Blogger Template by Blogcrowds

 
   

Monday, April 11, 2005

Sahur dan Minum Air

Bersahur itu sangatlah dituntut kepada kita para Saim
(orang- orang yangberpuasa).

Diriwayatkan Ahmad dari Abu Sa'id bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda yang maksudnya:"Bersahur itu adalah suatu
keberkatan. Maka janganlah kamu meninggalkannya
walaupun dengan hanya meneguk air seteguk, kerana Allah
dan para Malaikat berselawat atas orang-orang yang
bersahur."

Sunah bersahur ini membezakan puasa cara Islam dengan
puasa agama dan bangsa lain di dunia ini.

Diriwayatkan oleh Muslim dari Amer ibn 'Ash, bahawa
Rasulullah sa..w bersabda yang bermaksud:"Yang
menceraikan antara puasa kita dengan puasa Yahudi
Nashara (ahli kitab) ialah makan sahur."

Begitu kuat penekanan dari Rasulullah s.a.w kepada kita
agar bersahur sehingga kalau rasa tidak boleh makan
kerana kenyang atau lain-lain sebab cukuplah dengan hanya
seteguk air.

Apa Fungsi Air kepada kita?

Penekanan tegas Nabi agar seteguk air pun baik untuk
bersahur jika kita rasa tidak hendak makan menunjukkan
bahawa kehadiran air dalam tubuh kita telah diketahui
sangat pentingnya oleh Rasulullah s.a.w..

Dan sains perubatan telah lama mencatitkan ini dalam
buku-buku perubatan.

Air dan Fungsinya.

Air sangat penting kepada tubuh. Air boleh berfungsi
sebagai pelarut dan juga sebagai 'pengakutan nutrien' tak
organik.

Air diperlukan dalam pembentukan struktur tisu seperti
darah sempurna, otot dan tulang.

Minum Air waktu SahurPenyejatan air dari kulit dan
penghembusan keluar air ke udara dari peparu penting
untuk pengawal aturan suhu tubuh.

Air memindahkan suhu dari satu bahagian tubuh
kebahagian lain; di mana perpindahan air ini menstabilkan
suhu tubuh. Tubuh menggunakan air untuk membolehkan
buah pinggang berfungsi secara normal.

Kebanyakan bahan kumuhan tubuh dikumuhkan melalui
buah pinggang. Cecair tubuh menjadi medium (pengantara)
untuk enzim dalam keadaan larut, hormon dan koenzim.

Enzim ialah protein yang memulakan dan mencepatkan
tindakbalas. Hormon ialah rembesan kelenjar yang
bertindak sebagai pengutus kepada organ tubuh dengan
merangsangkan beberapa proses kehidupan dan merencatkan
yang lain.

Koenzim ialah sebahagian enzim yangdiperlukan untuk
pengaktifan molekul protein untuk membentuk satu enzim
yang sempurna.

Air juga menolong menyelenggarakan imbangan elektrolit
dan juga bertindak sebagai pelincir dalam pencernaan serta
proses-proses lain dalam tubuh.

Air liur memudahkan pengunyahan dan penelanan. Kadar
air liur sentiasa mesti cukup. Kadar pengaliran air liur yang
rendah (kadar air liur rehat secara purata ialah
0.208 ml/minit, dapat meningkatkan kejadian karies(caries)
kerana ia mengganggu pembuangan sisa-sisa makanan
kariogenik didalam mulut. (karies -kebusukan dan luluhan
bahan pada gigi).

Air liur yang dirembeskan dalam keadaan biasa sedikit
sahaja mengandungi glukosa dan tidak ada sukrosa.

Apabila makanan yang kaya dengan gula dimakan
kepekatan gula dalam air liur meningkat lebih daripada
1 mg/ml sehingga menghasilkan pH yang cukup rendah
untuk memulakan pendemineralan gigi.

Dengan itu,pengambilan makanan yang kaya dengan gula
dan kadar pengaliran air liur yang rendah membuatkan
gula menjadi tersedia ada kepada mikroorganisma dalam
jangka masa yang panjang sehingga dapat menghasilkan
asid yang cukup untuk membolehkan karies gigi
berkembang.

Di sinilah saranan Rasulullah s.a.w. agar kita berbuka dengan
sedikit juadah manis seperti kurma adalah satu saranan
yang baik untuk kesihatan tubuh sekaligus merupakan
saranan yang saintifik.!

Minum Air Waktu Sahur

Memandangkan betapa pentingnya air dalam kehidupan
manusia, tidaklah hairan mengapa tanpa air dalam
beberapa hari boleh menyebabkan maut.

Kita mungkin sudah terbaca berita bgaimana beberapa
orang mangsa gempa bumi di Turki baru-baru ini ditemui
masih hidup walaupun sudah tertimbus dalam tanah dan
runtuhan bangunan lebih sepuluh hari - mereka itu masih
hidup kerana dapat minum air sedikit dari pengaliran dan
titisan air hujan yang ada.

Malah di Taiwan mangsa gempa bumi yang ditemui masih
hidup dalam keadaan yang sama menceritakan bagaimana
mereka terpaksa minum air kencing sendiri selain dari
tetesan air dalam bumi.

Ini menunjukkan bahawa manusia boleh bertahan hidup
tanpa makan tapi mesti ada air.

Dalam keadaan normal, sebanyak tiga liter air hilang
daripada tubuh setiap hari.

Sebahagiannya dikeluarkan sebagai air kencing, ada melalui
kulit, paru-paru dan najis.

Oleh itu, kira-kira tiga liter perlu diambil setiap hari untuk
menggantikan apa yang telah dikumuhkan.

Sumber air adalah daripada minuman, hasil pengoksidaan
makanan dan makanan basah. Air daripada pengoksidaan
makanan dan bahan makanan basah dirujukkan sebagai
air metabolik.

Minum Air Sihatkan Tubuh- Jauhkan Penyakit.

Kajian sains menunjukkan bahwa walaupun satu daripada
sebab sesuatu penyakit dalam tubuh kita adalah kerana
kehadiran kuman, bakteria dan lain-lain unsur luar.

Tapi punca akar umbinya ialah kerana sistem perparitan
dalam tubuh yakni sistem aliran darah dan lain-lain sistem
perkumuhan telah tersumbat dengan banyaknya bahan
toksid dan lain-lain bahan kotor yang wujud kerana makan
terlalu banyak sehingga tidak sempat dihazamkan; kurang
minum air,kurang makan sayur dan buah-buahan.

Cara yang paling baik ialah minum air bersih setiap hari
dan minum jus buah-buahan (buat sendiri di rumah
untuk elakkan campuran bahan lain di kedai.)

Meminum air yang banyak boleh menyebabkan sistem
yang tersumbat dalam tubuh dibersihkan dan
terkeluarnya bahan yang tidak diperlukan termasuk
bahan toksid.

Orang yang puasa hendaklah banyak minum air ketika
sahur dan berbuka.

Kurangnya air dalam tubuh boleh menyebabkan dehaidrasi
(dehyration)- kekeringan tubuh.

Maka itulah sebabnya agama Islam memastikan bahawa
perintah puasa bersesuaian dengan SUNAH penciptaan
manusia- hanya berpuasa dari Subuh hingga Maghrib.

Ini sekaligus mengelakkan dari bahaya dehaidrasi dan
lain-lain penyakit.

Inilah sebabnya kita disuruh berbuka dengan minum air
dan makan bahan makanan manis sedikit. Dan inilah juga
yang membezakan puasa umat Islam dengan puasa
bangsa-bangsa lain.

Berpuasalah sebagaimana Nabi kita berpuasa: pasti kita
selamat dan sihat.

No comments:

Free MP3s