerita ini kepada kamu?" Mereka menjawab: "Ya, sudah ya
Rasulullah." Rasulullah s.a.w berkata lagi:
"Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi.
Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku
sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah
dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal.
Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut
Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah
timur," kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah
timur.

Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal
akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa
Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfihan.

No comments:

Free MP3s